Thursday, December 31, 2009

Yang Akan Ditinggalkan

2009..akan di tinggalkan beberapa jam lagi.. 2009 tidak akan kembali..yang berlaku tetap sudah berlaku..tidak boleh dipinda walau sedikit pun..yang mendatang perlu diatur corak perjalanannya. 2009 akan aku tinggalkan dengan beberapa perkara..


1)Kesakitan - mahu sihat 2010
2)Kesedihan - mahu ceria 2010
3)Sifat Mazmumah - mahu sentiasa berhati mahmudah
4)Tidak yakin diri - Berkeyakinan
5)Tidak mengeluh - Sentiasa bersyukur
6)Tidak Malas - mahu rajin dan pantas

dan paling utama tidak DERHAKA - pada Allah dan ibubapa..

Wednesday, December 30, 2009

Mencari Cinta Hakiki..

Sedang aku menyiapkan laporan tahunan unit..sambil2 aku jenguk2 laman ilmu. Bukan apa..hilangkan ngantuk mata..haihhh sejak akhir2 ni selalu benar ngantuknya..! Dan aku tertarik dengan bait-bait indah dibawah ..

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?


Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

ermm...bergetar jiwa rasa..!

P/s aku hanya insan biasa2..bukan insan sesucinya hati Ainul Mardhiah..hanya mendamba cinta Ilahi..

Tuesday, December 29, 2009

La Tahzan!

"Ya Allah, gantikan kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak terpejam ini rasa kantuk dari-Mu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan, ganjarilah dengan kemenangan yang nyata. Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus. Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu.Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua."

Tuhan Menguji

" Allah menguji seseorang hambaNYa mengikut kemampuan hambaNYa.." Kenapa aku jadi begini? Kenapa begitu? owhh susahnya hidup aku..Kenapa selalu sengsara? Kenapa selalu derita..? soalan2 begini selalu akan keluar bila kita di uji musibah kehidupan..kecelaruan hidup.. dan bila kita merasa perasaan yang terlalu menyempit kehidupan yang sepatutnya sempurna. Aku juga selalu merasakan perkara yang sama. Bila terlalu memikirkan keadaan begitu..hati selalu bersedih. Dalam keadaan bersedih jiwa selalu gundah. Muka tidak cerah. Penyakit mudah mendatang. Keadaan ini tidak boleh lari dalam setiap hidup manusia. Hanya akal yang mampu berfikir dan jiwa yang kuat saja mampu mengawal keadaaan dari terus berlarutan. Baru sebentar tadi aku seakan di Uji hebat dengan sejuta perasaan yang boleh meruntun hati aku . Bukan soal cinta..tapi ini soal kasih sayang sesama manusia. "Hendaklah kamu menyayangi saudaramu sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri." aku begitu menjaga perhubungan sesama manusia..tetapi masih ada hati yang tidak selesa melihat aku gembira. Perkhabaran yang aku terima ..aku diamkan tenang di dalam hati. Allah bersama-sama org yang sabar. Dan aku masih pegang QalamNya..Ujian itu diberikan kerana aku mampu menghadapinya!..

Apa Yang AKu BUat..

27 Disember 2009 - Pendaftaran Pelajar Baru
28 Disember 2009 - Siapkan Manual Perluasan Skop ISO..- Ngok sape entah yg delete document aku..gigih berpeluh aku siapkan balik..sabar..:)
29 Disember 2009 - Selesaikan Pencapaian KPI unit 2009 dah rancang sasaran 2010. Hantar dokumen kualiti.
30 Disember 2009 -Hari Kualiti
2 Januari 2010 - Pendaftaran Pelajar Lama
3 Januari 2010 - KUB Test ngan Liver Test

Tengah sibuk2 gak kira cuti..haha..belum pape dah selak2 kalender..nak tgk public holiday..rancang cuti nak balik kg..hehe perancangan cuti ni penting beb! So..biarin mereka2 bersuka ria dahulu..aku berlelah2 dahulu...tiba masanya aku plak nak horeyyyyyyyy!!

