Saturday, August 31, 2013

Sekali Dlm sebulan..mesti nak merepek..Jiwa Sgt sensitif..mesti nak Cari pasal dengan orang-orang tertentu..perkara kecil pun jadi Sgt nak terasa..dengan tak semena Baca text pun ada yg rasa nk marah je..padahal kadang kala klu bkn Pada "waktu " itu..perkara tu semua biasa biasa saja. Mesti nk Menangis..mesti nak merajuk..mesti nk klu bahasa kasarnya meroyan .. haha..maafkan aku..perasaan semulajadi tu bukan aku mahu..aku sendiri pun klu boleh tak mahu sakitkan hati..rasa nak marah tak tentu pasal..Letih sangat rasanya..dah Tanya kaum hawa yg terdekat..Ermm rupanya depa pun sama..

P/s - mtk tolong mengerti .. jgn terasa n kecik hati..

Friday, August 30, 2013

Salam Jumaat Penuh Barakah...

Semanis Kurma semalam membicangkan tajuk  "Jodoh Untukku"  menarik bagi mereka yang masih menunggu jodoh...alhamdulillah..ustaz ustzah ada bagi tips dan doa2 untuk di amalkan..bagi kalian yg masih menunggu...jgn lupa amalkan..aku doakan kalian beroleh pasangan yg baik..amin.. Juga membincangkan bicara apabila wanita yang memulakan perkenalan dan hasrat hati bila mana lelaki sekarang terlalu pasif dan tidak punya keyakinan diri dlam meluahkan hasrat... haha tetiba ingatan aku terbang..!! haa..kat bawah ni ada ayat2 hasrat Chenta yang mungkin berguna utk kalian..tak salah..cuma perlu betul cara budi bicara..dan pada sang Adam..kalian merupa pelindung Hawa...jika hasratnya kalian tolak..tolong juga dengan penuh akal dan budi bicara menjaga maruahnya Hawa...kerana dia sanggup korbankan mahkota malunya diri mereka sebagai seorang wanita utk hasrat itu.. Yang pasti jodoh itu tetap rahsia Allah... 

Awak, 

Saya bukanlah bidadari yang cantik atau hebat dalam cinta..
Yang mampu membuat awak jatuh cinta pada saya..
Dan saya juga bukan ahli sihir..
Yang mampu menyihir awak agar awak menyintai saya.

Dan inilah saya apa adanya,
Hanya seseorang yang menyintai dan merindui awak,
Seseorang yang ingin masuk dan menumpang
Dipenjuru hati awak
Agar lengkaplah hidup seorang Hawa
untuk seorang Adam.

Saya harap awak faham 

Wednesday, August 21, 2013


~ ku terima kekurangan mu dan ku takkan mengeluh..~

Monday, August 19, 2013

Ya..kadang-kala kita seakan tidak percaya apabila kita melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah kita duga..mungkin utk pertama kalinya dalam hidup..org kata "kerja gila" .. dan yg nyata..tidak..aku masih waras..bagaimana ia datang?? jangan soal aku kerana kekuatan itu milik sang Pencipta segala cinta...


p/s - aku masih punya santun budi seorang perempuan..tidak sekali utk meletakan rendahnya martabat wanita hanya kerana keberanian itu..bukan juga utk kau perkotak-katik kan jiwa lembut seorang perempuan... kasih syg itu sgt luas kan..kita masih punya nikmat utk menghargai nilai kasih syg tuhan...~

Friday, August 16, 2013

Apabila terpaksa membuat pilihan antara pilihan..adakah aku yg dipilih utk memilih...bantu aku .. " tidak semestinya yg kamu sukai itu Baik bagi kamu  Dan begitulah sebaliknya"

Sunday, August 11, 2013

Ya..aku rindu dia..dia yg Mencabar rasa di hati..

Tuesday, August 6, 2013

Assalamualaikum...salam akhir ramadhan...

Seawal subuh hujan renyai-renyai membuatkan aku makin selera untuk menarik selimut..memikirkan hari ini masih bekerja..cergaskan diri siap segala..semalam tidur masih lagi  lewat..memastikan tidak ada yang di tinggalkan dalam keadaan yang tidak sempurna. Alhamdulillah selesai..Pagi ini..ketika melewati taman-taman perumahan untuk ke pejabat..suasananya sudah agak sunyi. Tambahan pula kebanyakan penghuni dan penyewa adalah dikalangan pelajar yang telah mula bercuti pada minggu lepas. Memasuki pintu utama kampus pula..keadaannya bertambah bening..sangat sunyi dan sepi..walaupun rata-rata staf merupakan orang tempatan..boleh dikatakan 90% telah bercuti..mood kerja mmg dah melayang..kenapa aku masih bekerja.?? Bagi aku.. masih ada keperluan untuk aku bekerja dan aku punya perancangan cuti aku sendiri.Walaupun tahap kesihatan diri tidak berapa memuaskan selepas insiden kelmarin. InshaAllah..sebelum petang aku akan beredar..semoga perjalanan lancar..

