Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua...aku malas nak posting awal untuk hari ini. Tidaklah sibuk..tetamu pun tak ada..pagi2 tadi org lain ke masjid..aku dan cho dirumah sibuk buat persiapan juadah sarapan untuk mak abah dan adik2 yg ke masjid bersembahyang raya. Tidak ada apa yang menarik hari ini..mungkin sbb kali ini aku tidak menghayati kebesaran hari raya qurban thn ini. Aku masih mamai..! Pagi hari je berbaju kurung..sudahnya aku dan cho ke pusat membeli belah tgh hari tadi. Macam bosan duduk di rumah. Lama sudah tidak berdua mcm ni dengan Cho. Kalau dulu sebelum dia kawen..aku dan dia mmg selalu bersamalah sbb kami je dua anak perempuan mak abah. Masa tu aku hanya menumpang kereta dia..lepas dia kawen..tinggal aku sorang terkontang-kanting. Awal perkahwinan dia dgn abg ipar..aku ada sedikit rasa 'dendam' dgn abg ipar..haha sebahagian bahagia aku hilang diambil org. Pergerakan aku dan 'Cho' terbatas. Walaupun abg ipar aku ni jenis yg very the sporting man..tp Cho seorang yg very the taat punya wife. Semua mesti dahulukan suami..jadi aku tersisih..begitu tersisih. Makan masa juga aku nak sesuaikan diri. Dalam masa-masa itu..aku mmg buat acuh tak acuh je dengan abg ipar aku. Dia baik orangnya. Alhamdulillah..kakak aku jumpa rite person. Mereka tidak bercinta tetapi berkahwin atas aturan teman sekerja. Bercinta selepas berkahwin. Begitu indah aku lihat hubungan mereka. Aku juga kepingin begitu. Hari berubah minggu dan seterusnya. Aku juga berubah. Hubungan aku dgn kakak dan abg ipar menjadi rapat dan baik seperti biasa. Entahlah aku pun rasa mcm budak2 je buat perangai mcm tuh. Eee..malu jerk! Nak cerita kemeriahan malam raya di rumah kami..malam td kami mengagah diri gigih membuat ketupat palas..haha ni la first time aku sentuh menda ni semua. Aku bab2 membungkus dan menganyam sarung ketupat tu gagal. Jadi tugas aku hanyalah memasukkan pulut kedalam sarung ketupat tersebut. Ketua yang menganyam ketupat pada malam tu ialah abg ipar aku. Jangan memain mmg dia terer. Semua pakat2 menganyam termasuk la adik aku yang bongsu. Paling tak tahan ketawa bila tgk hasil masing2. hehe.. Menarik2..Punya la banyak sampai dah tak larat nak buat. Dan baru lah juga aku tahu yg daun utk buat ketupat palas tu miang..sbbnya aku tergaru2 selepas itu. Terpaksa mandi walaupun dah mandi..hhehe..pengalaman menarik yg x dpt dilupakan. Nanti aku upload hasil ketupat palas kami..hehe made from ipoh..lain-lain xde yang menarik..mood pon masih mamai dan badan terawang2..yang pasti aku begitu damai berada di rumah..! selamat hari raya..ikhlas dr aku yang berbintikan abah aku..!

No comments:

Post a Comment