Thursday, June 27, 2013

Ujian Dan dugaan Allah itu datang tidak kira masa Dan ketika..di uji dengan kesenangan..nikmat dunia..di uji dengan kesusahan..kemiskinan melata..di uji dengan dosa..terasa sempitnya jiwa..perasaan bersalah yg bertali arus tanpa sempadan. Berulang Kali mengalun zikirullah Astagfirullahalazim..hingga rasa bergetar Seluruh rasa Dan jiwa..perasaan sangat menekan.. Dan aku di uji saat aku telah Cukup matang untuk membuat pertimbangan kehidupan Dan hukum tuhan..Astagfirullahalazim...
"Bila awak sibuk kan..saya mesti mcm nampak bintang-bintang je"..haha
Pandangan org lain itu penting..kerana kita tidak boleh memberi nilaian pada diri sendiri..tetapi ..bukan semua pandangan boleh diambil kira..yang ada pada diri yakin dan percaya apa yg kita lakukan adalah terbaik utk diri sendiri. Kadangkala..malah selalu..pandangan org lain juga hanya untuk menjatuhkan kita.. teruskan tersenyum..kerana senyuman itu mampu menundukkan hati-hati yang tidak sihat.. :)

Wednesday, June 26, 2013


Lirik Lagu Opick – Tiada Duka Yang Abadi
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


p/s Allah..Allah..Allah. :(
Kadangkala..dalam kuatnya aku melawan segala perkara dalam kehidupan aku.. aku akan tewas dengan yang satu ini. Ya Allah..bantu aku..tenangkan jiwa aku..hilangkan resah aku...sesungguhnya aku sangat lemah utk mnghadapi Ujian Mu yang satu ini..
Hanya sempat dua hari je..moga diterima amin.. bersyukur juga sbnarnya sbb hilang Sudah penyebab rasa ketidakselesaan .. alhamdulillah..minggu depan bermula ramadhan..mahu ramadhan yg terbaik Dr sblumnya. Kuatkan hati.. aku boleh..insha Allah..

Tuesday, June 25, 2013

Alhamdulillah...

Untuk dua hari pertama dalam minggu ini..beberapa perkara bukan baru tapi disedari untuk kesedaran diri.

- tergeraknya rasa kuat dihati untuk menjejakkan kaki ke majlis ilmu itu dan akhirnya menyentuh..sarat dan berat rasa dihati ...sangat terkesan dan berbekas dalam jiwa aku. Aku tidak tahu..di mana dan kenapa mudahnya aku menangis. Sangat bergetar perasaan aku ketika di rumah Allah itu..ya sepanjang masa majlis berjalan. Isinya ringkas tapi sangat significant dalam kehidupan .

- Tidak dapat tidak dinafikan hebatnya keajaiban Kalam Allah. Penawar dalam segala penawar. Alhamdulillah...badan tidak berontakan lagi..seakan dipulihkan ..dengan cara yang begitu tenang dan selesa. Hati begitu mendamai..segalanya bagaikan terbang dan hilang..yang tinggal dan mendiam..keyakinan kuat kepadaNYA..terima kasih kerana menjadi "perantara" kepada aku yg sering lupa..lalai..walaupun tahu..tetapi sering buat tidak tahu.. memang kita bukan "siapa-siapa" tidak punya ilmu yg tinggi...tp kita punya tanggungjawab sesama manusia apatah lagi teman yg paling hampir utk saling ingat mengingatkan..terima kasih untuk itu...



Sunday, June 23, 2013

Apa yang aku mohon sekarang tidak tinggi..Cukup sekadar aku ditunjukkan segera antara kejujuran .. kebenaran .. atau sebaliknya.. hanya itu yg aku pinta. Allah berikan petunjuk awal Supaya tidak jauh tersasar pertimbangan rasa.

