Friday, May 31, 2013

saya rindu bintang...saya rindu kawan saya..

Thursday, May 30, 2013

" Aku lepaskan semua..pada yang perlu dijauhkan..terima kasih  hati kerana masih teguh agar terus menjauh..sesungguhya imtihan ini sgt sukar..dan..pada yg ingin menjauh..tiada halangan bagi aku..silakan..kerana aku sentiasa pasti..Allah sentiasa mendekat..Allahu Rabbi.."
“Jika ada kawan yang suka menghukum , perlu tahu seni mendidik. Jika ada kawan yang suka merajuk , perlu tahu seni memujuk. Jika ada kawan ynag payah berbincang , perlu tahu seni memulakan. Jika ada kawan yang suka mengata belakang , perlu berhikmah memberi peringatan. Jika ada kawan yang suka berhujah , perlu tahu seni memikat hati.” 
― Fatimah Syarha Mohd NoordinCinta High Class

Wednesday, May 29, 2013




" Allahuma inni auzubika minal hammi wal hazan.." ~
~ Its never too late to turn it all around. Be honest with ur self and others. If anything ur doing in life is not what u should be doing..stop.! Life  is way too short to continue in the wrong direction, but the longer that you do, the less time you will have to travel in the right direction. ~


p/s : masih igt pesan kakak..katanya jangan biar diri termenung lama..kosong..hanyut dan terbuai.."dia" suka keadaan begini..dan sesuatu yang diluar jangkaan mungkin akan berlaku...astagfirullahalazim..tepuk-tepuk pipi..wake up!!

Subhanallah..Alhamdulillah..

Pagi tadi..seperti biasa..sambil bersiap mahu ke tempat kerja..melirik pandang dan dengar bicara Tanyalah Ustaz. Tajuk hari ini ialah "Tanggang Moden". Tak banyak yang aku nak ambil..cukuplah satu ini sebagai peringatan utk diri sendiri. Soalannya " apakah balasan bagi anak derhaka" pencerahan yang diberikan ust cukup mudah dan terkesan utk dipahami. " Bagi anak derhaka balasan yang Allah bagi tidak ditangguh..malah azab akan diberi didunia lagi.." Astagfirullahalazim..
"Ya Allah..jadikan aku permata hati semangat jiwa yang sentiasa menyenangkan hati..cukuplah dengan tidak membebankan hati mereka.."

Tuesday, May 28, 2013

~ Setia Itu Menyakitkan ~



Jangan terlalu mendalami tentang cinta
Bila tak bisa menerima kegagalan
Cinta bisa bahagia dan bisa terluka
Disakiti menyakiti hati

[*]
Jangan pernah setia
Bila harus berujung menyakitkan
Sia-sia setia
Bila harus slalu terluka

[**]
Mungkin karena setia
Cinta takkan pernah akan bahagia
Tapi karena mendua
Cinta ‘kan berakhir bahagia

Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka

Back to [*][**]
Jangan pernah setia
Jangan pernah setia
Bila harus bila harus
Menyakitkan

Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka
Masih igt ttg kisah seorang teman..? Sehelai pashmina hitam..senaskah yassin Dan masjid Negara dengan serumpun doa yg dipohon..? Setelah lama tidak bertanya khabar..pada 8/5 tempohari aku terima txt Dr dia menyatakan ibunya telah kembali ke rahmatullah..hanya balasan kata takziah Dan byk bersabar yg aku kembalikan sbgai membalas maklumatnya..lewat pagi smlm..aku terima satu txt dari teman ini..Dan Katanya.."Setiap Kali sy nk tido..pasti kuar airmata.." betapa..agungnya..arti seorang ibu dlm kehidupan kita..sungguh..waktu aku Baca txt tu di pejabat..airmata aku sendiri yg mengalir..Tak Dpt bygkan klau semangat jiwa pergi dulu..Dan pastinya..pergi seorang ibu membawa bersama doa Dan restu seorang ibu..tiada pengganti..hanya satu itulah ibu..utk teman..awk Sudah Cukup berbakti Dan membahagiakan ibu kan..biar dia pergi dengan tenang..Semoga ibu aman Dan di tempatkan di kalangan org yg beriman..antara perkara yg akan terus memanjangkan serta membantu ibu di alam sana adalah..doa dari anak yg soleh..
Itu tentunya Dr anda...
Meh nak cerita...
-Minggu ni bahang-bahang kesibukan dah mula terasa...semalam lawatan penandaarasan ke IKBN Kuala Perlis..sistem yang berlainan..tapi  boleh dijadikan cth dan penambahbaikan..Penat bercuti masih belum habis..di terus pula mereka ke Padang Besar..layan je la...igt nak cari jersey dan backpack..tp sbb dengan cuaca yang panas dan org ramai..aku jd tak selesa dan mood pun kurang...janji.."barang" idaman yg aku ketagihkan sgt dr minggu sebelumnya tertunai sudah..sbb jumpa.
-Minggu ini juga adalah minggu "melayan panggilan telefon" yeee....telefon akan mula berdering-dering daripada waris pelajar..dan topiknya ialah.."rayuan penempatan" . Hati perlu cukup bersabar dan melayan dengan penuh berhemah...ingat Fie..sambil jawab telefon tu..muka harus ada senyum...barulah layanan mesra pelanggan namanya... ermmmmmmmmmm....kadang2...sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli si anak menyebabkan mereka gagal dalam permohonan penempatan. Aku tak salahkan ibu bapa..tapi kesian terheret sama dek kerana sikap anak2 ni.. Tolonglah jadi manusia yang bertanggungjawab atas diri sendiri. Hantar permohonan dan borang mengikut tarikh..cukup mudah. Peka pada Pekeliling dan Notis..jangan mengharapkan kawan. Tapi entahlah budak sekarang ni..susah nak ckp..medium pun dah byk...nanti salah tegur..salah ckp..masuk FB plak...ermmmmmmmmm....bagi ibubapa yang faham.. mereka sangat bertolak ansur.Tapi ada juga yang sebaliknya...kita pula dimarahi...huhu..sedih...sabarrrrr lagi yeeeeeee....senyummm.... Bila kita memudahkan urusan org lain..Insha Allah...suatu saat dan ketika apabila kita dalam keadaan susah..Allah yg akan bantu kita..
- 1/6 ni kenduri Min..perlu pergii..dan harus pergi...2/6 ada pendaftaran pelajar baru..Aku person incharge pusat pendaftaran pandu lalu utama pagi tu...aiyakkk..baru igt nak skip...tapi tak boleh sbbkan tugas itu...jadinya aku perlu balik hari Sabtu tu juga selepas Majlis...Sedang berfikir..mahu balik hari Khamis atau balik ipoh pagi Sabtu tu..maksudnya balik hari je...ermmmm...perlu ada peneman...fikir dan fikir ..
- Alhamdulillah permohonan projek utk kolej aku diluluskan. Banyak projek baru akan dilaksanakan pada tahun ini. En. Zaidy -Juruteknik Awam diberi tugas bagi projek yang diluluskan. Alhamdulillah mudah bekerja dengan dia. Tadi time aku dah penin semak semula statistik penempatan kolej aku, dia call kata nak bincang spek dan nak lawat kawasan..bagus..hilang ngantuk aku sbb round blok..haha..Aku mohon dia draf lukisan bagi setiap projek..aku nak tgk..kesesuaian dengan rekabentuk bangunan sedia ada..org teknikal ni pasti lebih mahir.. so selebihnya aku serahkan pada dia..harap dpt beri yang terbaik utk kolej aku ya encik Zaidy!!