Monday, December 28, 2009

10 Muharram..

Entry ini sepatutnya utk semlm tp aku lupa nak publish..sekadar berkongsi..


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah..


Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.


Saturday, December 26, 2009

Wajah dan Alam Yang Berbicara..



Biarkan ia berbicara tanpa suara..seribu cerita..!

Friday, December 25, 2009

Keletihan Teramat..

Seminggu ni aku keletihan yang amat2..kerja2 dalam minggu ni semua mencabar minda..memerah otak dan memeningkan kepala..haha..jadinya..aku rasa badan aku longlai je bila balik opis..Asal ngadap TV aku mula la high..mcm tadi..rasanya aku tgh tgk cite CINTA BALQIS..sedar2 je dah tukar rancangan 999..haiyakk..umah plak gelap gelita jer...haha..masa bila aku tertidur pun tak sedar ..sesungguhnya..dan sesungguhnya..bila aku sedar2 je..aku rasa sunyi haii la sangat2..perasaan yg aku tak minta ok..! Mungkin sbb siang aku gigih membz sepanjang hari dengan kerenah yang ramai..ketawa mengirang melawan ketensenan bekerja..balik umah sentap sensorang..aku dah biasa dengan tu semua..sakit kepala..idea pun bantut..! cukup2 dulu ya...

*

Wanita - kudratnya lebih lemah (berbanding lelaki) tetapi tabah dan berjuang ketika org lain menyerah..semangatnya dalam..membakar dlm diam..!

Wednesday, December 23, 2009

~Wanita~

~Hakikatnya kecantikan sebenar seorang wanita bukan terletak pada wajah,tubuh atau penampilan yang menarik perhatian mata, sebaliknya kecantikan itu mesti dilihat lebih dari itu. Erti kecantikan sebenar wanita adalah kehebatan pintu hatinya yang menyimpan seribu kegembiraan dan kesedihan cerita dunia yang mengujinya..~

Tuesday, December 22, 2009

Tiada Kesempatan..

Aku belum ada kesempatan untuk menyapu habuk2 yang dah mula bersarang kat Dunia Sepi aku ni..aku sibuk sikit dengan kerja di pejabat. Balik rumah aku letih..tak ada idea nak mencorat coret..Nanti-nantilah..ada banyak cerita tapi belum ada idea mencanak2 yang datang untuk dikeluarkan. Cumanya sedang enak melayan lagu dari Aiman - Cinta Terakhir..ahaks..jiwang 44 karat!

Tuesday, December 15, 2009

Seminar..

Hari Ini aku akan mula berseminar hingga 17/12/09..Moga memperoleh banyak ilmu baru yang boleh disampaikan kepada mereka-mereka yang tidak berpeluang menyertai seminar ini. Moga wujud juga ikatan persahabatan baru di antara peserta-peserta seminar. Seminar ni peringkat kebangsaan.Jadi seluruh sistem IPTA/IPTS yang mempunyai unit sama seperti aku akan menghantar peserta mereka. Aku juga berdoa tidak ada apa2 gangguan yang akan mengalihkan mood aku ketika berseminar. Macam yang berlaku di bumi kenyalang tempoh hari...Haihh...betul2 menghilangkan mood aku di sana...huhuhuhuu..!

*p/s - Aku belum ada mood nak nulis pasal kembara kenyalang..! Tengoklah..kalau ada mood..tidak pun aku tidak akan menulis langsung berkaitannya!!..

Aku Mahu Terus Tersenyum..



Aku mahu terus tersenyum..
Melakar kuntuman mesra
Menjalin tautan hati dan rasa
Mengikat ribat yang tidak kan lerai
Ukhwah Fillah abadan abada...

Wednesday, December 9, 2009

Kembara Akan Bermula..

