Thursday, April 29, 2010

Kalut..

Hari ni kalut sket..tiba-tiba plak dapat surat kena pegi Taklimat OSHA kat Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pengarah Kampus. Tengah hari pula kena jaga kaunter. Baru berkira-kira nak cabut seawal mungkin. Mahu ambil 2 jam awal. Tapi datang pulang jemputan mesyuarat Unit. Arghh..kalau tanak pergi boleh tak? Org lain boleh pulak..bila time aku je tak boleh..sungguh tak ADIL!!.. semua letak atas batu jemala patik..yang lain dilepas bebas..sepatutnya yang bermasalah itu dipantau..bukan dibiar lebih bermaharajalela..Aku tak kira..mahu pulang awal juga hari ni..aku mahu santai2 pulang ke rumah bonda. Tidak mahu bergegas2..penat sebenarnya. Sudah beberapa minggu begini. Persiapan akhir harapnya berjalan sempurna..Segalanya serah pada Allah. Aku mendoakan yang terbaik dan memuaskan semua pihak..sungguh berdebar..:)



*p/s - perkara yg biasa2 kita buat..mampukah diubah sekelip mata..? berubah dari hati..bkn krn yg lain..hanya mmpu menjadi sokongan dan pendamping jika diperlukan..semoga menjadi yg terbaik..utk hari ini dan hari hadapan..ayuhh doa sama2!

Wednesday, April 28, 2010

Takut..

Semua org ada perasaan ini..jika terlalu diikutkan boleh merosak pemikiran dan diri..Kenapa perasaan kurang menyenangkan ini terlalu menguasai diri aku 2-3 menjak ini. Ada kuasa yang lebih besar perlu aku takutkan. Perasaan itu juga datang dariNya.. Terlalu memikirkan kemungkinan-kemungkinan di masa hadapan. Abah selalu marah aku..selalu je dia ckp.." takde kalau2..! suka sangat berkalau itu dan ini..kalau tak jadi macam tu camne..kalau tak buat haritu kan takpe.." abah tak suke kalau2 ni..buat pening kepala jer!!" abah sound aku. ngeee...tu sbb kamu tu pening kepala..banyak sangat fikir yang jauh2.. tempuh dulu..buat dulu..masalah pasti ada penyelesaiannya.. :) Pergilah wahai perasaan ituewwwwwwwwww...!!




*p/s - mampukah utk mengubah..berubah..diubah utk kebaikan diri dan org-org2 yang hampir..terlalu banyak khilafnya aku..Owhh tuhan bantu aku..!

Tuesday, April 27, 2010

Semulajadi..

Tidak pernah dirancang..tidak pernah di harap..dan tidak pernah mengharap..ianya berlaku secara tanpa disedar dan semulajadi. Secara bersahaja..dan tersendiri..tenang..dan menyenangkan..Segala-galanya ketentuan Khalik..!



*p/s - " Kun Fayakun.." apabila berkehendakan berlaku..maka berlakulah ia..tiada apa yang bisa menghalang ketentuan Tuhan. Mana tahu..sesaat ketawa..kemudian telah hilang utk selamanya...errmmm...
Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari) ..

Monday, April 26, 2010


"Aku menipu diri sendirikah..?" ... "aku menafikan apa yang aku rasakah?? ..entah..!!


Doa..

Qoute dari blog kak Aini.."Doa orang Mukmin itu dimakbulkan dalam 3 cara; langsung dikabulkan apa yang dimintanya, disimpan di akhirat ataupun Allah akan menjauhkan keburukan daripadanya."

*p/s kalau pun doa kita tidak untuk yang pertama dan kedua..moga2 kita dijauhkan dari sebarang keburukan..itu juga sudah cukup memadaikan..:) Sentiasa mengharapkan yang terbaik..untuk diri sendiri dan org2 yang hampir..!

Sahabat..

