Wednesday, October 28, 2009

Apakah Sikap Amarah?


Setiap manusia normal akan lahir dan membesar dengan pelbagai unsur kejiwaan. Ini termasuklah daru segi emosi seperti wujudnya perasaan gembira, ceria, sedih, duka, marah dan kecewa. Sikap marah merupakan satu emosi yang lahir apabila seseorang itu merasakan dirinya telah dicabar. Dalam keadaan tertentu, ia dilihat sebagai sesuatu yang perlu bila keadaan melawan (fight) diperlukan. Perasaan ini adalah normal dan ia adalah emosi manusia yang sihat. Tetapi ia adalah punca masalah apabila ianya tidak terkawal, bersifat 'destruktif' dan menghancurkan. Semasa marah, kadar degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Ini akan menyebabkan peningkatan tenaga hormon adrenalin dan kortison yang mengubah kadar fisiologi dalam badan. Kemarahan juga berpunca dari sikap egoisme individu yang mahu berkuasa. Ia muncul apabila pendapat seseorang ditentang, dikritik, dibantah dan sebagainya.


Jenis-Jenis Kemarahan


Kemarahan Berselindung

Individu tisak sedar mereka sebenarnya marah dan menyembunyikan kemarahan dengan cara menafikan dan meletakkan kemarahan pada org lain.


a) Anger Avoidance (Pengelak Kemarahan)

- Takut & tidak suka fikir pada kemarahan

- Melihat marah sebagai satu perkara teruk, bahaya, buruk, hodoh, & musuh yang perlu dijauhi.

-Tidak bersifat asertif & membiarkan hak-hak sendiri diketepikan.


b) Sneaky Anger

-Marah tetapi tidak menunjukkannya dengan jelas.

-Akan melakukan perkara-perkara seperti tidak mematuhi arahan dan menangguhkan kerja.


c) Paranoid Anger

-Merasa orang lain sentiasa memperkatakan sesuatu yang tidak elok tentangnya dibelakang.

-Percaya bahawa orang lain sentiasa memarahinya.

-Wujud disebabkan oleh perasaan cemburu buta, merasa tidak selamat, posesif dan paranoid.


Kemarahan Meletup

Individu mudah marah,baran, kurang sabar, kuat melenting dan bertindak agresif.


a) Sudden Anger (Marah Mengejut)

-Tidak dapat mengawal diri, mudah hilang sabar, marah atas perkara remeh serta disusuli tindakan agresif.

-Cepat reda dan menyesal.


b) Shame-based Anger

-Sering terjadi kepada individu yang sensitif

-Tidak dapat menahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan.


c) Deliberate Anger

-Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan, segala kemahuan dan kehendak akan dipenuhi.

-Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.

-Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa tersinggung & sedih.


d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)

-Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan.

- Ada kaitan dengan ketagihan arah & dadah.


Kemarahan Kronik

Individu menjadikan kemarahan sebati dalam diri mereka. Mereka merasa sudah terperangkap dan tidak dapat melepaskan diri.


a)Habitual Anger

-Menjadikan marah satu sikap yang berterusan & berasa selesa dengan sikap itu.

-Tidak berasa susah hati, terbeban dan tiasa keinginan mengubah sikap marah tersebut.




p/s bersambung..hihi





Saturday, October 24, 2009

Perjalanan Panjang

22-23Oktober 2009
6.30 Pagi-5.00 Pagi
Sg Petani-Perlis-Pulau Pinang

Perjalanan panjang tanpa henti. Perjalanan pada sebuah pengenalan hati dan diri. Perjalanan pada sebuah permulaan yang belum tahu di mana akan berhenti. Aku mengakurkan diri dan membuka ruang pada diri aku bagi keluar dari kepompong kotak sunyi yang aku bina. Perjalanan sambil menikmati pemandangan cipta Tuhan juga selitan agenda utama memahami insan ciptaanNYa. Masing-masing dalam 'klause' tanda tanya . Mungkin pada diri aku sendiri. Tiada kata putus cuma riaksi yang mungkin menyenangkan. Tapi mungkin tidak..sukar untuk aku tafsir. Apa yang aku harapkan pada perjalanan panjang ini?? Perjalanan ini tidak berhenti di sini sahaja..? Atau perlu berhenti segera..? Aku perlu petunjukNya..



p/s : sedikit imbauan silam menjengah - 'F' tingkahnya mirip sekali!!

Saturday, October 3, 2009

Pesanan Buat Wanita..

Hati aku benar-benar terkesan dengan pesanan ini ..lewat senja yang mengingatkan aku ..lekanya aku!!