Tuesday, May 31, 2011

KesiBukan Aku..Melampau!!

Welawehhhhhhhh..! pehal ek xleh upload gambo..aku malas nak naip2 berjela2..aku sibuk.! aku letih! aku mengah! kul 9 ne g kerja..ada program..~ haihh...ikhlas hati sepenuh jiwa..:)









P/s ..esok jelah.!

Monday, May 30, 2011

Muhung tu dose mak saya cakap..~

Satu kajian oleh Muzium Sains di England mendapati golongan lelaki bercakap bohong sebanyak 3 kali sehari berbanding wanita yang hanya berbohong 2 kali sehari. Dalam tempoh setahun, seorang lelaki didapati telah melakukan pembohongan sebanyak 1092 kali berbanding wanita yang bercakap bohong sebanyak 728 kali. Hasil kajian juga mendapati, hanya 70% responden lelaki mengaku bersalah apabila berakap bohong berbanding wanita iaitu sebanyak 82%

~Sumber - Utusan Malaysia 24/5/2011

* Senyum...tak perlu kata apa-apa :)

Sunday, May 29, 2011

~ Sabtu Yang Ritu La...~











layan je ar..tade idea..yg pasti hari tu sgt panas..

*p/s cuba carik..cuba carik....hahaha

Kesibukan Yang Menyibuk..

Subhannallah..Alhamdulillah..

Treettt..Treng.tuuttt...Krung krenggggg!! hahahaha..mcm2 bunyi haihh..angkat kanan..kiri berbunyik..angkat kiri belakang plak bunyi..letih mulut..letih kepala memikir bagai..keringat menderas2..hari ini sungguh luar biasa..kedatangan tanpa di duga..berpeluh bagai mencari penyelesaian agar mereka selesa. Aku juga bisa aman..bukan senang untuk memberi yang terbaik. Ketidaksempurnaan ada di mana2..kita cuba..terbaik itu dari Tuhan..! Alhamdulillah..urusan untuk hari ini nampaknya selesai dengan baik..terima kasih kalian..ESOk?? biarkan esok dengan urusannya..cuma bersedia seboleh yang daya..balik ni kena mandi sambil bilas2 muka guna berus dawai..wakakaka dah rasa berkarat berpeluh dan berminyak macam anak keling dah ni..hahaha. Dah..letih..tata!


*p/s ; aku bukan sebegitu mudah utk diperdaya..

Friday, May 27, 2011

Subhannallah..Alhamdulillah..

Pagi ni hati bunga-bunga je...eeeuwwwwwww...byknya taman! tak tahulah kenapa..arghh tampo pipi laju!...dushh.....!

Thursday, May 26, 2011

Pakcik Tua Itu..

Pakcik Tua Itu..
Aku lihat gelagatnya
Sungguh terkesan dihati..

Lewat usianya..
Masih lelah mencari rezeki..
Untuk anak..isteri juga diri..
Sungguh aku terkesan dihati..

Pakcik tua itu..
duduk tersandar melepas lelah..
bawah keringat membara..
masih setia setiap masa..
selagi kudrat dan diri bernyawa...

* aku dedikasikan pada pakcik yang setiap pagi..aku akan nampak dia..tekun mengusung penyapu..membersihkan kawasan agar landskap indah dan nyaman..sejuk mata memandang..seusianya..layak berehat2 bersama keluarga di rumah..cuma..nasib kita mungkin berbeza..

Wednesday, May 25, 2011

Hati Rapuh..

Subhannallah..Alhamdulillah..~

Masih mampu mengekalkan penampilan dan muka mannisssss ...gitu setiap hari..(sila muntah jika kau tidak suka bila aku memuji diri sendiri) Alhamdulillah..aku mampu laksanakan apa yang aku janji dalam hati aku..sehingga hari ini. Moga aku terus istoqomah dengan apa yg aku buat ni.Walaupun tinga aku hari-hari dengar lagu "kehilangan - firman". bibir masih mampu menguntum senyum. Hilang di hati..bkn di bibirkan..hahaha..jd..teruskan melempar senyum kepada sesiapa yang memandang. Sedekah paling mudah. Senyum lagi..tak perlu kata apa-apa. Aku pegang nasihat "B"( B ok..bkn R) ..senyuman itu adalah satu rezeki. Bila keluar rumah..nak cari rezeki kena senyum..:)

Okey..mana rapuhnya hati kan..haishh sungguh x sajak dengan tajuk la isi ceritanya..hari ini..aku tertarik nak keluarkan apa yg aku rasa. Memang biasa kita dengar perempuan itu rapuh hatinya..lembut jiwanya..ermm..terlalu biasa kan. Tapi dalam perkara-perkara biasa ini..sebenarnya lelaki itu lagi rapuhh jiwanya.!!! Kerana apa.?? Bila sudah terlalu dan berkali-kalinya jiwa dan hati juga perasaan wanita di sakiti..dikasari..kami sebenarnya mempunyai kekuatan yang luar biasa bila kami bangun dan bangkit dari kerapuhan rasa itu. Tetapi tidak pada lelaki..mereka lebih lemah kadang-kala dari kami..tersungkur..menjeruk rasa dan sebagainya.. Jadi..jangan anggap kami lemah..fizikal mungkin ya..tetapi TIDAK PADA HATI kami..