Selalu..hari-hari..kalau dulu sebelum aku bekerja hingga kini awal2 masuk pejabat mesti buka blog..bukan blog sendiri..tapi blog teman-teman. Sejak bertahun dulu..entah tahun bila aku lupa..aku mmg selalu singgah ke blog teman ini. Mengenalinya hanya di ruang maya. Portal Hanan.com (komuniti muslimah) kemudian bertemu muka di satu majlis anjuran komuniti juga di Uia. Aku menjadi pembaca setia blognya. Dalam senyap dan cara aku sendiri. Dia jugalah yang menghadiahkan aku laman blog peribadi pada hari lahirku..berlatar belakangkan bunga tulip merah jambu. Masih ada..Lestari Kasih..walau dia sudah bertukar url blognya..aku jejak sedaya upaya..sehingga suatu hari, dia mula hanya membuka blognya untuk teman-teman tertentu sahaja. Arghh aku gusar.. tak dapat baca blog kak Aini!! entah kenapa..aku begitu tertarik..Mahu tak mahu..aku pm dia di ym. "akak..dah tukar rumah baru ehh" . Org cari akak..tapi tak jumpa..bila dah jumpa rumah baru akak..takleh nak masuk pula." Aku diberi kebenaran. Alhamdulillah. Aku terkesima..dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Aku mendoakan yang terbaik untuknya. Dan pagi tadi..juga pagi2 yang lain..aku jenguk blognya.."haihh nape tak update ni.." banyak hari dah ni..last update bln Mac 2010..isk..mana kak Aini pergi..??!! Dail nombor dia..
aku : "Akak nape banyak hari tak update blog ni..akak tak sihat ke ?"
k.Aini : " Sihat alhamdulillah Ehh..akak update je. Tapi takde la hari-hari sbb skang akak sibuk sket."
aku : " Ermm..nape org tgk last update pasal trip ke UK tu je.. Hari-hari bukak sama je.."
k.Aini : " Arggggg..ni mesti tak baca sampai abis ni..tu kan akak wat sticky post!!..hahahahah ni lagi sorang..:P"
aku : " Ha'a! wakakakak..pesal tak nampak ha..ha..ha..?? tak scroll sampai habisssssssssssss! huwaa...igt
akak tak sihat ke apa..hihi.."

Lega rasanya..dia baik-baik saja. Walau ribat kita hanya di alam maya..namun ukhwah tetap mekar di hati. Aku doakan yang terbaik buat k.aini dan keluarga di sana..:)


*p/s - motif apa entry aku kali ini..? ukhwah itu luas..tautan hati itu suci..hihihi..:)

Sunday, April 25, 2010

Menahan Rasa

Aku bukan malaikat..aku juga bukan Tuhan..tapi aku berTuhan..dan segala-galanya dari DIA. Memohon datang segala bagai dalam hidup aku juga kerana DIA. Biar aku terus menahan rasa. Rasa itu kadang kala mungkin sementara. Aku tidak mahu ia terlalu marak dan semarak sebelum masa. Aku tiada masa untuk meluah rasa. Aku sudah jemu. Bukan masanya untuk baru berbunga menawan. Aku dengan cara aku. Setiap kita mahukan kesempurnaan. Tapi kesempurnaan itu tidak ada dalam diri kita. Termaksud aku sendiri. Sebab itu aku perlukan masa dan ruang mencari dan meminta PetunjukNya sebelum segalanya tersasar. Aku bukanlah manusia khasyaf yang bisa mentafsir. Aku telah letih dan lelah..segalanya terbang dan aku terima natijah..ya mungkin kerana aku sering lupa padaNYA. Jika ini hentian terakhir..aku terima..JIKA..petunjuk itu benar-benar ia..


*p/s - biar terus menahan rasa..dan rasa itu hanya aku yang rasa..mereng kah? mentel? arghhhh!

Saturday, April 24, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Alhamdulillah..