Seawal pagi..sampai di opis..aku dengan kakak penyelia gigih bukak fail sambung kerja-kerja semalam..siap bentang tikar lagi sbb senang wat sambil bersila..masing-masing muka memang dah ketat je..kepala pon rasa berasap jer.." apa nak taruk nih" ermmm..masing2 diam dalam membuat keputusan.." Otak dah krem!" masing2 serentak berkata..kemudian kami ketawa..begitulah kami..tension macam mana pun harus ketawa..kalau tidak..mahu gila kami.! Hari ini kembara akan bermula..kami akan bertolak jam 2.30 pm. Keadaan aku masih belum stabil..badan pun rasa melayang je. Tapi aku sedikit tenang sebab tugasan telah siap.. Gagahkan jugalah..nak wat mcm mana..semalam aku sungguh2 makan ubat...aku nak sihat. Nak kerja..penumpuan perlu baik..aku juga berdoa sepanjang kembara kesihatan aku baik2 sahaja..semoga segalanya dipermudahkan..tak mahu menyusahkan org lain.


******************************************************************************

Perjalanan Panjang..

Aku seakan telah mengambil keputusan pada kisah perjalanan panjang. Biarlah ia terhenti di sini sahaja. Aku noktah segala harapan. Mengapa harus menyeksa diri. Mengapa harus mengabdi rasa pada seribu kesedihan hanya untuk memahami erti ribat yang penuh dengan tanda tanya. Hanya selalu mengalah..hanya selalu memberi. Cukuplah untuk dilemahkan dengan segala2nya. Aku bukan begitu harusnya. Dan ribat bukan begitu wajarnya. Saling memberi..saling menerima. toleransi dan timbang rasa. Aku begitu terpenpam dengan nasihat kawan..fikir hari kemudian..nasihatnya natural..tidak pada bahagian aku..tidak juga pada bahagian insan itu. Katanya aku lebih kenal siapa dia. Kenapa aku harus lemah pada tindak tanduk dan perilaku segala bagai. Apa yang mengikat rasa hingga aku tidak lepas menyiksa hati sendiri..fikir-fikirkan..keputusan di tangan aku!! Ia tidak seharusnya begitu..tidak begitu!! Untuk 'B' aku tidak tahu perancangan apa yang engkau atur dalam ribat ini..sesungguhnya aku begitu keliru. Cukuplah..'rasa' itu sudah tawar..tiada indah..!

Tuesday, December 8, 2009

Cahaya Hati..




Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

DugaanMu..