Dunia Sepi merupakan medan aku meluah curahan hati (curhat) dengan cara dan bahasa aku sendiri. Bagi aku..selain aku ada Allah tempat hakikinya untuk aku mengadu..inilah ruang bagi aku melepaskan sakit yang mendiam di dalam hati ..bukan lah sekadar sakit..malah untuk bahagia rasa yang aku lalui. Aku tidak pernah kenal pada yang pernah singgah untuk menjadi pembaca senyap (jika ada) di sini. Juga pada yang khusus mengenali aku..Ayat..kisah...kiasan mahupun apa sahaja yang menjadi titipan kata di dalam Dunia Sepi..jika ada yang mengusik mahupun mencarik rasa kalian..aku mohon sejuta keampunan..kadang-kadang ya mungkin ia sangat tepat dengan diri kalian...tapi kadang-kadang itu sekadaran kebetulan dalam kisah kehidupan kita..

Pada yang akan memulakan perjalanan bertemu keluarga tercinta...berhati-hati dan aku doakan segalanya selamat..tiada yang lebih berharga dari nilai kasih sayang sesama manusia..hargai kasih syg yang sgt melimpah tanpa batasan itu selagi ada yang sudi memberi..kasih tanpa syarat dan sempadan..tidak lain tidak dari Ayah Bonda tercinta..( ingatan sgt khusus utk diri aku sendiri ) kadang-kadang ya bila kita punya pendirian sendiri..mereka lebih dulu pernah ada dan besar pendiriaannya sehingga adanya kita sebagai manusia hari ini...

Akhir .. jaga diri..setiap perkara ada keterbatasan yang tidak dpt kita langkau..( juga ingatan pada diri sendiri !) Dalam segala segi..bersyukur pada apa yg masih kita punyai..sebelum segalanya hilang dan pergi begitu saja..Aku mahu doa kalian supaya aku terus menjadi manusia yg mampu bersabar dan ikhlas dalam setiap ujian dan cabaran hati dalam meniti dunia sepi aku.....



Monday, August 5, 2013

Bukan sekali..bukan utk kedua Kali..cukuplah ya sekadar itu saja..tidak ada lagi keterujaan utk kesekian kalinya..Sgt menghargai kata penyejuk hati..Dan sekarang hanya sekadar buah senyum di biar..tidak di hati aku..nilai ribat ini aku tebatkan hanya di sini..sebaliknya aku ibaratkan hanya memberat di sebelah pihak shj. Hanya utk mengisi ruang waktu yg dia ada. Dan aku Akui..kata-kata org yg sygkan aku. Cukup..berhenti Sudah Dr terus memberi..hati itu terlalu tulus utk disakiti..Walaupun Secara yg terlalu halus..tp sakitnya nanti Sgt tidak terperi...
Bosan dengan alasan. Sekian...

Sunday, August 4, 2013

Sesungguhnya ..aku kesal pada tindakan diri.. kali ini aku kalah dengan tuntutan emosi diri..rebah pada mainan fikiran yang merosakkan..situasi diri yang seakan terumbang ambing dan 'jauh' dari DIA..aku sangat kecewa bila fitrahnya wanita itu menjengah di pengakhiran ramadhan ini..aku seakan putus pertalian dengan DIA..jiwa aku kosong..kesabaran yg sifatnya aku pertahankan selama ini musnah..aku menjadi manusia yg merimaskan ..aku menjadi manusia pendesak..aku menjadi manusia yang berfikir luar dari batas tuntutannya...maafkan aku ..dan akhirnya..aku di sini...lebih dari besarnya sabar aku perlukan...melihat kasihnya wajah bonda..tetap setia menemani... terkesan dengan satu nota ketika lewat menunggu menerima rawatan..membuatkan aku kembali kepada sifatnya hamba...

“ Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang”

Adakah kamu menyangka, Hidup ini adalah suatu permainan? kamu akan dibiarkan hidup tanpa ada Ujian dan Musibah daripada Allah? Sesungguhnya Allah itu amat kasih kepada setiap hambanNYA yang diuji dengan ujian yang Kuat lalu kembali kepadaNYA, Dan Tahukah kamu wahai manusia, adakah kamu menyangka, dengan mati itu akan menamatkan segalanya, ? Bukankah mati itu permulaan kehidupan abadi ? Walaupun Dosa kamu seluas langit dan sebesar lautan sekalipun Pegampunan Tuhanmu itu lebih luas, kembalilah kepada Tuhan kamu, dia amat menyanyangi kamu .. dia sedang menyantunimu ..


p/s ; mahu segera pulang.. :(