Sunday, August 30, 2009

Sebulan

Hari ni 30 Ogos..maknanya sebulan aku tinggalkan blog tanpa sebarang entri. Bila aku penat, aku malas nak berpikir dan buat ayat..aku lebih selesa berehat. Alhamdulillah segalanya telah selamat. Majlis berjalan dengan lancar. Ramai juga tetamu yang hadir. Ya..bila tetamu datang..mereka mencari 'tuan rumah' dan abah akan tunjuk aku..haha segan aku dibuatnya. Aku bersyukur semuanya selesai. Aku dah mula duduk rumah aku sendiri..ya dalam geran tertera nama aku..bil air..bil elektrik..huhu ni yg kena kuat bekerja nak langsai semua hutang. Bila dah pencen aku boleh menarik nafas lega. Usai majlis doa selamat dan kesyukuran..semua beredar..adik beradik yang lain balik ke KL (aku je yg duk kat utara) . Mak ngan abah aku tahan dulu jgn balik.pukul 12,30 malam (18 Ogos) baru depa balik.Huhuhu..tinggalkan aku sorang-sorang kat umah aku tuh. Malam tu hari ke-2 aku tido umah tuh. Suasana rasa lain la sket dr rumah lama.Ambil masa juga nak sesuaikan diri. Duduk sorang2 semestinya la perasaan tu kadang2 ada cuak..ermm..InsyaAllah bila dah serasi nanti okla kot. Hari ni aku kat Ipoh. Amik cuti sehari sambung cuti Merdeka. Walau dah ada rumah sendiri.perasaan tu di Ipoh. Tetap asik nak balik Ipoh. Yelah sbb aku masih kepunyaan mereka dan layanan masih seperti aku ni bersekolah lagi..sedar tak sedar sebenarnya aku dah 27 tahun. Semalam balik kg jumpa atok n opah..berbuka kat sana..hari ni balik ipoh semula..dan esok kena balik Sp sebab Selasa dan kerja..tak malas sangat sbb abah ikut sama..hoyeh..takdela sunyi sangat..tu pun seminggu je sbb dia nak amik keta poche dia yg masuk bengkel masa dia duduk kat umah aku. Tak de idea nak nulis..Cuma sangat2 terharu pada abah dan emak yg sentiasa sarat dengan kasih sayang walaupun aku dah besar panjang..dah kerja..abah sanggup ulang alik ipoh-sp semata2 nak memastikan aku dapat duduk dengan selesa dan terbaik di rumah tu. Terima kasih Abah...terima kasih juga mak kerana memahami..cuma 'bab' lagi satu tu, mohon sangat2 mak memahami keadaan dan situasi yang terpaksa aku tempoh dalam mencari jawapan dan keputusan. Aku paham mak sangat2 bimbang sementelah aku jauh dari mata mereka. Namun segala-galanya bukan boleh datang dengan mudah. Aku begitu mengambil iktibar dari 'ikatan' yg pernah lerai satu ketika dulu. 7 tahun walaupun bkn satu jangka masa yang singkat. Namun segalanya musnah begitu sahaja. Salah siapa? Aku...? Dia..? aku tidak mahu menunding kepada sesiapa..semua ada silapnya. Dan aku harap aku tidak akan ulangi perkara yg sama. Biarlah destinasi aku selepas ini tidak lagi sepi..(tp kadang2 sepi itu indah juga ya!..hahaha)