Ya Allah..dugaan apakah lagi ini yang Engkau berikan..sesungguhnya..bulan2 ini begitu mengajar aku tentang hukum tuhan. Sekelip mata dia beri..sekelip mata dia ambil..Awal pagi tadi ada taklimat untuk kembara kenyalang..aku dah sarapan sebelum ke taklimat.Taklimat bersambung2 dengan hal2 lain...hingga ke pukul 1 pm. Semasa taklimat aku memang tak duduk diam..asik berulang ke tandas. Aku muntah2..kepala aku sakit..tp masih boleh bertahan. Cuma bahu aku sengal2..badan aku bisa bila dibidas penghawa dingin. Aku gagahkan diri juga..masih tersenyum walau ramai yg hairan aku asyik keluar bilik mesyuarat. Oleh kerana aku peserta tunggal bengkel semalam..aku terpaksa membentangkan semula perkara2 yang dibengkelkan. Hermm..aku mmg tak daya nak berkata2..tapi sbb tanggungjawab aku laksanakan juga. Nak keluar suara pun aku tak mampu sbb tekak aku perit asyik muntah je. Ada suara sipi berbisik tidak kedengaran apa yang aku bentangkan. Dan yang paling hangin ada plak yang komen2. Sudahlah nama dia sebagai peserta terlibat tempoh hari dia tak hadir..mahu komplen2 pula..aku tak marah..mungkin ada yang aku lepas pandang..tapi cara dia komplen tu sangat mengjengkelkan aku di saat kondusi diri aku yang tidak stabil itu..selalu begitu..bila ada yang melibatkan dirinya tak mahu pergi..lepas itu banyak plak songeh bila orang dah siap segala bagai. huhh..bertenang...Keadaan aku muntah2 berlarutan sampai ke petang..hingga aku terjelepuk di lantai bilik aku...baringkan kepala di kerusi..badan lemah longlai..aku perlu habiskan sikit lagi tindakan pembetulan hasil bengkel. Aku tak mahu tinggalkan banyak beban pd kakak penyelia semasa ketiadaan aku..aku tahu dia juga banyak yang terbeban. Oleh kerana keadaan aku yang makin lemah..aku kata kat dia kita sambung esok pagi2..sikit je lagi..mula terpikir nak buat malam ni..tapi aku beritahu kakak penyelia aku mahu berehat panjang malam ini sebelum memulakan kembara esok hari..entahlah..mampukah aku esok??? Aku ke unit kesihatan dalam bila rasa agak stabil..ambil tekanan darah. 140/110..boleh jatuh kata En M.A..dia begitu bersungguh2 menasihatkan aku supaya makan ubat yang Dr. Jamilah beri bila dia lihat bungkusan ubat tersebut masih tidak berusik..tolong sayangi diri. Ubat ini mampu membantu. Dia ceritakan juga implikasi2 tentang masalah kesihatan aku. Kenapa kesihatan aku makin merudum akhir2 ini. Satu persatu diterangkan kemungkinan2 jika aku tidak mengambil berat tentang kesihatan aku ini . Dan akhir katanya saya hanya mampu menasihati..terpulang pada diri cik..dia berikan aku ubat tahan muntah. Dia suruh aku selalu berjumpa dia untuk perkembangan semasa. Ya Allah..aku terima segalanya..apa yang Engkau turunkan sebagai kifarah pada kekhilafan dan kelalaian aku terhadapMu...jika ini bisa menghapuskan palitan noda hitam di jiwa..jika ini terbaik untuk aku terus-terusan mendekati dan mengingatiMu tanpa lepas..aku redha Ya Allah..bisik hati aku sendiri. Ketika aku sibuk mengemas meja dan bilik kerja..Pn Pengurus menjengah..aku katakan padanya " Pn..kalau saya tak mampu nak bangun esok..saya mungkin tak turut serta.." aku bersuara perlahan.. " Eh kenapa ni...awak kenapa..?? "
" Saya rasa ..saya tak sihat sangat Pn..badan terasa lemah.." aku cerita segala..tentang keputusan doc. dan sebagainya..Dia terkejut.." Tapi..saya tahu awak tertekan..walaupun awak ketawa..tersenyum..ada sesuatu yang tidak lepas di hati awak.." aku tidak mahu menjawab. Aku cuma mendiam..sebab aku tahu..dia ada jawapannya. Tak perlu aku bersuara. " Awak berehatlah malam ini..lupakan semua kerja.." arghh mana boleh!! bentak aku dalam hati..Dan dia berikan aku beberapa petua..terima kasih Pn..! Cuma satu petua dia aku xleh nak pakai.." Cuba berubat kampung..mana tahu..awak cantik..kotla..bekas kekasih u ada..." aku terus potong kata2 dia..ini masalah kesihatan biasa lah pn..ke situ plak dia..aku tiada masalah dengan siapa2..ada sesiapa punyai masalah dengan aku?? sila angkat tangan!! Erk..ada ke..? kalau ada aku mohon seribu keampunan..aku hanya manusia biasa2..tidak maksum..


p/s * aku akan bertugas diluar bermula 9-20 Disember....rindulah aku nanti pada dunia sepi..! Harapnya dunia aku di sana tidak sepi..:)

Monday, December 7, 2009

Aku Mahu Terus Tersenyum..

