Saturday, January 23, 2010

Kesibukan..

Lama aku tidak memblog..kesibukan yg amat. Apabila pelajar telah mula mendaftar kami mmg sibuk..tetapi kebiasaannya sibuk dengan perihal pelajar, kali ini sibuk aku dengan sistem auditan yang diperluas ke cawangan. Bermula dengan perluasan skop ISO 2008 HEP..datang lagi satu agenda yang perlu aku depani..MQA..istilah penuh aku dah lupa..haha..unit aku terlibat menyediakan skop 'area 7' seperti yg dikehendaki.."Programe n Review" MQA ni sebelahnya lebih kepada akademik..tetapi turut mengambil kira faktor yang menyumbang ke arah peningkatan akademik pelajar..unit aku salah satunya..bersedialah aku seadanya..sama ada dari segi pendokumentasian dan soaljawab nanti..haihhh..lelah..sepatutnya ehem2..tp aku amik segalanya positif! pandang ke depan..kerana aku juga bercita2 suatu hari nanti duduk lebih tinggi dari tempatnya sekarang..hahaaa boleh gitueee??? Boleh.. masakan tidak kan!! Minggu ini juga aku sibuk dengan urusan kesihatan aku. Appointment aku dengan doc Jamilah 20/1/01 tempoh hari selesai dengan hasil..aku mendapat kad pesakit kardiovaskular..dan 3 bulan yg mendatang akan menjadi rutin aku untuk bertemujanji dengan pakar keluarga itu. Seterusnya, pada 25/01/01 akan datang satu lagi ujian darah ke atas aku akan dilaksanakan..berikutan hasil u/sound terhadap sistem hati aku. Ujian darah ini akan meliputi utk HEP B & C ..satu temujanji lagi terpaksa aku hadiri yang telah di atur antara Pakar Unit SOPD Hospital S.A.H. pada 27/01/01..aku bertanya prosuder apakah lg yang perlu aku jalani..pembantu doc yang ramah itu menerangkan satu ujian kecil akan dilaksanakan berkaitan buah pinggang aku yg ada batu tu..perbincangan sama ada aku mahu meneruskan rawatan atau sebaliknya..yelah..aku tunggu 27/01/01 ini nanti..Aku sebolehnya berdoa semua aku dapat mengawal dan seimbang sebaik ada masalah kesihatan dan tugas hakiki aku. Alhamdulillah setakat ini..kesihatan tidak mengganggu aku melaksanakan tugas hakiki sebaik mungkin. Minggu depan bermula esok mmg begitu sibuk tanpa ada ruang senggang bagi aku..Setiap hari penuh dengan agendanya. Isnin ke klinik kesihatan.Selasa Bengkel Pemurnian ISO ke 2, Rabu temujanji pakar di Hospital S.A.H. Khamis Mesyuarat Unit..dan Ahad kunjungan panel Audit MQA..Aku berdoa semua kesihatan aku sentiasa baik sepanjang minggu ini..amin..

Tuesday, January 12, 2010

KIsah Semalam..

Ermm..semalam..kalau ikutkan aku mmg tanak igt dah apa yang terjadi smlm..apa sebenarnya yang terjadi semalam..aku bertengkar..yer dengan si mamat kepala angin tu (opismate aku) Semalam kami ada meeting..dalam meeting ada beberapa pembahagian tugas..pastu si mamat ni tetiba tak puas hati ngan aku..tanak wat keja..nak salah aku.Tetiba tinggi kan suara kat aku..aku mcm yang telah dikata..thn 2010 aku dpt aura kekuatan luar biasa..aku mmg dah lama pendam..entah mcm mana aku lawan dia balik. Terhambur segala yg didiamkan selama ini. Haa aku dah kata..bahayakan..aku mendiam dalam. Jangan cucuk sarang tebuan. Terdiam dia..kau nak pertikai tentang tanggungjawab dengan aku..kau silap org mamat. Kau pandang dulu diri kau..adakah kau selayaknya utk berbicara ttg tanggungjawab. Jangan salahkan aku..segala pekong kau selama ini terbuka. Maaf kau mulakan..ya..aku puas walau aku sedih dengan tindakan aku yang tidak mampu mengawal perasaan. Tapi kadang2 aku rasa perlu untuk mengajar org2 yg bersikap begini dari terus terusan menindas org lain dan mengambil kesempatan bila org mendiam. Sedikit pengajar buat kau mamat sengal!! terima lah !!!!

Sunday, January 10, 2010

Kejutan Yang Membingungkan..


