Tuesday, November 17, 2009

Kesempitan Jiwa Penawarnya...?

Pagi tadi..sedang aku bersiap ke pejabat..dengan tidak semena aku menekan suiz TV. Tukar-tukar siaran..Sambil bersiap aku menjelang dan mendengar.."arghh tak menarik..!" Jari spontan menekan TV9. "Mukadimah" program apa ni..lantak situ la..sambil terus2 mengemas beg lappy di hadapan tv. Seorang ustazah comel cantik dan ayu sedang berbicara..ckp dlm hati sendiri .." Subhanallah! cantiknya dia.." Tapi aku bkn nk cerita tentang kecantikan dia. Cuma aku begitu tiba-tiba tertarik dengan isi yang ustazah tu sampaikan. Mengenai kesempitan jiwa manusia. Dalam hidup kita punya masalah masing-masing. Kesempitan dan kegusaran tak kira apa hal sekali pun. Masalah keluarga..kewangan, tempat kerja, rakan dan sebagainya termasuklah satu masalah yang dialami oleh semua iaitu kesempitan jiwa. Pergilah kemana juga untuk menghibur jiwa..ada yang berhabis wang ringgit semata2 untuk menghilangkan kegusaran jiwa. Melancong ke seluruh dunia hingga ke Utopia.! Mengambil barang terlarang dan sebagainya..Namun semua itu sekadaran buat sementara. Pulang ke rumah.. kegusaran kembali menjelma. Kenapa..? soal ustazah..aku diam melengu..masih tak ganjak di hadapan tv. Kerana kosongnya jiwa! jawab ustazah sambil tersenyum..Satu penawar dan hikmah mengapa Al-quran diturunkan kepada manusia, iaitu khalifah yang sesungguhnya layak menjaga Qalam Allah ini ialah kita untuk dibaca sebagai mengisi jiwa. Lanjut ustazah cantik ini berbicara sambil disulami beberapa bait indah Qalamullah. Owhh aku begitu terkesima. Segala2nya di dalam Qalam indah itu. Ustazah membuka kisah seorang insan yang hidupnya 30thn terang dgn penglihatan tetapi tidak pernah menyentuh Al-quran. Tiba Allah mengujinya dengan hilang punca lihatnya. Diberi keinginan untuk membaca Al-quran. Gigih berusaha mendalami Al-quran secara braile dan kini katanya dia tidak menyesal menjadi buta penglihatan kerana dia amat2 bersyukur terang hatinya dengan Qalamullah. Owhh..begitu aku tertampar!! Akuu...?? tidak buta mata..tapi terus-terusan buta hatiku dengan QalamMu Ya Allah!.

p/s Jgn pernah berubah..! ayat ni tak boleh pakai dlm konteks entry di atas..sekian!

No comments:

Post a Comment