* aku rasa adik aku baca blog aku..wakakakaka !! Owhh..tidak..tidak..tuh mcm ip umah ipoh aku jerrkkkk!..larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Seperti Yang Dijangka..

Hari ini aku berbengkel..sebagai persediaan kedatangan audit. 3 nama peserta disenaraikan dan aku salah seorang darinya. Dari semalam..aku seperti sudah menjangka dan menduga...kehadiran peserta dr unit aku ialah aku seorang sahaja.. dan sangkaan aku tu tidak meleset sama sekali. Seorang EL hari ini..dan seorang lagi keluar jumpa pakar tulang. Aku tidak mahu komen apa-apa..memang sangat2 selalu berlaku. Aku bersedia seadanya...mengeluh panjang macam mana pun keadaan tidak akan berubah. Cuma doa senjata aku..hanya DIA yang mampu membantu aku. La Tahzan..La Tahzan..

Sunday, December 6, 2009

Keputusan..belum ada!

Aku baru balik dr temujanji dgn pakar kesihatan keluarga..Dr Jamilah Abdullah..puas hati dengan layanan beliau..segala yang aku tanya di jawab dengan penjelasan yang jelas! Wajahnya tenang dan berkarisma..aku suka..terima kasih doktor! Seawal pagi lepas fingerprint aku dah bergegas ke pusat kesihatan itu. Konon nak sampai awal..boleh dapat no giliran cepat. Huh..sangkaan aku meleset..makcik2 dan pakcik2 dah lebih awal dr aku..haha..aku rasa adalah 2-3 orang je patient yg muda termasuk aku..yelah penyakit ni ramai org tua yg kena..Ermm..jaga kesihatan anda. Aku igt lagi..no giliran aku td ialah 50..sebelum masuk bilik doktor..aku kena amik tekanan darah dulu..lama juga aku tunggu sblm amik tekanan tuh..bygkan dr pukul 7.40 pagi aku sampai ..giliran aku dalam pukul 10.00 pagi...takpe sabar..tapi..kepala aku sakit..tiba je giliran amik tekanan darah..tgk2..140/111 mak aiii..aku pun terkejut..makcik2 yg duduk tepi aku tu pun terkejut..haha aku wat rileks je la..nurse tu suruh aku tunggu di bilik no 1 ( bilik doktor ). Aku excited nak jumpa doc. sbb nak tahu result blood test aku hari tu.. Doc terangkan satu persatu..Malangnya aku x dpt copy keputusan itu..cuma doc terangkan cholesterol aku tinggi - 7.56 camtu..kena turun sampai bawah 5..pastu..badcholesterol (x silap aku la aku dgr doc ckp)-5.25 yang ni pun doc suruh turunkan bawah 3. Dan ada lagi satu..! dia tulis situ ALT - 97 ..tinggi doc kata..aku tak paham apa benda ALT tu..doc kata itu berkaitan dengan sistem hati..di mana sepatutnya paras normal adalah dlm 40 shj..errmm mana2 doc yg ada baca blog aku ni tolong betulkan kalau salah..aku terang mengikut kefahaman aku jer..Jadinya..pada temujanji akan datang yg sepatutnya aku kena buat ultrasound utk buah pinggang sahaja terpaksa tambah lagi satu..u/s hepatobiliary system...huhh..aku panik..aku berdoa jgn lah yg bukan2..doc kata byk kemungkinan kenapa terjadi..sbb aku muda..itulah yg kena wat ultrasound nih. Mungkin sbb tahap cholesterol yg tinggi tu menyebabkan lemak2 tu berkumpul di hati aku..dan utk jawab kemungkinan2 tulah yg ujian2 ni terpaksa aku buat. Ermm..mula aku kenang balik..aku suke makan beef steakk! arghh...tp aku dah lama tinggalkan..so kawan2..jaga pemakanan anda yer..Aku punya urine test result pun ada gak yg x ok..tp aku bkn amik dadah ok! Entahlah..kenapa tahap kesihatan aku makin2 merudum..lepas satu2..Secara keseluruhan doc cuma suruh aku lebih banyak bertenang..jangan mudah tertekan...dan berehat banyak2..InsyaAllah...Hari ni aku pulang dengan buah tangan dari pusat kesihatan..iskk.ini yang aku culas ni..sebelum aku terima buah tangan dari en. Farmasi tu sempat dia tanya aku.."Ini ubat adik ke..??" aku jawab " Ya.." dia tanya lagi.." Sejak bila makan ubat ni ?" sambil senyum.. " Ermm..ni la baru first time saya nak ambil.." Lepas tu dengan peramahnya dia terangkan ..makan separuh biji sekali sehari..baekk..en farmasi..dan..dia menambah lagi..." jangan berenti makan yer tanpa nasihat doc!!" cisss...yer..yer baekkkkkkkk...!