p/s - saya bukan budak umur 16 thn tau awak nak bg gula-gula...saya tahu apa yg awak igt saya tak tahu...senyum manis-manis lagi..

~  i love listening lies when i know the truth. ~


p/s senyum tak perlu kata apa-apa...menarik bila rasa simpati di sendakan... 
Senyum semanis hati...semoga senyuman kita hari ini mampu membawa sedikit rasa bahagia pada yang memandang... sedekah paling mudah.. :)







p/s - rehat secukupnya..semoga cepat sembuh..waktu mcm ni lah kita akan rasa betapa nikmatnya sihat..  rindu bintang..

Monday, May 27, 2013

Kesabaran itu ada tahapnya..ya..Walau aku sentiasa nampak tersenyum Dan menerima sesuatu tindakan manusia lain dengan cara aku bersahaja..itu Tak bermakna aku tiada perasaan..Walau aku selalu mendamaikan gelora amarah dlm jiwa aku..namun sedikit sebanyak tempias sakitnya terasa dlm hati..mood pagi aku hilang..Kau Mencabar kewarasan sabar dlm diri aku..jgn sampai Kau tidak Kenal siapa lagi aku selepas ini..Astagfirullahalazim..

Sunday, May 26, 2013

Alhamdulillah..sampai di Kedah Walau agak lewat..kenderaan bertali arus dgn jarak yg dekat..keadaan tidak memungkinkan kenderaan dipandu Laju..kadangkala pemandu hadapan menekan brake Secara mengejut..berdesit Tayar kereta dibuatnya..Dan hangit..pergerakan perlahan biasanya akan membuatkan aku mgantuk..ya..td Sgt teramat mengantuk..hingga aku rasa mahu saja pejamkan Mata..namun Kerana perlu fokus..aku gagahkan diri..Syukur..semuanya Selamat..
Ada beberapa perkara yg telah lama aku perhatikan..Dan aku terus mendiam dalam. Bagi aku tiada keperluan utk aku ambil tahu Dan aku tidak mahu ambil tahu. Sejujurnya begitulah selayaknya.

Friday, May 24, 2013

Tiada nilai..ibaratnya seperti kertas Tisu..cari bila perlu..guna Dan buang..
Enough...

Thursday, May 23, 2013

Habluminallah Wa Habluminannas

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan hari ini utk menjadi HambaNya..menjadi seorang anak..ibu..ayah..rakan..teman ..pekerja...majikan dan sebagainya..mungkin ruang kesempatan ini boleh kita peruntukkan sebaiknya bagi memenuhi tuntutan kita menjaga hubungan sebagai Hamba Allah dan juga sesama manusia.
Tiba-tiba sangat tertarik dengan tajuk ini..sekadar peringatan diri sendiri..seperti biasa..Jam 7 pagi..sambil bersiap ..mesti kerling ..dan dengar bicara Tanyalah Ustaz TV9. Tak dapat banyak sikit cukuplah sebagai sisipan ilmu dan panduan hidup. "Menjaga hubungan dengan Allah..dan menjaga hubungan dengan makhluk Allah". Kalau kita nak bicara tentang akhlak ni..sangat besar skopnya. Aku bukan ilmuan yang bisa perkatakan tentang ini. Semuanya sekadar pemahaman dan rujukan aku sahaja.

