Wednesday, November 4, 2009

Petunjuk Pencipta

Alhamdulillah..awal-awal pagi aku terima satu panggilan yang membahagiakan beritanya. Syukur..Kakak sulung aku naik pangkat. Tahniah "Cho". Berkat doa yang berterusan. Cemburu sangat melihat kebahgiaan kamu. Moga berterusan ke syurga. Cho excited suruh aku ambil cuti hari Khamis (26 Nov.09) sehari sblum raya Haji. Nak balik ipoh wat ketupat palas..wahahaha lambat lg tu. Raya haji kali ni raya kat umah mak..yuhuuuuuuuuuu..xde la gigih berpeluh aku sensorang lagi kat dapur malam raya nanti. Selebihnya aku menyiapkan repot tahunan yang terpaksa dibuat semula gara-gara pendrive aku corrupt. Huh..punyala terpaksa menyelak2 balik fail nak dpt maklumat. Sambil2 menyelam di persadaan Yahoo Mesengger..haha (potong gaji)

Ada rasa sesuatu yang aku tak sabar-sabar nak buat. Terlalu banyak perkara dalam hidup yang aku main redah je. Makin jauh mendapat PetunjukNya. Makin terabur susur galur langkah yang aku atur. Kesedaran ada, kemahuan yang melengahkan. Time-time gini aku mula bayang muka mak aku. Seorang wanita tabah. Lembut dalam ketegasan. Dulu aku selalu buat dia menangis kerana kedegilan aku. Ya hingga sekarang aku degil. Tapi bila da duduk sorang2 ni.. degil2nya aku..kata-kata nasihatnya akan terdengar2 di telinga."Jangan makin menjauh..tetapi mendekatlah. Ambil kesempatan bersendirian itu mendekatiNya. Bukan makin lari dariNya. Nanti bila dah tua ..menyesal." aku rindu sesuatu..tapi aku tidak mengerti apa yang aku rindukan!!



No comments:

Post a Comment