ni nama buah tangan yg aku dapat dr en farmasi tu -->ENALAPRIL MALEATE


p/s ..kenapa ehh ramai benar yg kepala berangin skang ni..ramai yg lagi sakit rupanya di luar sana..kesian..:(

Saturday, December 5, 2009

Ruang Kosong

Tiada entry untuk semalam..aku tidak punya sesuatu untuk diceritakan. Ruang kosong yang begitu kosong. Masa yang dibiarkan kosong percuma begitu sahaja. Melayan kerenah ribat yang aku sendiri tidak tahu ke mana arahnya..layankan saja..walau aku tahu kalau ianya tidak berbaloi suatu tika nanti akan membuang masa aku begitu saja. Lagu "Selalu Mengalah" by Seventen aku putar berkali2..Aku tampal di mana2..biar sedar atau tidak..aku cuba berkias dalam diam..Aku sudah tidak kesah..walau kadangkala aku kata hati aku ibarat batu yang pejal..tapi andai di hempas berkali2..mahu berserpih juga..aku hanya wanita beb! Aku hamparkan ruang kosong! Tidak berharap tinggi pada ribat ini..secebis cuma..!

*Merepek dah aku ni!!

Thursday, December 3, 2009

Ketenangan..

Semalam..lepas balik dr pejabat..hati tidak keruan..Aku menangis di pejabat..atas beberapa perkara yang benar-benar mengganggu hati dan fikiran aku. Dada aku sesak dan sakit bila fikir segala permasalahan itu. Sebab dah tak tahan sangatlah air mata aku begitu laju menitis. Aku puas bila luahan aku ada yang mendengar. Ada yang menenangkan..terima kasih dik! Aku sebolehnya tidak mahu ada yg kesan riak hati aku yg sedang berkocak. Entah macam mana sedang aku berbual dengan dia semalam..air mata aku tiba2 jatuh..arghh..akhirnya! " Tengok akak senyum jer..macam takde apa2.." ermm..senyum aku semahunya.. kalau aku tak senyum orang kata aku garang..haha senyumlah kepada seisi alam..Aku tak mahu beratkan fikiran aku minggu ini..tidak mahu sesakkan dada dengan segala macam masalah..6/12 ni aku ada temujanji dengan doktor Jamilah..mahu tinggi nanti tekanan darah aku..tidak..tidak mahu!..Balik dari pejabat semalam..aku tenangkan fikiran..sibuk kan diri..mengemas rumah sampai tak terkemas..haha..mop satu rumah..solat isyak..aku berdoa..sungguh2 aku berdoa moga Allah berikan aku sedikit ruang ketenangan..lapangkan dada dan fikiran aku. Aku rasa Allah mendengar permintaan aku..aku mengantuk..fikiran aku kosong..dan lena dalam keadaan yang begitu tenang sekali..Alhamdulillah..!!