Menjaga Akhlak dengan Allah..
-Beriman kepada Allah
-Beribadah..mengabdikan diri..patuh dan tunduk kepada Allah
-Melaksanakan perkara wajib, fardu dan nawafil
-Redha menerima qadak dan qadar

Menjaga akhlak dengan Makhluk Allah
- manusia..
- bukan manusia. - jin, malaikat,haiwan , tumbuhan dan alam sekitar

Nak menjaga akhlak ini tidak semudah itu..aku sendiri pernah sasar dan kadang-kala kita tak mampu nak kawal diri..inikan pula akhlak dengan manusia..dengan Allah apatah lagi. Namun ..ganjaran dalam menjaga akhlak ini sangat besar sehingga mampu membeli syurga Allah..dengan syarat keduanya di jaga. . Tertarik dengan pertanyaan yang diberikan oleh penonton kepada ustaz ..soalannya kalau tak salah aku begini " Apakah ganjaran yang diberikan kepada hamba yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah..tetapi tidak dengan manusia.." dan begini serba sedikit pencerahan dari ustaz pagi tadi.." sebagai hamba Allah...kita wajib mentaati perintahNya..namun..sehebat mana sekalipun amal dan ibadah kita kepadaNYA..siang dan malam mengabdikan diri kepada Allah..tetapi jika hubungan sesama makhluk lain tidak dijaga..sia-sia amalannya. Solatnya..ibadahnya masih tidak mampu memelihara diri dari melakukan perkara seperti hasad dengki..bongkak..sombong dan meninggi diri..mengumpat dan sebagainya tidaklah syurga menjadi jaminan di akhir nanti.
Kesimpulan yang aku boleh buat..kita hidup di dunia bukan untuk diri sendiri..begitu juga kesudahannya di akhirat masih terhutang dosa dengan manusia apabila kesombongan diri..kebiadapan..kezaliman dan sebagainya mampu mencalar hati sesama makhluk terutama manusia..Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud:
“Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya” (H.R. Ahmad).   Orang yang paling mulia serta cantik akhlaknya adalah Muhammad..rasul kesayangang kita.  Ya Allah..semoga akhlak kita sentiasa cantik dan mampu membuat ramai menyenangi dan menyayangi kita. Selalu sangat berdoa semoga sifat dendam..hasad dan dengki sentiasa menjauh dari dalam jiwa..dari kecil dan kekelumit rasa itu mampu meruntuhkan ikatan persaudaraan.. juga sentiasa bermohon agar istiqomah menjadi hambaMU yang mentaati suruhanMU..amin..
 
 
 

Wednesday, May 22, 2013

Zikir Hari Rabu..

Ok..ini zikir yang baik di amalkan pada hari Rabu...tapi sebut banyak2 setiap hari lagiii baikkk...sebabnya setiap kali kita sebut " Astagfirullahalazim"  menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan kepada hambaNya..Insha Allah..


no forgiveness= hatred, revenge, anger= low aura= low energy = low level living - Prof Dr Muhaya
give love everywhere we go - Prof. Dr Muhaya...

Hukum Suntik Vitamin C dan Kolagen Mengikut Islam..

Ok..untuk pencarian awal... aku berminat dengan satu artikel dari blog http://www.haniothman.com/2013/02/hukum-suntik-vitamin-c-dan-kolagen.html .. mohon share kat sini.. :)


apakah hukum menggunakan suntikan vitamin C dan collagen untuk kecantikan?

Jawapan

Apa-apa suntikan yang bertujuan untuk kecantikan adalah dilarang oleh

syara’.

(boleh rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/1560)


Nampaknya jelas, sesuatu yang mengubah kejadian Allah, jelas diharamkan di dalam Islam.


Bagaimanapun jika ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi lebih kepada merawat wajah seperti dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut, maka ia dibenarkan.


Untuk menjadi cantik tidak salah di sisi Islam cuma apa pun yang dilakukan adalah berdasarkan kepada niat seseorang.


Contohnya seorang isteri sudah pastinya apabila dia memakai produk kecantikan, niatnya adalah untuk menambat hati suami, supaya suami tambah sayang dan juga mungkin niat untuk keyakinan diri, itu sudah jelas dibenarkan di dalam Islam.


Namun jika ia diniatkan yang sebaliknya seperti untuk menarik perhatian orang lain, berbangga diri itu telah bercanggah dengan Islam.


Apatah lagi, timbul riak dalam diri apabila terlalu dilambung-lambung dengan pujian.

Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW, bahawa orang yang riak dan sombong, mereka tidak akan masuk syurga.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. seharusnya diambil perhatian oleh semua umat Islam tidak kira wanita mahupun lelaki dalam menilai soal kecantikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat seseorang itu kepada wajah, paras rupanya dan juga harta benda tetapi yang Allah lihat ialah hati dan amalannya.

Apa gunanya wajah yang cantik tetapi hatinya penuh dengan sifat hasad dengki dan sebagainya.


p/s lepas ni kita tanya yg lebih arif lagi ye...blum kesempatan lagi nak bertanya.. - dudukdendiampuncantik...  semuanya dari hati... 

