Sunday, December 4, 2011

Kalaulah Boleh..

Dengan Nama Allah..Sesungguhnya hanya DIA..


Kalaulah boleh..aku tidak mahu hanya bercerita ttg hanya kesedihan di Dunia Sepi..biarlah semuanya ceria dan gembira..tapi..bukan kehidupan namanya tanpa kesedihan hati..

Hari ini..seawal pagi yang patutnya ceria dan tersenyum..aku sendiri mengguris rasa. Melangkah ke pejabat dengan senyum indah..namun dicalari dengan suara-suara deras seolah sengaja untuk mencuri dengar aku..untuk menguji kekuatan jiwa tisu aku..seolah biar aku tahu..mereka bergembira dan aku berkeseorangan..bersendirian..dan disisihkan..kuatkan jiwa dan semangat aku Ya Allah..supaya tidak lemah dari ujian dan dugaan kehidupan dunia MU..


Kalaulah boleh aku undur masa..mahu aku ulang tiap terap kaki aku ketika pertama kali melangkah ke sini..supaya hati-hati dengan hati manusia yang kita sendiri tidak tahu hitam putihnya..itu jika kalau boleh..agar aku bisa pilih-pilih mana hitam..mana putihnya..tidak mungkin kan..

Nasihat teman..walau di mana kita ada..tidak mungkin tidak kita berjumpa manusia sebegini. Jangan kudiskan hati sendiri dengan perlakuan dan tindakan manusia tidak cerdik. Aku harus teguh dengan perwatakan walau hati kadang2 menangis. Tidak boleh goyah dipandangan hati mereka. Tidak tercalar sedikitpun raut di wajah. Biar ada rasa gerun ..dan biar mereka tahu..aku berhati besi walau diherdik menganas dan mengila amarah asukkan hasad muslihat syaitan di hati-hati manusia yang sentiasa tidak berpuashati..

p/s : Kalaulah aku mampu tersenyum dan hati juga tersenyum ..tentu indahkan..~
ehem..bahasa melangit 7 petala alam..

Thursday, December 1, 2011

Duri Mendiam

Orang yang anda percayai..org yang anda sayangi..orang yang anda hormati..memberi seikhlas hati..tanpa sekelumit rasa sangsi..rupanya..ada rasa yang tidak disenangi..ada iri di hati..ada hasad menyelebungi..dalam hati ada duri..terima kasih kerana memberi aku pengajaran dan pengalaman ..bahawa tidak semua perkara yang baik dan ikhlas itu dibalas dengan sesuatu yg ikhlas..kasih sayang tuhan itu luas..inikan pula kita sesama manusia..kenapa perlu dibina sengketa hanya kerana perasaan sakit di hati yang membungkam dan hasutan syaitan yg mmg inginkan kita berbalah sesama sendiri..kau hawa ..aku juga hawa..aku masih sayang ribat ini..dan aku akan terus menyayangi ..kerana kasih syg itu indah tautannya..



~ hati tisu..tetiba teringin nak makan roti tisu plak..hihihi

Hati

Subhanallah...Allah Maha Besar..


Pagi ini Khamis 1/12/2011..sangat damai aku rasa. Setiap pagi Khamis di awal bulan..kami akan ada tazkirah pagi..yang akan disampaikan oleh ust dan ustz (terdiri oleh kami sendiri..hihi). Bahan tazkirah yang akan disampaikan bebas..asalkan memberi manfaat bersama..Jadinya bila tiba giliran empunya diri menjadi ust atau ustz..masing2 akan mengoogle ataupun mencari bahan ilmiah untuk disampaikan..Hari ini bukan giliran aku..giliran aku sudah lama lepas..


Seperti yang sedia maklum, kita baru je menyambut Awal Muharram kan..dan tajuk takzirah pun berkenaan kemuliaan Muharram..bla..bla..bla..ustazah pun menyampaikan tazkirahnya..di setiap akhir sesi ini..Bos akan pusing dan tanya..ada sesiapa mahu menambah..? Seorang penyelia mengangkat tangan..katanya " kita harus berhijrah dari yang lebih baik kepada yang terbaik..dan seterusnya ...." (panjang malas nak hurai) kemudian bos aku plak teringin nak menambah .." Dalam apa-apa perubahan sekalipun yang kita mahu..akan buat..sekecil-kecil perkara yang perlu kita lihat ialah HATI kita..jika HATI kita masih tidak berubah..dengan sikap dan perasaan HASAD DENGKI dan CEMBURU tak payah lah nak ubah menda yang besar-besar..pokok pangkal HATI kena BERSIH..