Wednesday, December 2, 2009

Kebiadapan

Pagi semalam..aku telah berkasar dengan seseorang. Hakikatnya aku bukanlah begitu. Cuma bahayanya aku kerana aku seorang yg mememdam..menjeruk rasa..mendiam dalam. Bila sekali melodak gelora rasa ..tersembur segala bagai..aku mohon maaf kepada beliau..bukan niat menunjuk kebiadapan aku. Bukan niat mahu berkasar laku. Bukan niat menyalit sembilu di hati..bukan..bukan niat aku begitu. Aku terkilan dengan tindakan itu. Kepercayaan di cemar..aku tidak suka privacy aku dilanggari..tidak suka. Maaf kan aku atas kebiadapan itu..

Kerja Oh Kerja..

Semalam punya kerja..sampai ke hari ini peningnya kepala aku..haha teruk betul aku kan. Tak tahan dengan tekanan. Bukan apa..smlm aku kena pergi urgent mesyuarat (wakil sperti biasalah) penyediaan bajet RMk10 bg unit aku..semuanya perlu siap hari tu juga..banyak okeh! berpeluh2 'jantan; jugak lah aku semalam sorang2 nak menyediakan bajet bagi keperluan fasilitas perabot bagai utk penempatan 6000 manusia intelek ini. Dalam hati nak nangis kuat2..hahaha banyak beb..banyak..! Bukan satu kepala kena pikir ni tapi banyak kepala nih..Takpe..tarik nafas...lepas..ermm.. Pengerusi mesyuarat tergempar tu pun paham dengan semua yang kena melaksanakan tugasan urgent tersebut. Dahi berkerut2..haha almaklumlah kerja serius.. mesyuarat bermula jam 12.45 tgh hari time nak lunch tu..lepas jam 2 kakak penyelia datang membantu aku..lepas lah sikit lelah nak memikir dengan nak memasukkan data2 tu dlm format excel. Ada 2 kepala boleh kongsi2 fikir. Gigih2 kami laksanakan tugas itu..akhirnya tepat jam 5 selesaiiiiiiiiiii...hahaha alhamdulillah..huh..berjaya jugak..!! chaiyok..chaiyok..tapi kan..kepala aku sakit plak hari ni..ekekekek..janganlah ada apa2 kerja urgent lagi hari ni..wakakaka...tak mahu..tak mahu...!

*p/s bos takde..3 org kanan bos juga takde..semua pegi kursus n bla..bla...org kiri bos ni jugak yg tinggal jaga opis..setia menunggu tugasan2..dgn senyuman..hahahaahahahahaha (ketawa jahat!)

Tuesday, December 1, 2009

Banyak kisah

Pagi ini aku mahu berkisah-kisah..

kisah 1 - Pujian..
Aku nak berkisah pagi ni aku pakai baju merah..bila aku melangkah je keluar pintu umah..jiran aku (ex housemate aku )yang kebetulan nak pegi kerja pada masa yang sama memanggil aku dan berkata .." haihhh comei ko arini.." wakakakakak ( pengsan time2 tu jugak!) tipu..tipu..! aku tak pengsan aku cuma tersenyum simpul dan berkata.." terima kasih.." huwaaa..hati aku berbunga2 dan semangat nak senyum jerk sepanjang hari..haha..sepanjang hari tu..kisah kat pejabat belum tentu mampu memantainkan senyum aku di awal pagi ini..hermm..gunalah teori nih yer..pakai comei2..mampus perasan muntah hijau...!! lantak ada aku kesah kalau korang kata aku perasan..huhuhu..kebahgiaan aku..jiwa aku..kesenangan aku..kegembiraan aku..!Aku bkn suka di puji..tp kadang2 pujian mampu memberi satu aura kebaikkan dlm diri kita..dan kadang2 pujian boleh juga merosakkan kita. Bukan nak bangga diri..tp bos aku kadang2 suka puji aku ( dulu la masa aku nerd awal2 masuk keja) dalam2 perjumpaan pagi dengan staf2..aku tak suka..aku malu..aku jumpa personel dengan bos aku..aku beritahu..Pn..saya kurang senang Pn memuji saya di hadapan ramai. saya tidak selesa. ya aku mmg tidak selesa di puji di hadapan ramai. Kalau dia mahu memuji kerja aku biarlah secara personel. Kerana apa..? kerana aku tidak mahu ada hati lain yang terasa..kita bekerja bkn secara sendiri..tetapi secara bersama..kalau nak puji..puji semua..kalau rasa pujian itu bkn utk semua..secara peribadi lah pujian itu..ya benar pujian mampu menaikkan motivasi kita..tetapi pujian yg lebih juga mampu merosakkan!..bersederhanalah dalam segala segi..