Perkara semalam selesai .. Alhamdulillah..aku tenang semula. Iktibar yang sangat2 besar dalam hidup aku. Atas kebodohan diri..juga atas kedegilan. Terlalu percaya dan terlalu mudah simpati. Bukan aku menidakkan lembutnya hati..tetapi sebagai ingatan di lain hari, jangan ulangi..terlalu..aku gementar menghadapi saat2 kelmarin dan semalam. Tidur aku kerana ubat batuk. Supaya aku tenang dan tidak memikir2 perkara itu. Namun tindakan aku sasar. Aku masih runsing keesokan harinya..selagi masalah itu belum selesai. Maka benar..lari lah setinggi awan..selam la sedasar lautan..selagi hidupnya manusia..masalah tidak akan selesai begitu sahaja. Perlu dirungkai apa yang tersimpul. Dengan cara yang berhemah..mengikut akal..bukan hati.! Dalam buntu aku sekali lagi sasar..pergi berhibur melalak karaoke konon hilangkan gundah! TIPU..itu hanya sementara. Kepala selirat dengan masalah yang tidak selesai. Pangkalnya..kembali kepada TUHAN..sangat-sangat terkesima bila seorang teman bertanya.."kamu dah solat?'..ermm..carilah jawapannya disitu..ke mana pun kamu lari..seluas sehujung lautan dan dunia..DIA sentiasa ada bersama..tidak pernah tidak lepas pandangNya terhadap kita..cuma kita saja yang sentiasa lupa..!!

Monday, April 19, 2010

KEBODOHAN..!!

Hati aku sungguh2 resah memikirkan apa yang sedang terjadi. Aku tak boleh tumpu pada kerja.Inilah kebodohan terbesar aku lakukan dalam hidup aku. Tak akan aku ulang..Ya Allah..aku merayu..permudahkan dan selesaikan segera masalah ini. Aku terlalu gelisah!! Rasa nak balik rumah je ni..takleh buat kerja..dari pagi menangis2 ..ya Allah..segera selesaikan masalah ni..!!! YA RABBI YASSIR, WALLA TUASSIR..

Sunday, April 18, 2010

monolog tanpa perenggan

Hari ini..belum ada niat nak jawab segala tag bagai..belum ada niat nak wat kejaaaaa..hahaha sunday bluesssss! Habis tu nak buat apa?? Jadual perjalanan Audit dalam dah keluar ni..!! nak duduk saje boleh..? Nak menung2 sambil dengar lagu dan berhuhu..ngeee :) Banyak la kau punya huhu..Arghh tak kira..tak kira..! Hari tu khamis minggu lepas udah pecah2 keringat lenguh2 kaki bagai sensorang kat opis..rini nak balas dendammm....hahahaha (gelak jahat)..Suka hati kamu lah..! Nanti jangan nangis sorang-sorang ok..ketaq nak jawab audit..arghh auditee nama dia tu..bkn nama akuuuuuuuuuu...! Kamu jangan tak tahu..walaupun nama dia..tapi mesti kamu yang kena..ehh..mmg tahu pun..terima kasih ya kerana bagi tahu..ngeee..:)Ehh..nape mata kamu lebam yerkk..? ehh lebam ehh...? Owh..ini namanya berjaga malam..wah..wah..berjaga malam yer..syukur..sejuk perut ibu mengandung..anakmu solehah..! Hahhh?? solehah..? tidak..tidak..saya tidak memenuhi sepertiga malam meratib merintih kepadaNya...:( . Sayang..sungguh sia2..!! Tamat..dushhhh.


*p/s edisi pankreas senget! mesti ckp dlm hati..eee apa kena dia ni mentel ke..kan..kan..kan! :P MENGANTUK OK! (owh lalalala <-- lagu KRU)

Thursday, April 15, 2010

Sepi Seorang Aku..