~ aku merayu padaMu tuhan segala pencipta..hanya Engkau yg mengetahui segala sesuatu yg terang lagi tersembunyi..tiadalah daya bagi ku selain MU ya Rabb.~

Semangat jiwa aku Sudah mahu pulang.. aku mula menahan rasa dlm hati..rasa akan ditinggalkan..rasa kosong..rasa sunyi..rasa sepi..itu perasaan lumrah aku tiap Kali mereka mahu pulang..hari ini ulangtahun kelahiran Abah yg ke 61 tahun..terfikir sendiri..berapa lamakah lg kudratnya itu..kuat utk memandu ke Mari..menjenguk si manis hati ini di sini.. Jika lebih dua bln mereka tidak ke Mari..semangat se akan lari..rumah ini bagaikan hilang Seri..Dan aku..bagai Menanti dari hari ke hari.. biar aku yg pergi dulu..dari menerima kehilangan demi kehilangan yg hanya mencalar ruang ulu hati..
13 hari cik P lewat...sampai ke hari ini pun masih belum menjenguk..minggu lepas igtkan dia la..sakit pinggang setiap mlm..rupanya tertipu..minggu ni..terasa tak selesa dan tanda PMS yg Sgt nyata..sangat menyakitkan badan..mood nak berapi je..so far slalu aku boleh kontrol..belum penah baling kerusi meja..haha..cuma byk diam bila masa ini..haihh..klu boleh tanak kena time ramadhan..nampak gayanya klu mcm ni... Dengan belum datangnya lg cik P Mau dua Kali esok ni aku kena time ramadhan...satu awal..satu hujung...huwaaaaa....nangis.. Kenapa cik P huru hara balik ni..hari tu dah ok kan... :'( bagi peluang utk aku beribadah sebaik Mungkin pada bulan ramadhan nanti yer..


Wednesday, June 19, 2013

Astagfirullahalazim...Allahuakhbar..Allahurabbi...

- Mana terbangnya semangat diri untuk ke pejabat setiap pagi..?? apa yang membeban diri hingga berat sangat utk bangun. Kesakitan seluruh badan setiap pagi ..Tulang belikat seolah bertemu antara satu sama lain.. pagi ini..kantung mata teramat berat sampai nak tertutup..Seolahnya memandu ke pejabat dalam keadaan khayal..padahal aku bebas dari sebarang ubat lali dan melalikan. Semalam tidur awal..pukul 12 lebih kurang mcm tu aku dah terlena. Tersedar sekejap ( mmg dah rutin bab ni ) dalam jam 3.30 pagi dan kembali lena. sehingga entry ni ditulis..aku masih khayal dan seakan terbang nun ke langit tujuh...apa yang tidak kena sebenarnya? Kembalikan semula tenaga..aura .. dan semangat aku..!!!

- Nak hilangkan mengantuk ..teringat permintaan encik Bintang.. dah jenguk-jenguk blog tu..bagus...setiap satu diperinci dan mudah dipahami..ada .kelengkapan dan tunjukcara.. harga..munasabah kot..saya tak tau bab2 tu.. kalau dah minat..mmg tak boleh nak buat apa kan... go ..go.. i will support u..

ngantuk! chiowww...

p/s - tak suke ayat " k lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh "  :|

Tuesday, June 18, 2013

Menanti Di Alam Barzakh



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Aku dapat rasanya kesedihannya...kerapuhan hatinya .. bukan senang utk kita menerima makna kehilangan..jika hanya satu kehilangan mungkin rasa boleh dipujuk..sebaliknya kehilangan yang berturut-turut. Masih ingat kisah sahabat aku yang kehilangan ibu tersayang awal bulan lepas..? Hari ini..seawal jam 5.29 am aku terima pesanan ringkas sahabat ini .." Ayah saya telah meninggal dunia tadi..Al-fatihah" . Terduduk aku..sayu..masih dalam keadaan bersedih dengan kehilangan ibu..ayah pula menyusul. Semoga sahabat terus tabah menghadapi ujian ini. Hari ini masa mereka telah tiba..kita masih menunggu segalanya masih menjadi  rahsia tuhan..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman ~ Al-Fatihah..

Monday, June 17, 2013

Hari ni leka sangat dr awal pagi..sambil buat kerja sambil berjoli...on email..tiba-tiba rasa satu kerugian pula..sepatutnya pagi ni ada satu program wacana kontemporari bertajuk " Membongkar Misteri Kitab sihir Kuno : Penghubung Dunia Dajjal ? dan  menjawab persoalan SYiah & Murtad..- Ust Jamnul Azhar Mulkan..dia best...huhh pasai pa aku baru dapat email nii?? padahal program jam 9 pagi tadi....grrrrr...rugi kot!!!

" Dan mereka mengikuti apa yang dibaca syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. (Dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir) hanya syaitan-syaitanlah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yg diturunkan kepada dua Malaikat di negeri Babil, iaitu HARUT dan MARUT, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan " sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir"



Mesti sebelum Ramadhan ini..selagi belum..selama itulah bebanan rasa ni menekan hati..!!! beri aku kekuatan..utk terus istiqomah...

