Thursday, November 26, 2009

Mudahnya Aku..

Aku tidak tahu atas kewarasan apa aku berfikir sekarang ini. Tidak membuat pertimbangan dengan sebaiknya dalam membuat keputusan tentang masa depan sendiri. Aku mahu bercerita tentang ribat ini. Ya, walau hakikatnya nampak sudah berjalan dengan baik..namun semuanya mungkin kerana aku lebih mengalah. Kadang-kadang terasa begitu bodoh membiarkan hati begitu mudah mengalah. Dulu aku tidak seperti ini. Tunduk dan mengalah pada sesuatu yang seperti "itu" . Aku pertaruhkan hati aku untuk di calar berkali-kali. Taat dan setianya aku dalam merawat kerenah itu. Entah bagaimana begitu lurusnya aku mengikut acuan yang diciptanya. Aku sendiri tidak pasti diri akukah ini.?? Aku di tegah terus-terusan begitu membina ilusi yang tinggi. Biarkan dia mengejar dan aku teruskan berlari. Sesungguhnya berlari aku hingga benar2 dia mengejarku. Namun..aku tidak berdaya..aku lelah dipertengahan jalan. Aku tersungkur. Oh Tuhan..bantu aku..agar aku terus berlari..dan berlari. Masih terlalu awal untuk mencipta yang indah2. Segalanya masih terlalu dangkal untuk aku mengukur tahap manakah istilah ribat itu dalam dirinya! Benar-benar atau sekadar berjenaka sahaja. ..Mengapa aku begini...mengapa..keluh aku ini ya..agak kesal pada tindakan hati yang melulu..! Hati..usirlah "rasa" itu pergi..biar aku biasa tenang-tenang di sini..

No comments:

Post a Comment