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....huishh..tajuk entry nyepi2..haha..apalah asik2 sepi..asik2 sepi..ni ayat sorang kawan aku..selalu kasi aku ceria..cheer up..! dulu selalu contact2..skang dia jugak yg dah menyepi..bz agaknya..Saje je kasi tajuk taman2..padahal ok je ni..ceria dan happy2 sajorkkkkk...tapi kan uols..smlm huh..mmg betul2 kena saiko laa...dan iols saiko dia balik!! huhh..takmo igtlah kisah semalam..pagi tadi kan..masa nak fingerprint masuk di bangunan pentadbiran..sambil ber lalalaalalal menuju ke tempat tersebut..adalah sorang kakak staf nurse ni tegur aku.." hai merah hari ni.." ..ihihii..aku lambai tangan kat dia sambil senyum jela..biasanya aku kalau pakai baju merah aku pakai kasut merah..masa tu tak rasa pape la lagi..lalalalaala..lepas fingerprint..semasa mahu beredar semula ke kereta..berselisih dengan sorang ustaz ni.Dia Koordinator Bahasa Arab disini..aku kenal mesra dengan dia..aku disapa.."Amboii merah benar hari ini.." hishhh..aku tak tahu lah tiba-tiba aku rasa mcm aku pkai blusher 10 inci tebal!..huwaaaaaaaaa ..aku senyum dan lari2 itik ke keretaaaaaaaa...hishhhhhhhhhh nape ntah aku jd malu sgt2..masa kakak nurse tu tegur idak le pulak begini rasanya..Merah sgtkah aku harini.. setahu aku warna yg aku pakai ni bukan warna merah cili. Tapi warna ala2 merah hati..then tudung aku awning dia pun ala2 pink ..tu pon dekat awning dia je..isk..isk...xpela abaikan..tu la ye hikmahnya ..kena banyak betul perkara yang perlu dijaga.perempuan ni perkara sedikit pun dah boleh tarik perhatian org..
Haihhh....sambung2..korang nak tahu..sebenarnya aku mula draf blog ni pagi td..tp punya la bzzzzzzzzsssssss sungguh aku hari ni..ni kui 4.45 ptg baru boleh duduk balik menyambung entry. Kekonon tajuk Sepi seorang aku..tidak adanya sepi aku hari ini..hahaha penat duduk bangun! Aku seorang je kat opis hari ni..Staf sokongan C dan D semua ada seminar motivasi bersama Dato Dr Fazilah Kamsah..Waaayeeeeeee..tak menang tangan dibuatnya..student plak tak henti2 masuk opis..aiyakkkk..seronok tp letih..hihihi. Nak cerita apa lagi haa..aku dah semput la..melayan budak2 sekarang ni sunguh banyak keletahnya..nak2 lagi student lelaki yang suke menyakat..!hahha..mengah..mahu rehat2 bentar..

*p/s - Jangan jadikan aku ekperimentasi..jangan jadikan aku bahan utk dipersenda..aku hanya ikhlas utk bersahabat! motiff...kan..

Wednesday, April 14, 2010

Tuhan lebih tahu..

Semalam..
keraskan hati
seakan mati
tak mahu ulangi
apa yg pernah terjadi..
Semalam..
diam sepi
sembunyi diri
cuma memerhati..
Hari ini..
belum tentu lagi..
apa yang akan terjadi..

Tuesday, April 13, 2010

Ohh Ubat Batuk..

Semalam..sebelum tidur aku minum ubat batuk..minum sikit je. Pagi ini..aku masih dalam keadaan 'high' bukan sikit..tapi banyak..! Nasib pejabat aku dekat je dengan rumah. Naik kereta kalau laju 5 min sampai..kalau perlahan 7 min adanya..Pinau2 juga mata masa aku drive td. Huhh..rasa mahu sambung tidur semula je! Cakap ngan org pon mcm blur n sasau je..so aku byk diam jela pagi ini..aku mcm nak menyanyilah pagi ni!! Kalau korang tahu lagu ini ayooohhh kita nyanyi sama2 ehh..tp utk dua perenggan je..lain2 perenggan aku tak minat nak nyanyi...Terima laa..ssebuah lagu dari ST12..