Tuesday, May 21, 2013





F*cking Perfect - Pink

Made a wrong turn once or twice
Dug my way out, blood and fire
Bad decisions, that's alright
Welcome to my silly life

Mistreated, misplaced, misunderstood
Miss 'No way, it's all good'
It didn't slow me down.
Mistaken, always second guessing
Underestimated, look I'm still around

Pretty, pretty please, don't you ever, ever feel
Like you're less than fucking perfect
Pretty, pretty please, if you ever, ever feel
Like you're nothing, you're fucking perfect to me

You're so mean (so mean) when you talk (when you talk)
About yourself. You were wrong.
Change the voices (change the voices) in your head (in your head)
Make them like you instead.

So complicated,
Look how we all make it.
Filled with so much hatred
Such a tired game
It's enough, I've done all I could think of
Chased down all my demons
I've seen you do the same
(Oh oh)

Pretty, pretty please, don't you ever, ever feel
Like you're less than fucking perfect
Pretty, pretty please, if you ever, ever feel
Like you're nothing, you're fucking perfect to me

The whole world's scared, so I swallow the fear
The only thing I should be drinking is an ice cold beer
So cool in lying and we try, try, try but we try too hard
And it's a waste of my time.
Done looking for the critics, cause they're everywhere
They don't like my jeans, they don't get my hair
Exchange ourselves and we do it all the time
Why do we do that, why do I do that (why do I do that)?

(Yeah! Oh!)
I'm pretty, pretty, pretty

Pretty, pretty please, don't you ever, ever feel
Like you're less than fucking perfect
Pretty, pretty please, if you ever, ever feel
Like you're nothing, you're fucking perfect to me
(You're perfect, you're perfect)
Pretty, pretty please, if you ever, ever feel
Like you're nothing, you're fucking perfect to me.

~ Sabar itu cantik ... ayat ini aku amik dr kata-kata arwahnya tuan punya blog NAFASTARI -http://nafastari.blogspot.com/ kepada isterinya..MAWAR NAFASTARI.. semoga cantiknya sabar itu akan selalu aku jadikan pakaian diri..amin...

Sekarang..tabiat setiap harinya selepas mandi dan makan yelah...menimbang berat badan..hadoiii..entah kenapa pula sekarang ni ye..begitu jadinya.. acuan dr semangat jiwa berangka kecil..bila aku berisi..sgt la...huwaa...seram dan buntal...aku mempunyai hobi..suka melihat rancangan makan-makan..lepas tu search kat google..pastu teringinn...lepas tu mencari..Jika 3 tahun terawal kat sini..aku mmg makann..makann..makann..je apa yg aku mahu..steak setiap minggu..ermm..no wonder masa tu pipi sgt gebu...bukan pipi sahaja lah..semua...suka membeli baju..boleh tengok peralihan saiz..huhuhu..aku tak tahu la apa hikmahnya aku ke Korea tempoh hari..berat aku turun..jadi..dikesempatan ini..aku mula menjaga jumlah pengambilan makanan aku..KENA jaga..sbb rasa mcm dah agak selesa..cuma kadang2 bila terlebih makan..jarum akan naik 55.5 - 56.5 ..huwaa..xmo..jgn lebih dr itu...mmg la ada org ckp..hekk elehhh..berat kottt...tapi xpe la..kita turun sikit2 ye..karang dah kering sgt pun x best..masalah juga..badan dn turun pesal warisan bonda takmo turun ekk..hadoiiiiiiiii...itu aku tak suka laaaaaaaaa...jenuh cr ubat...muahahaha...teruk kan...tak syukur.!! Adik ipar kata...xpe...suka jer...ciss..itu kamuuu..
Kenapa rasa selesa mcm ni..satunya..byk baju yg dulu baru je pakai dah boleh pakai semula..badan rasa ringan ... dan aku dah mula boleh pakai semula kasut bertumit (tp xde la tinggi sgt) waktu ke pejabat ..rasa lebih teratur dan kemas masa berjalan. Dulu aku tak boleh pakai..lama..selepas aku pernah jatuh tangga waktu habis belajar..sakit belakang dibuatnya..Alhamdulillah untuk itu..bukan niat kurus utk cantik pun..sbb dah mmg sedar diri tak cantik..hanya untuk keselesaan diri sendiri je..Kesihatan dari segi lain..ada yang bertambah dan beransur baik..sebenarnya emosi dan kawalan diri aku sendiri yang penting..untuk aku pastikan hari-hari aku sentiasa sihat..motivasi utk bangun pagi dengan keadaan yg segar. Sebelum tidur..maafkan semua apa yang terpendam dlm hati..walaupun kadang2 ada yang aku rasa tak mampu nak aku lupakan..cukuplah cuba untuk hilangkan dendam itu sebelum tidur..esok lain cerita..itu yang aku buat. Perubahan yang aku boleh nampak sendiri..bila aku kusut..muka aku mula naik jerawat..huhhhh...tak suka..Vitamin C pun tak jalan...( hooo...smlm dah terlupa makan...rugi satu hari utk rawatan kecantikan).

