Sunday, November 29, 2009

Kisah Pagi..

Pagi ini..aku masih bermalas-malas. Mahu mengemas beg pakaian..begitu malas sekali. Hanya memandang berkali-kali tanpa apa-apa tindakan. Aku mendiam..huh..malas sekali nak balik semula ke daerah itu. Membayangkan perjalanan selama 2 jam tanpa henti bersendirian..sepi! Dalam lengah aku bersendirian ..sambil mendengar petikan gitar akustik lagu 'Sejiwa' ..pintu bilik aku diketuk. Adik teruna aku yg ke 4..dia nih ustaz kat S.Alam..aku buka pintu bilik..

Adik 4 - " Angah balik bila?"
Aku - " Hari ni jugak"
Adik 4 - " Org nak balik dah ni..(sambil hulur tgn nk salam)
Aku - " Ok..jaga diri ( sambut salam)

Erm..terasa semuanya dah lain sekarang. Masing-masing dah besar. Terima kasih dik..kerana punya rasa hormatmu..Aku terus mendiam dalam bilik. Malas benar aku pagi ini. Melipat2 baju..kemudian letak tepi katil..sedang diam-diam..pintu aku diketuk sekali lagi..Pintu di buka..kali ini adik teruna aku yang ke 3 menjenguk sambil menghulur beg hitam besar.

Aku - " Menda ni..?"
Adik 3 - " Gambar tunang hari tuh..tanak tgk ke dah siap"
Aku - " Hah..meh2 sini nak tgk.."
Adik 3 -" Balik bila angah? "
Aku - " Hari ini jugak..bagi masa org nk tgk gambar jap" sambil menutup pintu bilik.

Ada dua album..Album pertama wajah2 keluarga..album ke 2 wajah2 sepasang kekasih. Aku membelek moment2 bahgia itu..sangat indah..di setiap wajah terpancar senyuman ceria..bahgia..penuh cerita yg menggambarkan perasaan hati yang girang..!! dan..aku tidak tahu mengapa..kenapaa dan apa yang membuatkan hati aku tiba-tiba diragut rasa sayu..sebak dan entah hape-hape lagi lah perasaan yang aku tidak suka rasai..larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

No comments:

Post a Comment