Cintaku, cintaku padamu
Tak besar seperti dulu
Kamu kok begitu menilai cintaku
Begitu rendah di matamu

Sayangku, sayangku padamu
Tak indah seperti dulu
Maumu begini, maumu begitu
Tak pernah engkau hargai aku
Oo ooh I am sorry
Ku tak kan love you lagi
*p/s - maksudkan di dalam hati..! huhh mungkin ini pentunjuknya!! Enty merabun meraban standard org tgh lalok!

Monday, April 12, 2010

Tidak Menyenangkan..

Bulan ini..beberapa perkara tidak menyenangkan berlaku..:(

I) Kereta..
Roadtax ngan insuran tamat bln ni..dalam aku sesak2 selalu berulang sana sini..tayar kereta plak dah botak..dua plak tu kena ganti..aiyak..botak aku..dan..bateri kereta plak mula wat berat2 mau hidup pagi-pagi..memang dah kasi alarm nak mati la tu bateri kereta aku..zassssss Rm..RM..Rmmm......rabak memang rabak poket bln ni dan bulan depan..kesimpulannya memang ini tidak menyenangkan! Opss lupa ..kena saman lagi..hahaha padan muka..!

II)Rumah..
Aku pun tak tahulah..bln2 ni mcm bln kecederaan la pula..bab rumah..sekali 3 bil datang..tak kirala bil utility air dan elektrik..itu aku letak tepi sbb rutin bulanan. Ni ha..datang bil indah water, cukai tanah dan cukai pintu..aiyak campur2 semua mau dekat tiga ratus..huwaaa...sabar2..ni pasai duit lagik la juga..:))

III) Pejabat
Huhh..korang ingat tak lagi aku penah bebel pasai sorang mamat sengal yang sound aku..pastu aku SOUND dia balik sampai bisu ke hari ini..hahaha..bisu dengan akulah sbb aku dah malas nak bertegur sapa dengan dia..cuma hal2 kerja sajorkk!..luar dari itu maaf! anda tiada tempat di hati saya. Penah la jugak dia buat lawak..tp aku x ketawa pon..lawak bodoh! malas layan..dan minggu lepas dia wat perkara yang tidak menyenangkan dengan kami..dia sound plak kakak penyelia aku..pehal lu beb! dah la kepala angin..lu ingat lu sorang je yg ada angin..heyyyy semua org pun ada angin la..jagalah etika kita sebagai seorang pegawai..otak letak kat kaki yer..dah takde budi bahasa gamaknya mamat sengal ini. Dan berikut dari peristiwa yang tidak menyenangkan itu..kami dah malas nak layan dia..padan muka jd kera sumbang..pastu ngadu domba kat bos! haiyakk apa punya laki la macam ni..hati busuk mcm bangkai..perut ijo!! dengki kesumat penuh didada..ya aku tahu dia mmg dengki kat aku..argggghhh malas layan!

Iv) Ribat..
Banyak perkara-perkara yang buat aku lelah . Cuma aku skang dah kuat...ngeee ..tidak lagi mengalah! saiko la mcm mana pun..aku boleh bertahan..cewahh..hahaha..tiada hujan yang turun dalam taman bunga aku..wakakaka. Kuatnyeeee...! sebab aku dah tebas sikit2 taman2 bunge tu..bunga banyak2 pun semak ajorkk rupanya! hah..sebenarnya aku masih duduk dalam tanda tanya dan keadaan yang keliru..blur..arghh kekuatan penunjuk Mu masih belum menjelma..bicara itu..bicara ini..yg buat aku pusing..! serba salah untuk melangkah dan berhenti.! Serba salah antara itu dan ini..iya..sungguh tidak menyenangkan..maaf pada yang mengharap..maaf juga pada yang diharap..! apa yg aku mahu sebenarnya..dushhhh ! * tampar pipi sendiri..


* p/s nak mengeluh..tp tak baik kan!..

Friday, April 9, 2010

SmS Saiko!!

