Tuesday, November 3, 2009

Resah Jiwa

Seminggu yang menyesakkan hati dan minda. Lambakan kerja yang menyesak minda. Asukan perasaan tanpa asas yang meributkan hati. Aku cuba lari dari semua masalah yang membelenggu diri. Hakikatnya manusia, semua pasti dihadapi. Mendepan dengan segala satu masalah yang perlu diselusuri jalur akar biar terhurai lilitan mati yang menyimpul. Pujangga tinggi kias bahasa. Maksudnya aku separa normal. haha. Kisah perjalanan panjang masih segar dalam ingatan dan bait terakhir aku berhenti ketika menari di papan kekunci ialah haruskah segera berakhir? Aku masih berteka teki untuk terus berjalan atau segera mengunci langkah. Masih terus dilema perasaan yang sarat dengan seribu gelisah persoalan. Terlalu banyak tanda tanya yang bergelimbangan dalam gambaran fikiran. Asasnya satu. Kerana tidak yakin walau telah diyakinkan. Aku masih berlengah..berlengah dr terus membuat keputusan mengikut akalnya manusia. Telah dinasihati berkali..Perkara yang tidak jelas harus dipohon perkenanNYa. Dirujuk Pencipta Sekalian Pencipta Cinta. Apakah dugaan di awal ini petanda bahagia yang menguji?? Atau tidak rasinya hati naluri bersama selari...JANGAN TERUS BERTEKA TEki!!!

No comments:

Post a Comment