Kisah 2 - Kawan...
Kawan..kawan ..jangan makan kawan! banyakkan kita dengar kisah kawan makan kawan..kenapa nak makan kawan? Makanlah nasik ke..meehoon ke..iskk..tak paham betul lah..Banyak sbb sebenarnya kenapa perkara ini terjadi. Semuanya berpunca dari penyakit hati. Penyakit hati ni banyak..tamak..dengki..iri hati..dan sebagainya lah. Dah nama manusia mmg tak lepas dari semua perasaan itu. Sama ada dia sangat baik..atau sangat jahat. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana kita mengawal seketul daging yang bernama hati itu..Semalam aku bersembang dengan sorang staf unit aku..mereka ni muda-muda dari aku. Aku suka berkawan dengan mereka.." akak ada org tak suka kami baik dengan akak.." aku pun mengerut dahi..." Erkk..pesal plak ?" aku menyoal..macam2 lah..aku tak kacau orang pun.." Ni masalah hatilah kak..tak boleh tgk kami baik dengan akak..akak jangan amik pusing lah..kami ok je ngan akak!!" balas dia kembali.." Ermm..kalau pun dia nak marah sbb korang staf bawah dia baik ngan akak..itu akak xleh nak kata apa..tp kalau dia nak halang hubungan sesama manusia itu dia salah." pelik..pelik..aku pun x penah nak suruh derang baik dengan aku..derang yang selesa berkawan dengan aku..hak masing2..mengikut kata adik tu lagi, dia sakit hati sbb kami ( 3 org ) berkawan baik. Aku boleh gelak-gelak dan makan2 dengan derang. Boleh kuar sama2 time hujung minggu..Kerja is kerja..walau apa pangkat sekali pun.. hubungan sesama manusia harus di pelihara..."Habl' Minal Nas" Aku hanya manusia biasa-biasa saja..tidak punya yang lebih dari yang lain..tidak perlu berhasad durja menjalang di hati..sedih..tapi biarlah!

Kisah 3 - Melawan Rutin
Sejak lepas raya puasa hari tu..aku bina satu rutin hidup (lepas kerja) yang aku rasa agak melemaskan aku. Hingga aku seolah terikat dengan rutin tersebut. Dan..rutin itu sebenarnya banyak membawa kesan dalam kehidupan aku. Ada buruk..ada baik..namun ternyata rutin tersebut (bagi akulah) banyak yang memudaratkan aku sendiri. Aku pun jenis yang tidak pandai mengawal emosi kadang2..jadi sekarang aku cuba melawan rutin tersebut. Aku mahu ianya tidak menjadi rutin..sekadaran mengisi masa yang terluang. Dan hakikat kata-kata "kawan jauh" aku kini benar2 aku akui..dia tanya aku..hobi aku apa..aku pun pusing2 jugak nak jawab apa hobi aku sebenarnya..haha mcm dah xde hobi je..lagi dia tanya aku apa minat aku..aku diam..dia suruh aku cari balik apa hobi aku..apa minat aku..barulah aku tidak terikat dengan rutin itu!!!..Thanks kawan..