*P/s - jangan merajuk lama-lama..sungguh tidak baik..!

Tuesday, May 24, 2011

Monday, May 23, 2011

Diam ..

Subhannallah...Alhamdulillah..

Hari ini..lebih banyak berdiam..cuma tersenyum.."senyum..tidak perlu kata apa-apa.." aku jadi tanda tanya..aku mula rasa aku ada buat salah pada orang..aku rasa waras je kalau aku nak fikirkan apa salah aku kan. Fikir secara ringan..sebab rasa tidak bagus bila ada yang tersinggung atas puncanya kita. Jadi pada seluruh alam.."aku mohon maaf..!" ehh.pada daun bunga yg aku kutil pagi tadi sebelum masuk pejabat pon..aku mohon maaf ya..aku sebal lantas kamu jadi mangsa..:P

"Berilah ruang dan peluang pada diri sendiri" aku diam lagi bila mendengar ayat tuh. Dua jasad memperkatakan perkara yang sama. Aku diam sbb aku membenarkan kata-kata mereka..kadang2 usia matang pun bukan semuanya dapat aku fikirkan secara matang. Ya kenapa mesti perlu terlalu prejudis..dan akhirnya aku yang sakit sendiri. (mari tolong tepukkan tangan utk aku)Bukan sekali..tapi berkali2 aku melakukan kesalahan ini. Orang kata..kalau kita jatuh pada tempat yang sama untuk kesekian kalinya itu bodoh namanya!! haha..bodohkah aku?? Aku punya sebab musabab kenapa aku suka dengan tindakan "kebodohan" aku tu..aku tidak mahu diperbodohkan!.


*p/s - nape diam jer..?? iskk x boleh la ..sedih plak rasa..! huwawawa padan muka aku!!
gurau lebih2 sangat..ketawa2..pastu sedih!! rasai kamu..letak tangan atas dahi....pastu ckp dlm hati " Maafkan saya penunggu gua " ..lekaslah mata kamu lelap..tidak mahu fikir apa-apa..!

Saturday, May 21, 2011

Kesedihan..

1)Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. Takziah untuk penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat yang menjadi mangsa tanah runtuh. Al - Fatihah..
2) nape aku hati tisu sgt malam nii!! haihh...x suke!

3) Aku tak suke bila aku hilang apa yg aku ada..tp hakikat kehilangan tu x penah lari dr kehidupan. Biar aku yg pergi dari aku kehilangan..ngarutkn bunyinya.
.

4) Hari ini sorang lagi insan telah pergi..aunty Mahyon Ismail..dia pergi dulu..tenang2 disana..kami akan menyusul nanti..

Amanah dan Kesabaran..

Ha..menda alah ni la yang krung..krang..x siap2 gak..haiihh
senyummmmmmmmm.........
senyummmmmm lagiiiiiiiiiiii!!

Ehh...dah tak larat la nak senyum..sakit pipi!
Bilalah nak siap ekk..leh sejuk2 dlm opis nih..

*btw kan..aku suh gambar2 ni dok kat bawah..tp pesal dia naik kat atas haa..?? gasakla..malas nak betulkan..!

Subhannallah..Alhamdulillah..

Hari Sabtu...selalu cuti..rini keja..aku?? kali ni duk kat opis jerk..tak macam selalu ..tersenyum melebar tak kira panas terik dan hujan bagi menyambut warga baru. Prosesnya mudah. Take n Go. Tiada perdaftaran berjajar yang mengambil masa panjang. Masa aku nak berpeluh tunggulah minggu depan..moga dipermudahkan urusan..amin.Pelajar lama lebih banyak kerenahnya..ibubapa?? lain ceritanya..Duduk menunggu opis..menjaga penginapan transit waris. Bosan?? amanah..haha tp yg x tahannya..pencemaran bunyik..skang kat opis ni sedang kerja-kerja pemasangan aircond.tebuk sana sini..kreungg krangg..panggg..dum danggg...sakit kepala!! belum tambah dgn habuk simen merata sana sini..kaki mijak lantai pun rasa ngilu .!!yer aku mmg berkaki ayam di dalam pejabat..kerana?? Pejabatku rumahku..syurgakuu..hahaha..sungguh ayat menyejuk jiwa..Apa-apa juga keadaan..amanah perlu disempurna sebaik mungkin..Malas mau menaip..sempat mengada2 depan camera dulu pepagi td..menandakan mood harus bunga2 sampai ke petang..:))

Friday, May 20, 2011

Review Beberapa Perkara ..

Subhannallah..Walamdulillah..Allahuakbar..