Semalam..dah spoiled mood berjimba..gigi bongsu nak keluar..sakit gusi ..hadoi..syg..keluar cepat sket ye..ritu tak terasa sgt..bila dah mula memunculkan diri..gusi akan sentiasa tergigit..sakitnya..ada org ckp...patutlah mcm "makan tebuan" (garang) aiyooo...baru penah dgr ayat tu.apa kaitan makan tebuan dengan garang?? hahaha..tetiba terbayang..mak aii makan tebuannn..yeyekkkkkkk...apa ntah rasanya kot...haaa..tapi aku ada pengalaman makan serangga ni cuma bukan tebuan..tapi lebah..masa tu sekolah rendah..beli buah potong..masa nak ngap tu..mmg tgk xde pape pun kat buat tu...bila dh ngap masuk mulut..tetiba ada rasa jarum tercucuk kat lelangit...huwaaaaaa...sakitnyaaaaaaaa....aku ludah2..tgk ada bontot lebah yang tajam tu keluar...entah bila dia hinggap kat buah tu pun aku tak tahu..sejak itu..aku agak fobia dan berhati2 nak makan buah potong...owwhh...sambung balik cerita berjimba..jadinya aku x berapa nak happy den suruh hantar balik awal..takpe..mlm ni kita cari hiburan lain pula ye..makan ubat siap2..jgn pening pening..jgn rasa sakit ...sebulan je pun aktiviti baru ni...

Khamis habis kerja nak cepat cabut..Jumaat Kuala Sepetang...harap kazen tak kecewakan aku utk kali ini..dah lama sgt mengidam ni..gigi bongsu juga sila bagi kerjasama yang baik ye..Sabtu...BFF kesayangan juga tolong jangan kecewakan aku..byk ni dlm senarai mahu dicari...Baju kerja..kasut lagi...hadiah kawen..stock vit c.. nano white semua dabes..tanpamu BFF kesayangan..takde la pengomen setia aku nak pilih-pilih mana yg terbaik..syg kamu ...tapi nanti bila dah nak deliver..pasni susah la nak keluar sama..dah ada dua baby... First baby..dpt tahu masa keluar dengan aku..second baby dpt tahu lepas keluar dengan aku  jugak..nasib la kak..muka anak kamu comel kan mcm muka aku?? haaa...tp tu anak kamu tau..bkn anak aku...hahahaha

- aku sentiasa doakan..org yg selalu bersama aku sentiasa dalam keadaan yang baik dan bahagia..kalian anugerah dlm hidup aku. Mohon doakan aku supaya sentiasa dalam jagaanNYA..sbb..yg bertanduk tu kuat jugak dlm hati ni..

p/s mummy n abah tolong bawa winwin n kakak mama fie balik ipoh minggu ini..rindu...~


Monday, May 20, 2013

Tekad.. dan nekad..kita cuba dalam masa sebulan ini sahaja.mampukah yang di cari itu kembali.. adik-adik kalau terjumpa cik Fie kat luar buat tidak tahu saja sudah yaa... di kantor saya org yang berbeda...


p/s - alang-alang menyeluk pekasam..baik terus goreng dan makan..hang out..flirt...sebulan je..asal x merosakan diri sudah...

Derunya..asyik pada sang pencinta
Hembus anginnya mampu lenakan jiwa
putih pasirnya melakar cerita
itu waktu tenangnya dia..
Namun..
Ganas gelombang mampu membunuh nyawa
taufan hembusannya meruntuh tebing..
lena mata bisa terjaga..
kocak pasir yang putih bertukar warna..

~ begitulah kehidupan ~


p/s - ..cepat..bawa aku segera ke sanaa...

Subhannallah...merdu sgt... suka.. :)


Walangnya bicara tanpa sedar mencalit garis luka pada org lain. Berhati-hatilah ketika berbicara. Ya..mmg kegembiraan yang sedang kamu lalui sekarang. Kebahgiaan di bahagian kamu. Kalau kamu tanpa tebal rasa empati terhadap org lain juga itu soalnya kamu. Tetapi kamu perlu fikir impak dan kesan pada org lain..dan jika sesuatu  perkara itu tidak keluar dari hasratnya kamu..lalu mengundang rasa "menunggu" dan kemudian dia "digantung" dengan "tanda tanya".  Kerana  warasnya dia dengan ketetapan tuhan..demi menjaga perasaan manusia lain yang sedang berbunga bahgia..hanya tersenyum dan turut berdoa. Fahami lah.. selesanya kita tidak semestinya org lain juga begitu. Tindakan dan desakan itu aku lihat terlalu sakit untuk dia. Untuk teman..sabar sayang...ada ganjaran pahala yg sedang Allah atur utk kamu..kehidupan bahagianya itu hanya baru bermula utk satu hari sahaja..jauh lagi rintangan yang bakal di laluinya...senyum utk hari ini..aku tidak mahu melihat garisan sendu di wajah manis kamu...

Sunday, May 19, 2013

Alhamdulillah...

Dapat dua berita gembira hari ini. Kenalan lama..dan masih berhubung sebgai kawan..nun jauh di seberang laut..yg satu ketika dulu pernah menyatakan hasrat kepada aku utk "...."  ..akan melangsungkan walimatul urusnya ada bulan 6 ini..Tahniah Zam..dan..seorang lagi..alhamdulillah selamat bertunang smlm..tahniah juga..lamaran 5 bln lepas kamu  bukan aku ketepikan hanya dengan akal..tetapi...bukan kalian jawapan dalam istikrah saya..tuhan lebih mengetahui segalanya...sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.. :)
Berkawan dan bersahabat..hanya itu yang akan berlaku dan tidak selebihnya..saya sangat menyenangi ribat ini. Dua pendapat sama dan berbeza..dengan cara dan nilai fikir yang tersendiri. Terima kasih kerana selalu ada untuk saya.untuk buat hari saya tersenyum. Walaupun saya tahu..suatu hari nanti segalanya mungkin akan hilang begitu saja  atau sebaliknya atas dasar persahabatan yang ikhlas. Walau siapapun awk ..walau di mana..walau apa sekalipun yg awk lakukan..doa saya sentiasa ada untuk awak..


p/s - sangat menghargai..