" sangat berkecil hati..bila minta pertolongan sikit pun tidak mahu di turuti..igtkan berharap pd org yg dipercayai dan di******* ( arghh ngadenya aku menbintang2kan perkataan itu). Tapi sia2. Masih waras untuk m'aniaya awak. terdapat kesulitan utk transaksi itu. tolong sikit pun tidak mahu..sangat2 berkecil hati..!!" hermm..mengeluh panjang lepas aku terima sms itu. terasa di saiko..bkn aku tidak mahu menolong..wajar aku bukan begitu sifatnya. Hati kecil terlalu meronta utk membantu. Tapi..aku juga masih waras dlm menimbang setiap tindakan dan keputusan. Ribat kita terlalu longgar utk aku lunasi permintaan kamu. Salah kamu sendiri. Terlalu byk agenda peribadi yg disembunyikan. Kalau kamu rasa akulah org yg kamu percayai..kenapa perlu tutup segala bagai. Di mana erti percaya itu. Dan bila aku curiga..kamu SAIKO aku begini..arghhhhh...!! Entahlah ..kenapa hati masih terus bergolak bila tiap malam kamu sms aku..tentang perkara ini..walau aku telah tekad tidak mahu membantu!! Jgn goyahkan aku.! Aku tidak selesa dengan situasi ini. Bila berdepan terpaksa mengalih pandang ..hanya kerana perkara ini..Aku diamkan diri dari membalas setiap sms kamu. Maafkan aku..ketegaran aku kerana kamu sendiri..

*p/s : salah aku kah meneruskan kembali ribat yg telah aku noktahkan setelah kamu berubah laku..dushhhh!!

Lupakan..harus!

Ini entry lama..saje suke..terimbas dan sedang mengimbas....



Perjalanan Panjang..

Aku seakan telah mengambil keputusan pada kisah perjalanan panjang. Biarlah ia terhenti di sini sahaja. Aku noktah segala harapan. Mengapa harus menyeksa diri. Mengapa harus mengabdi rasa pada seribu kesedihan hanya untuk memahami erti ribat yang penuh dengan tanda tanya. Hanya selalu mengalah..hanya selalu memberi. Cukuplah untuk dilemahkan dengan segala2nya. Aku bukan begitu harusnya. Dan ribat bukan begitu wajarnya. Saling memberi..saling menerima. toleransi dan timbang rasa. Aku begitu terpenpam dengan nasihat kawan..fikir hari kemudian..nasihatnya natural..tidak pada bahagian aku..tidak juga pada bahagian insan itu. Katanya aku lebih kenal siapa dia. Kenapa aku harus lemah pada tindak tanduk dan perilaku segala bagai. Apa yang mengikat rasa hingga aku tidak lepas menyiksa hati sendiri..fikir-fikirkan..keputusan di tangan aku!! Ia tidak seharusnya begitu..tidak begitu!! Untuk 'B' aku tidak tahu perancangan apa yang engkau atur dalam ribat ini..sesungguhnya aku begitu keliru. Cukuplah..'rasa' itu sudah tawar..tiada indah..!

Thursday, April 8, 2010

Apa Motifnya..!!???