Aku Menerima kejutan yang tidak disangka ...terima kasih atas tanda persahabatan dan kasih sayang..maaf kerana aku masih mencari jawapan dan mencari di mana noktah segalanya. Terima kasih kerana tidak pernah jemu menanti jawapan aku yang masih tidak pasti dan keliru dalam ribat yang kau berikan kan..kau hamparkan..terima kasih atas kejutan itu..aku terpinga..! sungguh kejutan itu membingungkan aku..


p/s jgn speku yg bukan2 tau..ini bkn cincin tunang..ini cuma hadiah hari lahir aku yg ke 28 thn..sungguh penuh maknakan..haha aku sendiri bingung!

10.01.01

Alhamdulillah..hari ini aku 28 tahun..anjakan satu lagi angka dalam hitungan umur aku. Ia cuma angka. Bersyukur kerana berpeluang dan diberi peluang untuk mengutip apa sahaja utk di bawa ke hari kemudian. Aku sedar jika aku di mati kan sekarang..aku belum punya apa2 untuk di hadap membela diri di sana..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Apa harapan aku..? Apa yang aku mahu? Tidak banyak yang aku harap..tidak banyak yang aku mahu..tidak aku mampu luahkan apa yang aku alami dalam jiwa dan hati aku sekarang..mampu aku katakan..aku senang..aku bahagia..aku girang..harapan yang aku pendam diam..biar menjadi realiti juga dalam senyap tapi sempurna..Tadi abah call..ucapnya ringkas.." Selamat hari lahir yang ke 28.." Sudah tua tu ya..! " aku sekadar membalas.."Hehh..." sambil mengulas dalam hati seribu makna ungkapan abah itu..terima kasih abah..atas ingatan..terima kasih juga sahabat2 atas ucapan dan doa yang dititipkan buat aku..aku juga kembalikan doa itu buat kalian..moga kita sama-sama mendapat yang terbaik.


**********************************************************************************

Thursday, January 7, 2010

Semangat 2010

Semangat 2010..? Semangat apa..hermm semangat dalam diri aku..! Alhamdulillah..permulaan 2010 berjalan dengan begitu tenang sekali. Aku juga dapat rasakan..perasaan yang damai dalam jiwa..dan aku begitu mengharap biarlah sampai ke penghujungnya. Impak dari apakah semua ini. Aku terkenang seketika..perkara yang jarang pernah aku buat. Tapi tahun lepas..alhamdulillah..pelawaan seorang kawan.. ke majlis bacaan yassin dan doa akhir dan awal tahun pembuka kepada bermulanya kiraan baru hijrah dalam hidup aku. Itulah yang di kata..doa senjata mukmin. Mula aku tidak terkesan dengan perkara yg mungkin di anggap remeh ini. Namun..dari hari ke hari aku dapat rasakan semangat luar biasa dalam diri aku. Hati tidak lagi lemah..bagai ada aura yang membuat aku semakin kedepan bila aku rasa perlu. Tapi segalanya dalam keadaan terkawal dan tenang. Perbagai masalah mendatang juga aku masih bisa mendiam dan berfikir tanpa resah dah gelisah! Aku mahu menjadi aku yang baru ..2010..!!

Tuesday, January 5, 2010

u/s Abdomen - 3.01.01

Findings ...

There is right parenchymal calcification noted in the midpole, measuring 3mm in size.
There are two calculi seen in the left midpole, larger measures 6.1mm.
No hydronephrosis seen bilaterally.

* aku mahu terus dan terus tersenyum...walau apa yg mendatang!

Friday, January 1, 2010

01.01.10

Hari ini aku duduk rumah..ngemas2 umah sampai pengsan.! dah 3 minggu rumah dibiarkan tidak berusik..aku mmg keletihan dan kecapiktan..mana yg sempat je . Kali ni semua aku kaup habis..sawang2..paling aku x leh lupa..masa aku asik sapu sawang kat siling bilik aku..aku lupa tutup kipas..sekali batang sawang tu kena kipas..langsung patah! Mak aih..kuat gile. Masa tu aku dah mula bayangkan kalau kepala aku yg kena blade kipas tu..mau putus mcm batang kayu tu..tiba2 aku jd seram dan meremang roma..haha..moralnya..harus berhati2!..habis ngemas aku pengsan..haha kurang tenaga dlm badan sbb aku sedang bersoft diet..ahad nak kena wat ujian buah pinggang..doktor suh soft diet..aku pun ikut aa.a...jgn suh aku telan softland sudah..:P

p/s* mcm x caya dah masuk 2010!