Saturday, May 18, 2013

Selalu hanya fokus rancangan tv pada hari Jumaat sahaja..sbb hari jumaat biasanya aku Tak ke mana..selesaikan urusan rumah sambil pandang Dan dengar program ilmu yg silih berganti di tv..tu je caranya buat sementara waktu ini..hidayah ada..tapi taufiq belum Cukup kuat menggerakkan aku..hari ni..lama sket aku menatap kotak tv tu..jarang hari sabtu aku nk tertonggok dpn tv ni..rupanya byk juga benda yg manfaat. Tadi terkesan dgn kata wardina.."sekembali umrah..sy tidak terus bertudung..sy mencari sesuatu yg hilang dlm diri..sy cari..sy belajar semula mengaji..belajar solat..belajar apa itu Islam..sehingga sekarang.." - kehidupan sy mmg nampak suci..tapi jiwa sy kosong Dan berdebu dgn dosa..
"Kebahgiaan awak..penyeri hidup saya.." - Syed Aiman
" saya tidak suka mencari..Kerana apabila kita mencari kita tidak akan berjumpa apa yg kita mahu...saya lebih suka dipertemukan.." - Anuar Zain..

Friday, May 17, 2013

Amboii...bahagianye menkome yer...Hadoii..siap tempek gambo lagi yer..pring pring whatsap aku Dpt moment indah menkome Kat sana...jelesss..sbb aku selalu ketinggalan Dan tade dlm moment itu...aku sunyi tau..terdampar di dearah sepi...sobss...sobss..semangat jiwa pun dh asik ke sana je tgk cucu yer..sian tau manis hati mak Abah ni Kat sini...rini Hadoii sakit pinggang..gigih kerabat katil cuci ekon..pastu ubah katil..habiss kuat la Yuhuu...ni ha padan muka nk baring pun sakit...lg satu sbb nenoneno angkat bendera..apa kena cepat plak ini bulan..hoo subur nar plakkk...nokhtahh..mood pun ada sket kerekkk...
Aku rasa...akan ada keputusan yg perlu aku buat..tidak dengan cara yang terburu-buru ..tapi perlu..cukuplah sekali kerendahan Dan keikhlasan dicemari alasan berlapik simpati..aku bukan manis belasan yg masih berhingus utk menilai jual beli pujangga.Caranya tiada beza..perhati Dan lihatlah..seperti kata teman...Sudah terlalu muak Dan jelak dengan perilaku begitu...mungkin sama..mungkin tidak..tp sentiasa lah membuat Tafsiran..aku boleh saja Jika tidak dengan kewarasan..melayan rasa...tanpa tidak berpijak di bumi nyata.

Meraban..~
Aku kena kuat hadap apa yg aku lalui hari ini..sebab aku yang pilih ..takde alasan untuk aku mengeluh..Cuma...kadang-kadang rapuh gak hati ni...uihh...berderap jatuh..

Thursday, May 16, 2013

Lagi copy paste dr blog romeojuliet13... mohon izin tempek...emmmmm...


10 Sebab Dilarang Pilih Suami Orang 

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! 

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang! 

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat! 

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain! 

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan! 

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!) 

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita ! 

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA! 

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... .khususnya wanita.

"SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SELALU"


p/s walau tidak semua..namun kebanyakkannya begitu..mohon jauhkan aku dr lelaki yg akhirnya membawa walang dlm hati sendiri..
Ini aku qoute dr blog minalqalbi..mohon ya ditempek...


persepsi

ape yang kita pikir bukan selalunya perkara yang sebenar. mungkin kita hanya berandaian sahaja tanpa sebarang analisa, atau pon sekadar berpendapat semata tanpa sebarang pembacaan. kadang-kadang kita hanya mahu lihat apa yang kita mahu lihat, dan juga kita mahu dengar apa yang kita mahu dengar sahaja. inilah dikatakan dilusi minda. kerana kita tanpa sedar hanya mampu memproses fakta yang hanya diproses mengikut apa yang kita tahu atau mendengarnya dari orang lain. itulah hakikatnya, persepsi dari pihak yang akur akan kesucian fakta atau pon ego akan kebenaran yang sebenarnya.

---------------------------------------------

pergh...ape yang aku membebel ni? haha~ lama seh tak tulis kat sini, rindu pula rasa nak menulis :)

sebenarnya, apa yang aku bebel kat atas tu adalah mengenai "perception" atau dalam bahasa melayunya, persepsi. kadang-kadang manusia suka membuat andaian tanpa soal selidik. mungkin kerana tidak mahu tahu akan kebernaran. atau pon hanya kerana ego dan tidak mahu endah dengan apa sekali pon pendapat orang lain.

walaubagaimanapon, persepsi orang tetap ada dan setiap orang akan melihat suatu perkara itu berbeza-beza. apa yang aku pegang ialah, kita harus menghormati orang lain, menghormati pendapat orang lain kerana setiap individu berhak untuk memberi pendapat, kerana setiap orang ada persepsi masing-masing.

aku? pekakkan telinga. dengar dan teliti. teruskan hidup tanpa menghiraukan kata-kata orang lain :)
**************************************************************************************************************************

p/s aku setuju sgt dengan apa yang dia tulis..kita harus menghormati org lain..pendapat org lain..sbb kita punya persepsi masing-masing ...wallahualam..