Ini bukan islamik blog..aku cuma sekadaran memanjatkan syukur..dalam ketidaksedaran..nikmat2 dan kebesaran Allah itu ada dimana-mana..sejauh mana kita menafikan..sedekat itulah ia menghampir..

1) Dalam sibuk persiapan pelajar baru..aku pula diminta menghadiri taklimat/bengkel sistem S-epadu kat Penang smlm. Berat hati sebenarnya nak pergi. Arahan bertugas dah keluar. Kalau nak tolak pun mesti tak sempat nak cari pengganti. Pertamanya..bila pergi, kembali mesti ada tugasan baru. Dulu aku selalu runsing bila ada yang menjengah begini. Sebelum bergerak aku dah langsaikan tugasan yg tertangguh..Alhamdulillah syukur.Dapat pergi dengan tenang walau keadaan di pejabat masih hiruk-pikuk. Dalam kepala..semasa perjalanan..mikir macam-macam. Apa pula taklimat ni ehh..Masih tenangkan hati..Allahuakhbar..sesampai di sana..pesertanya org "hebat-hebat" org "besar-besar"..aku?? umpama anak kecil yang baru nak bertatih. Segan menyapa ..sesi berjalan..modul dipelajari tanpa ada rasa tertekan.mudah dan bersahaja. Ust. Adib (KSA) org yg bertanggungjawab memilih aku dan seorang lg pegawai utk ke taklimat ini..juga byk membantu.Seronok bekerja dengan org-org senior yg banyak pengalaman dan sangat komited terhadap sistem kualiti ini.Senyum aku sepanjang hari ini. Waktu lunch..aku semeja dengan staf2 Penang. Menyapa dan bertegur. Bila dengar aku dr Unit yang paling sibuk bagi menghadapi hari Sabtu ni..mereka berkata.."Ehh..macam mana boleh dtg taklimat ni?" jawab aku " Saya pun tak tahu lah..dpt surat arahan bertugas. Tu yang kena pegi. Ust.pilih kot." Jawab sambil ketawa. Kemudian Puan tadi menggosok belakang aku sambil berkata " Bagus2..bila org nampak komitmen kita..org percaya kebolehan kita.." tiba-tiba aku rasa sebak..diam mendalam berkata dalam hati. "aku ikhlas kerana amanah" Alhamdulillah..bila kita redha dan melapangkan jiwa atas segala urusan..Allah juga melapangkan kita dari segala urusan2 kita..ada nikmat yang aku rasa di situ. Aku perlu terus berubah fikir dan tindakan demi kesihatan aku sendiri.

2) Minggu lepas..aku adakan pertemuan 8 mata dengan staf2 aku. Luahan dari hati ke hati. Ada emosi dan airmata di situ. Kami semuanya wanita..dan tangan2 inilah juga yang mampu menggegar dunia. Sama ada dari segi kejayaan mahupun keruntuhan.Segalanya bermula beberapa bulan yang lalu.Pabila keadaan dingin dan seolah tiada harmonis di sini. Mahu dengar apa mahunya mereka. Dan mahu juga mereka dengar apa mahunya aku. Mereka punya ruang dan peluang utk melontar rasa dan kata. Juga aku. Kadang2 semasa sesi itu adanya aku rasa seolah tiada penyelesaian pabila seseorang begitu berkeras. Aku cuma mampu tersenyum sepanjang sesi itu. Ada sesuatu yang aku bungkam dalam jiwa. Aku keciwa dan terkilan. Aku positifkan diri..mengambil semua sebagai satu sempadan dan landasan utk perbetulkan kepincangan kalau yg dikatakan selama ini aku bukan seorang leader yang bagus. Yang terbaik datang dari yang terbaik. Aku berjanji mahu jadi yang terbaik..tp jauh disudut hati aku begitu juga mengharapkan mereka juga berikan yang terbaik utk aku.Walaupun kadang aku rasa perkara yang remeh itu tidak perlu dipertikai..salah anggapan aku. Remeh itulah yang akan menjadi racun sebenarnya. Langkah kaki keluar pejabat hari tu..aku harap aku akan istiqomah dengan apa yang aku rasa. Dengan apa yg akan aku laksanakan selepas ini.

3) Masih terus belajar dari perkara-perkara yang lepas..walau sekuat mana pun kita menggenggam sesuatu perkara..akhirnya genggaman itu akan terlepas.hilang dan menjauh."wasatiah' dalam setiap tindakan dan cara. Berkata memang mudah..tapi tidak semudah melaksanakannya.




*p/s - kekal.kejap berdiri dibumi nyata.bukan masa utk bermain dengan perasaan lagi..!!


Tuesday, May 17, 2011

Menilai dan Andaian..

Manusia mmg suka menilai..dan akhirnya membuat andaian sendiri..kadang2 benar..tp parah bila jauh sasarnya..~ Mencuba untuk menilai dari segala sudut sisi yang positif..