Aku nak cite kat korang..dan kalau ada yang boleh bagi pendapat silakan..walaupun ini perkara mudah yang aku sendiri boleh buat keputusan dan aku dah pun buat keputusan..cuma saje-saje nak tengok apa pendapat korang dan apa kemungkinan2 yang bakal berlaku dengan situasi yang aku hadapi itu..:) hihi udah takde keja..menarik juga nak tahu..
Gini citernya..aku diminta oleh seorang 'teman' untuk memberikan no akaun bank aku kepadanya. Atas tujuan apa mestilah korang nak tahu betul tak?? So aku pun bertanyalah kepada si polan .."untuk apa ehh?" maka jawablah si polan " Kawan nak masukkan duit..kemudian tolong transferkan balik ke dlm akaun saya ya.." haaa..bab yang masukkan duit tu aku tidaklah hairan sgt..wakakaka..duit beb..tp bab yang kemudian masukkan kembali ke akaun dia tu yang buat aku curiga tu..kerana.." ehh..kenapa tidak dimasukkan terus ke akaun awak..kenapa nak berhenti transit plak dulu dlm akaun saya..??!!" mula dah heran aku. Dan jawapan dia yang aku tak boleh nak terima "entahhlah kenapa tak boleh.." eee..reason yang sangat tidaklah kukuh.."Tolong ya.." dia merayu.. aku plak dengan tegas terus cakap tak boleh...aku ni jenis yang kalau sesuatu perkara tu mesti nak tahu detail segala bagai. Lagi2 melibatkan no akaun gini..mula la dalam kepala aku ni fikir mcm2..duit haram ke..jual dadah ke..itu ke..ini ke..hahaha..korang rasa kan kenapa yer dia buat mcm tu. Kalau dekat lain la ..mungkin kawan dia bank in kan duit kemudian aku 'cash' kan dan bagi tangan kat dia..Ini tidak..dia duduk di seberang laut..dah bank in..kemudian bank in kan semula ke akaun dia..di situ timbulnya persoalan di benak hati dan minda...korang rasa apa yer motif dia...apa ekk..ada idea tak????

Wednesday, April 7, 2010

Merudum-rudum..

Sejak 2 menjak ni kesihatan aku kembali merudum2..kejap2 loya lah..penin lah..pedih ulu hatilah..dan yang paling kerap ialah lenguh di bahagian bahu dan leher..Aku gagah juga ke pejabat..mmg nampak macam sayur yg layu ar..lemah longlai..bukan lemah gemalai ok..!! ahaha. Bila tiba time mcm ni aku mula la naik tensen..bukan apa..tak boleh nak fokus pada kerja. Perasaan mula kecamuk2..banyak fikir. Mahu lelap mata pun masih berfikir sampai waktu tidur pon aku terkejut2. Tidur malam memang sesungguhnya tidaklah lena adanya!!. Esok pagi-pagian lebam segala bagai. Ermm..adakah antara sebahagian nikmat telah ditarik. Sudah rasa sedikit2 bila aku mula harus berpantang dari mengambil makanan itu dan ini. Aku dah fikir masak ranum sampai nak rentung..ada beberapa perkara yang perlu aku tinggalkan demi kesihatan aku. Ya..aku perlu tinggalkan. Sementelah sekarang ni aku dah mula lelah dan semput..sikit2 penat..haiyakk...apa mau jadi!!



*p/s mahu jadi keras hati pada penindasan!!

Tuesday, April 6, 2010

Pensel dan Pisau Lipat

Hobi baru tanpa disedari..saat berfikir bermacam bagai perkara ..jari ligat mengasah hujung mata pensel kayu dengan pisau lipat . Lagi tajam bilah pisau..lagi puas aku rasakan. Baki asahan jatuh laju ke tong sampah..puas menghiris..lerai satu persatu..

Monday, April 5, 2010

Kepentingan Zikir

KEPENTINGAN ZIKIR

Zikir itu mengingati Allah s.w.t dalam setiap masa dan keadaan. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152, maksudnya :
“ maka berzikirlah (untuk mengingati) kepadaKu, nescaya aku akan mengingati kamu sekalian”.

Tujuannya :

Supaya dapat kita hubungkan diri kita kepada Allah s.w.t dalam setiap masa dan keadaan.