Sedih sangat hari ni. Baru sedikit disuntik rasa..aku dah bergelora panas membara.. tak  berjaya aku hari ni melawan api percikan syaitan..ikut sangat perasaan amarah..aduhaii...aku kalah...syaitan ketawa...hahahahahahaha.... runtuh bentang sabar aku hari ini..apa ke hal nya ni Fie?? slalu cool ja......Astagfirullahalazim...aku manusia biasa....bukan malaikat...sentuhan kata itu lebih tajam dan pedih dari mata pedangg....kadang terfikir juga...nak jadi manusia yang berkata tanpa rasa...huhhhh.....
Sebenarnya..perasaan tu dah lama terpendam.. dari tahun sebelum ini lagi..pernah merancang dengan seorang sepupu dan rakan..tidak secara formal tetapi hanya cakap-cakap bersahaja yang entah bila akan menjadi nyata. Sekali lagi..perasaan yang tak pernah hilang itu semakin kuat akhir-akhir ini..Ahad aku ke klinik kerana kurang sihat..bertemu doktor..dan aku tahu khabarnya dia sekeluarga ke SANA waktu aku ke Korea..sangat teruja mendengar kisahnya..katanya mahu ke sana lagi.."pergilah Fie..seronok..pasti rindu mahu ke sana lagi" . perasaan semakin menjadi-jadi...selepas selesai sesi konsultasi..doktor hadiahkan aku sesuatu dari sana.."alhmdulillah..tq Doktor...wangiiiiiii..."
Kisah ini semalam..ketika menghadiri perasmiaan pembukaan pertandingan Percussion Peringkat Universiti..Aku duduk bersebelahan dengan seorang staf Unit Kaunseling..tahun depan kakak ni mahu ke Korea..kami bertukar pengalaman dan cerita..kebetulan kakak ini pula baru pulang dari SANA..aku sangat teruja mendengar kisahnya.. " Waktu bas tiba di sana...ketika mahu melangkah turun dari bas..hati akak ni berdebar-debar sangat Fie..malah sewaktu dalam perjananan ke sana lagi..hati dah mula berdebar..apatah lagi ketika kaki melangkah..sebak sangat dada.." dan perasaan aku sangat sayu..roma aku meremang..sehingga aku menulis hari ini..perasaan aku sangat sayu ..dan terlalu kuat utk kesana.. " Akak selalu je pergi lagi kursus yang ust buat kat kampus ni Fie..saja pergi sbb perasaan akak rindu sangat kat sana..Fie free..jom kita pergi kursus tu sesama nak?" Owhh..semoga Allah permudahkan hasrat aku..rata-rata yang dah ke sana mengambarkan perasaan rindu dan ingin ke sana lagi..Layakkah aku hamba hina ini  menjadi tetamu MU ya Rabb...?? Aku terlalu ingin..



hadiah dari doktor...terima kasih... :)

Salam Khamis..Senyum manis-manis...Jom mulakan pagi dengan selawat...tak susah pun..tapi ada ganjaran..Insha Allah semoga rezeki kita hari ini diberkati dan dimurahkan lagi..aminn.. :)


Wednesday, May 15, 2013

Segalanya terjadi usai Zohor..akhir salam..selesai berdoa..termenung dan   bermula segalanya.Aku tidak membawa fikiran itu ..aku telah lupa..tp timbul semula. Aku tidak suka pada rasa itu..Dan..segalanya semakin hampir bila satu persatu bergentayang di kotak Fikir..benar Dan yakin..solat itu jawapan pd segala kegelisahan Dan tanda Tanya... YA Allah...tidak utk kesekian kalinya..biarlah dengan alasan lain..namun tidak dgn alasan yg sama..
Aku nak kejar dua ni..tapi tak tahu lah sempat ke tidak...kesempatan yang selalu diabaikan... :(


Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Tuesday, May 14, 2013



Kelebihan Bulan Rejab

 
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan

p/s - jom ambil peluang mana yang mampu..moga amalan kita diterima..

Tapi Itu Dulu .... :) 

Ya dulu aku katakan cinta
Ya dulu aku katakan sayang
Ya dulu aku katakan rindu
Padamu Selalu Hanya padamu

Ya dulu aku rajin merayu
Ya dulu tak berhenti berjanji
Ya dulu aku tak pernah ingkar
Untukmu selalu hanya untukmu


Lalu kini kau datang
Hatimu kalau bimbang
Meminta ku mengulang perasaan

Sayang itu dulu
Dulu saatku tertarik padamu
Kini kamu tak seperti yang dulu
dulu hanya kau getarkan hatiku

Tapi itu dulu
Saat aku kejar kejar dirimu
Bermimpi kau bisa saja denganku
Sayang dulu kau acuhkan cintaku
 Sayang itu dulu
sebagai kawan..awak tak akan khianati saya kan...? tak akan sakitkan hati saya kan..? tak akan sedihkan hati saya kan...tiba-tiba saya rasa nak bintang dari awak...fahamkan maksud saya...







p/s - dengan tiba-tiba je.. :|
Alhamdulilllah...

Sedar antara tidak..hampir pertengahan tahun untuk 2013..cepat sangat masa tu. Sesaat ..seminit tak pernah untuk menunggu kita..kondisi diri masih kurang stabil sejak balik dari Dungun. Gagah diri ke pejabat..sementara motivasi diri utk menjalankan tugas harian belum jatuh..baik aku layankan saje..demamnya malam..teruk..sangat teruk..makan ubat terus  tido..esok pagi khayal sket tapi masih waras untuk berfikir.

