Saturday, November 21, 2009

Satu Hari Satu Perkara Baru.

Cuaca luar masih renyai..dingin dan selesa..selesa untuk terus mendiam dalam selimut..hahaha! Tidak..tidak..lawankan saja rasa itu..banyak perkara perlu aku urus hari ini. Semalam adik call kata mahu singgah dan menumpang tidur di rumah kerana dia menghadiri majlis perkahwinan kawannya di Penang. Anda di alu-alukan. Jadi sedang fikir juga apa yang nak di masak. Buat sesuatu perkara yang lain la..Cari menu baru. Sentuh pasal baru..teringat kata kawan.."satu hari satu perkara baru perlu kita tahu" ya..aku ingat itu. Tak kira dari mana perkara itu kita perolehi.Semuanya adalah ilmu.! Untuk kawan..lepas ni tak nampaklah lagi di catatan Live Traffic Feed saya kehadiran dari Muscat ya! Semoga dipermudahkan segala urusannya amin!

Semalam juga..ada sesuatu ilmu baru juga diperolehi. Berbual panjang dengan rafeq tentang ilmu tajul muluk ilmu persoalan tentang tafsiran diri mengikut kitab melayu lama. Masih bersambung lagi..tak habis lagi nak jawab soklan..wakakaka motif apakah semua ini. Tapi katanya ini hanyalah sebagai perolehan ilmu yang sekadar menambah ilmu yang ada. Jangan dipegang sebulatnya kerana boleh mendatangkan syirik! Jika ada persamaan..kelebihan itu jadikan satu medium utk terus ke depan! huhh chaiyukkk!! Tetiba ada rasa cerah berbunga-bunga dalam hati..ahahahahah (jgn speku yg bukan2!)

No comments:

Post a Comment