Kelebihannya :

Zikir menghilangkan penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati
Zikir menjauhkan diri dari syaitan
Zikir menghilangkan dukacita hati
Zikir menhidupkan hati
Zikir memberi ketenangan jiwa
Zikir mendatangkan kemurahan rezeki, memberi Nur pada wajah dan rumah tangga
Orang yang berzikir dianggap hidup disisi Allah s.w.t, sebaliknya orang yang tidak berzikir dianggap mati di sisi Allah s.w.t

Adad ketika hendak berzikir ( zahir dan batin )

v Ada wudhuk dan bersugi ( menggunakan miswak )
v Menghadap Qiblat
v Lapangkan fikiran pada hal dunia dan ingat hanya pada Allah s.w.t
v Tutup Aurat, hadirkan hati dan fikiran. Anggaplah diri banyak berdosa.Tundukkan pandangan kebawah
dengan tawajjuh.
v Tempat dan pakaian hendaklah bersih
v Faham akan makna yang kita berzikir itu.

Hendaklah istiqamah berzikir sebanyak 300 kali dan pagi 300 kali petang, masa yang sebaik-baiknya mengingati Allah s.w.t . sebab, sebab waktu pertukaran malaikat akan membawa berita baik ke langit. Kekuatan zikir lebih deras menembusi cahaya dan membuka langit hingga tiang-tiang Arasy bergoyang. Selepas berzikir mintalah pada Allah s.w.t ampunkan dosa-dosa suami, ibu bapa dan umat Rasulullah s.a.w , dan dilakukan dengan istiqamah
.
*p/s - seringkali tgk org marah2..dan selalu rasa nak marah2..haisssshhh!

Sunday, April 4, 2010

MODE - Tidak Mahu Ambil Tahu..

Boleh tak kalau begitu..?? Tidak mahu ambil tahu..biar terbang melayang segala macam yang bergelantayangan di segenap pelusuk minda..hati dan fikiran..biarkan kotak itu kosong dan aman..tenteram dan damai..!



P/s kalau lah boleh..alangkah bahagianya aku!!

Thursday, April 1, 2010

Jangan Macam-macam!!

Va..va..va..tajuk "Jangan MAcam-Macam" apa yg jgn dimacam2kan..heh..lama sungguh aku meninggalkan arena pemblogkan aku..waaaa rosak ayat2 aku..jgn ikut yer..ini sekadaran ayat penin-penin lalat. Tak tahu nak taruk tajuk apa tu yang ngarut main taram je..Ada sorang dua teman tanya ke mana aku menghilang..menyepi..tidak meninggalkan jejak calit malit catatan di sini.. Alhamdulillah aku masih ada ..masih bernafas..cuma bila aku mula mahu berbicara meluah rasa..aku kontang dengan idea. Tak mahu kuar ayat2 yang aku nak taip. Hanya berkata2 di dalam hati. Sudahnya aku matikan saja niat untuk menulis. Selama hampir dua bulan menyepi, aku begitu dihimpit dengan kekangan waktu. Asal balik rumah je mahu tidur sepuasnya. Dipejabat kepala sakit berselerakan dengan agenda kerja yang menimbun-nimbun. datang tidak henti2. Kursus sana sini. Sekarang kami giat memandu dan menjadikan amalan kerja yang berkualiti. Semua perlu tersusun dan terancang dengan baik. :). Namun..dalam pada kita merancang segala yang baik..masih terselit perkara-perkara kurang baik yang datang dari dalam diri manusia itu sendiri. Merealisasikan sesuatu yang baik itu bukan mudah. Tetapi meruntuhkan sesuatu yang baik itu terlalu mudah. Sekelip mata saja mampu lenyap begitu saja. Entahlah..macam-macam kan! Nak kata jangan macam-macam pun tak boleh juga..sbb masing-masing punya pandangan dari sisi yang berbeza. Kena terima..dengan cara yang terhormat. Ermm... sikap sabar dan nilai etika diri perlu dijaga. Korang mesti tak paham apa yang aku nak sampaikan..haha aku je sorang yang paham. Biar korang pikir macam-macam..wakakakaka..!! Yang penting skang dari sisi sarat diri aku sendiri..aku sedang menanggung kesakitan amat. Selagi mampu bertahan aku tahankan.. selagi mampu berdiri aku berdiri. MENUNDUK BUKAN BERERTI LEMAH.