- 7-9 Mei perjalanan panjang ke Dungun.. sangat lama..seharian atas jalan..lenguh badan-badan. Alhamdulillah   perjalanan dimudahkan tanpa sebarang masalah. Kami selamat pergi dan pulang. Subhanallah...melihat negeri orang .. melihat indahnya alam ciptaanNYA..sangat bertuah diberi peluang. Pengisian kursus yang bagi memanfaat. Merapatkan hubungan rakan sejawat. Tak kenal maka tak mesra..bila kenal mula bertegur sapa..Insya Allah hubugan kekal selamanya..

- Sejak 6.5.4.3 ..aku semakin hilang rasa ketenangan dalam diri..aku dah tak jumpa mana titik tenang dalam hati..aku mahukan kembali. sangat dan inginkan kembali ..aku tak tahu dari mana harus aku mula..bantu aku..

- Kurang lebih seminggu waktu sibuk akan kembali..aku harap aku sudah bersedia sepenuhnya untuk tugas hakiki yang akan bermula seperti biasa..tidak banyak ruang rehat, perlu lebih kuat hati dan bersabar melayan kerenah.Tidak mengharap lebih..cuma memberi yang terbaik. itu sahaja.

- Ukhwah dan persabahatan yang renggang perlu dipulihkan dan dieratkan..alhamdulillah aku gembira untuk perubahan itu..semoga kita boleh bekerjasama dengan lebih baik..yang penting ikhlas dan saling menerima kekurangan dan bantu melengkapi agar kita menjadi pasukan yang lebih kuat. yang penting kerjasama..Alhamdulilllah...Alhamdulilah.

- Rasa kurang percaya ? ya ..perasaan itu ada. kenapa ? sbb bila aku mula rasa sesuatu yang tidak kena..dan dibuktikannya..itu membuatkan aku mula rasa curiga. Tidak mengapa la untuk itu..aku hanya tersenyum untuk buat tidak tahu...

- Aku mula kurang rasa ..rasa apa ?? biarlah.. bila terlebih rasa pun susah..nanti kencing manis ..darah tinggi..susah pula..

- Tiada dendam yang disimpan..buatlah yang terbaik untuk kehidupan dan masa depan . Ayat yang selalu diulang.." duit boleh dicari..tapi kasih sayang tak boleh dibeli " yaa..hargailah sebelum segalanya terlambat.

Tuesday, May 7, 2013









Just gonna stand there and watch me burn
but that's all right because I like the way it hurts
just gonna stand there and hear me cry
but that's all right because I love the way you lie
I love the way you lie
Ohhh, I love the way you lie

Monday, May 6, 2013

Selalu ajar Dan pujuk hati Supaya sentiasa memikirkan perkara yang Baik Dan positif..tidak perlu menduga hati Dan membuat andaian yang sehingga akhirnya menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif..selebihnya bukan kuasa kita..pemikiran manusia itu terbatas..
Bila aku rasa keseorangan dan terhimpit dengan masalah dunia..baru aku mencari..hina sangatkan sifat aku...


Bagaimana caranya..tunjukkan aku jalan....


Kita bangun setiap pagi, dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam. Tetapi kemudian Allah menguji lagi. Kita pun kecewa dan harapan kita seolah-olah sudah hilang.. JANGAN BERSEDIH.. Selagi kita masih bernafas hari itu,selagi itulah masih ada harapan,ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan. Yang penting jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah. ~ 
Jadilah manusia yang berpendirian...cukup-cukup la tu... hidup sentiasa lari dari masalah..tapi sampai bilaa? 



p/s - Astagfirullahalazim..jauhkan aku dari sifat amarah...percikan api neraka mu...

Saturday, May 4, 2013

NASIHAT UNTUK REMAJA..DARI HABIB ALI AL-JUFRI..:-)

Remaja sekarang ini mereka ada yg bersolat tapi melakukan perkara yg pelik, ada yg cium sana sini, mata meliar, masuk net tengok macam-macam. Iman mereka lemah. Penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini.

Habib Ali al-jufri berkata "Perkara ini semua org ketahui, tentang ujian yg melanda remaja sekarang ini. Pertama sekali aku khabarkan berita gembira kepda remaja semua, penyesalan yg mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dgn ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah, kemudian mereka kembali semula kepada perbuatan lama,kemudian ingin kembali semula kepada Allah, ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah, selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka."Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah" Demi Allah wahai saudaraku,jika Allah tidak mencintai kamu. Dia pasti tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan,ini adalah perasaan yg kita rasakan "aku ada melakukan kesalaham".perasaan yg bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah. Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman, di sini cahaya lilin(keimanan) itu ada tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. Yang memadamkan cahaya(keimanan) ini adalah dia tekad melakukan maksiat. Perkara bahaya datang dari mana? Perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat itu bahaya tapi yg lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat,mengambil mudah sahaja "Allah itu kan Maha Pengampun" kemudian kembali melakukan maksiat.memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri. Ini bahaya.ianya adalah isyarat cahaya iman mula menghilang.



Astagfirullahalazim..~ tuntun aku ya Allah..pegang aku terus agar tidak sasar dan pincang mengatur perjalanan hidup ... 

~Tatkala kita merasa berdosa dengan kesalahan yang pernah kita lakukan, itu bererti kita masih punya Iman di dalam hati ~