Saturday, November 13, 2010

~ Kemaafan Yang Terindah ~

Terkenang kisah siang tadi. Memanjat tangga "rumah baru" itu. Meninjau2 persekitaran..tiba-tiba " Ya Allah..siapa punya la beg kotak2 byk2 ni..Igt aku kuli korang ke nak masukkan dlm store??!!!" jerit aku dlm hati..jerit kuat2 plak tu. dengan rasa yg sangatlah pedih. Kenapa la budak2 ni wat mcm ni. Sudah terlalu senang lagi mahu disenangkan...lagi mahu dimanjakan..Pergi lagi berjalan2 melihat "rumah baru" aku tu.. tiba-tiba " Ya Allahhhhhhh!! byknya sampah..melonggok2!!..makcik2 clearner ni x wat keja ke..? Menyembang je la tu !!.." Huwarghhhhhhh ..hati terus meronta2 nak marah. Penat aku dibuatnya..masih terus berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan..udah rupa pegawai daerah aje. Aku duduk mengadap lapang sasar hijau di satu sudut rumah besar penghuninya itu..menarik nafas dalam2. Letih rasanya..menahan rasa amarah. Laju dengup jantung ku. Berdetak laju urat2 di bahagian leher aku. Berkata sendiri. Aku perlu lebih byk bertenang. Kenapa perlu kusutkan keadaan. Beg dan kotak itu..masih ada penghuni yg belum pulang. Mohon saya bantuan mereka..mungkin adik2 ini pulang masa pejabat dah tutup. Semalam kan aku dan kakak penyelia pulang awal. Erm..aku maafkan mereka. Dan..sampah2 berlonggok yg menyemakkan mata ku..masa aku lalu td.makcik tu dgn muka serba salah ada menegur " Cik..sampah ni lepas ni makcik clearkan..tadi cuci tandas." aku hanya senyap dan berlalu. Bila dah duduk-duduk mcm ni..aku berfikir kembali..hari ini penghuni ramai pulang. Mengosongkan bilik. Sampah semua dihambur keluar bilik. Penat Makcik2 ni nak mengutipnya..tandas perlu juga dibersihkan. Beri mereka sedikit masa. Usia dan Kudrat makin tidak mengizinkan. Mereka bukan robot. Kenapa perlu aku angin..maafkan mereka..ya maafkan saja..janji semuanya selesai sempurna. Dan..bila semua telah dimaafkan..lapangnya dada!! Alhamdulillah..

Friday, November 12, 2010

Telah Lama..

Telah lama merenung dan membaca kembali cerita ceriti kehidupan yang lalu. Yang telah sedia dibentangkan dlm kisah perjalanan aku. Yang aku sendiri tidak tahu dimanakah berakhirnya aku. Pasti aku mahukan hala tuju destini yg cukup sekadar sederhana dan selesa. Kekakangan masa menghalang aku untuk terus berkongsi rasa sendiri. Bukan kerana apa-apa.Tidak juga ada apa-apa..Masih terus melawati walau tidak mengetuk jari..hahaha..






p/s : Jengkaut Hati..telah digantungkan!