Monday, November 30, 2009

Monday Bluess...!

Alhamdulillah..semalam aku sampai di Sp lebih kurang pukul 6.00 petang. Keadaan hujan lebat dibeberapa tempat menyebabkan kenderaan lebih berhati-hati kerana jalan licin. Aku kalau memandu time hujan ni mmg cuak. Satunya sbb tak nampak jalan. Satunya kalau ada kereta tetiba brake emergency..aku pernah..masa nk balik Ipoh..keluar terowong ..masa tu hujan..jalan licin, kereta depan aku brake secara tiba-tiba..jarak mmg jauh..tp sbb aku ni pengalaman memandu masih baru..apalagi aku tekan la brake tu kuat2!..huhh..berderau darah aku bila dgr bunyi tayar aku bergesel dan kereta masih meluncur..namun..alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Aku risau aku hentak belakang kereta org depan je. Semalam abah pesan.. kalau hujan jangan memandu laju 80/kjm jer. Baekk...lagi satu abah pesan..kalau nak brake..jgn brake mendadak..pedal tu kena tekan sikit2..kalau tidak berpusing kereta nanti. Baekkk...! dan aku praktik la apa yang abah pesan. Alhamdulillah..segalanya lancar smlm..sempat gak snap gambar..kerja gile! hahaha..berani mati!!

Hari ni dah mula bertugas..keadaan kawasan tempat kerja masih lengang. Ramai staf masih bercuti. Mungkin ambil kesempatan bersama keluarga sempena cuti sekolah ni kan. Bawa anak-anak makan angin. Jumpa keluarga di kampung dan sebagainya. Takpe lumrah dan hakikat bila dah bekeluarga. Selamat bercuti kepada mereka. Kerja jangan lupa ..hehe.. Jadinya..bagi yang dah kembali bekerja macam aku ni...nak kasi mood kerja di pagi pertama selepas cuti ni harusnya agak suam-suam sket..hehe jadinya membloglah aku kiranya. Bos pun tak masuk hari ni. Mungkin MC agaknya. Aiyakk penin ke bos makan banyak daging Qurban! heh..gurau jer..mati aku kalau dia baca. Oklah..nak belek2 diary kerja apa yang patut wat hari ni..selamat bekerja bagi yang dah mula berkerja..- chow!

2 comments: