Monday, November 23, 2009

Cuti Sakit

Pukul 4 pagi tadi aku mmg dah terjaga kerana tidak tahan sakit..dan kerana aku tidak selesa. 2 malam tidur dalam keadaan sujud. Alangkah indahnya aku ketika itu kalau sujud itu terjadi kerana qiamnya aku kepadaMU..tapi tidak..kerana aku sakit! dan kalimat2 namaMu disebut2.Ya bila sakit baru nak ingat!! padankan muka. Berkira-kira mcm tak daya nak pegi pejabat hari ni. Aku sms kakak penyelia. Mungkin MC hari ni..kerana tuntutan tanggungjawab, aku gagah juga ke pejabat.Selesaikan mana yg patut.Pengaliran yang banyak masih belum berhenti. Aku pun pelik.Tak penah jadi mcm ni. Muka aku pucat dah. Kakak penyelia bawa aku g klinik kesihatan. Aku minta ubat tahan sakit. Aku di suruh rehat di rumah. Sampai sekarang masih belum berhenti. Tengoklah petang atau malam nanti..kalau masih sama aku ajak kakak penyelia ke klinik pakar. Takutnyaaa..


*p/s : nanti akan ada org kata..x malu ke nak posting menda mcm ni..Jawab aku..ini perkara biasa dan normal bg semua wanita..dan mungkin ada kawan2 yg pernah jd mcm aku nih..tolong tinggalkan komen!

No comments:

Post a Comment