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

ÙˆَالسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒَÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهُ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡

.

.

Sunday, June 16, 2013

Apa yang dikatakan dengan keberkatan hidup ? erti kata senang dan mudah difahaminya ialah - Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”. 

Ini aku petik dari sebuah blog yang aku jalan2 pagi ni..- Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasti tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.

* sedar tidak sedar kadang aku terasa tidak mencukupi..yang ada dikeluarkan tanpa hala dan keperluan sebenar..di mana letakknya kepuasan? Sentiasa  tiada  berpenghujung. Ada kurangnya di sana sini.. Adakah ini tandanya hidup aku tanpa keberkatan Allah?? Allah semakin mahu menduga aku kerana rindu mahu mendengar aku merayu dan meminta-minta padaNYA..Aku kah hamba yang SOMBONG itu...???? 
Bila aku tak boleh tido..maksudnya hati aku tidak tenang Dan tidak redha terhadap beberapa perkara yg berlaku. Sampai ke pagi sudahnya aku tak boleh tido. Lagi aku pejam mata..lg perkara tu mengulang tayang...tolong la .
. Takmo pk dah Hal tu..ralat Sgt rasanya... Kannnnn!

Saturday, June 15, 2013

K.O.S.O.N.G  !
Antara gembira Dan kepuasan..??? Antara senang Dan tenang..??

Ambil tindakan sendiri..Dan seperti dipersalahkan..nak tunggu tindakan org lain tempoh yg lama .. mengganggu org lain..Dan niat hanya utk memudahkan ..tidak mahu menyusahkan..Entah la...
Sejak kebelakangan ni..byk perkara yg bg aku tidak selesa Dan ingini berlaku. Bulan ni saja..berapa Kali cik Oren berlanggar sana sini..itu punca aku tidak fokus..terlalu Letih ke sana sini kot..nk melanggar motor yang melanggar lampu merah pun 3x dh..hampir2 je..namun Allah masih menahan Dr terus terjadi..kun fa ya kun..itu pertamanya..tidak hanya do situ..mesin basuh rosak..perlu diulang lihat dh mcm mesin manual jadinya..susah kan?? Ya aku rasa terbeban..Fikir lg ni dlm benak hati..dh 2 perkara yg rasanya diri disusahkan..Kejadian terbaru ..Sejak akhir ini langit selalu Menangis semahu mahunya..dengan angin bagai menghembuskan amarahnya..Allahuakbar..terpelanting bumbung genting rumah aku dibuatnya..air menitik di beberapa tempat dlm rumah..paling hebat..tercabut Akar pokok mangga tepi pagar yg sedangnya lebat merimbun buah..yg selama ini tegap berdiri..rebah..ranap pagar rumah..urut dada aku...subhanallah..Dan..bila terjadinya perkara begini..siapa lg dlm fikiran Jika bkn semangat jiwa..khabar di ceritakan..tp jawapan amat mengecewakan. Ya..terus terang aku bgtau aku kecil hati.semangat jiwa ada urusan walimah di kampar..seakan memujuk rasa..Mungkin lepas urusan tersebut mereka ke Mari..Jika tidak..aku Mungkin tidak penting..terasa seperti soal keselamatan diri aku tidak dihiraukan..lepas letak telefon..nangis..sedih..jgn nk kata..klu korang kt tmpt aku pun mesti rasa mcm tu. Ada keterbatasan yg aku mampu lakukan Dan ada yg tidak..Jika kudrat..aku pun x mahu menyusahkan mereka..Jika bkn krn adanya rasa takut sbgai perempuan..aku redahkan sesiapa saja utk segala penyelesaian ini. Aku juga yg di didik utk sentiasa mnjaga keselamatan diri x kira di mana..Dan benteng ini telah myusahkan aku sendiri apabila mereka tiada di saat aku perlukan..terduduk mncari kekuatan Dan jln kluar. Takkan Mungkin yg rebah nk dbiar lama mengganggu kediaman org lain. Aku usahakan sendiri..biar benteng ini sedikit aku langgar..Mungkin mereka baru tersedar yg aku bkn lg si manis 16 yg terlalu perlu diberi perhatian. Semoga segala dipermudahkan. Kalau aku susah..ada org lain lebih susah..munasabah dirinya apa di sini?? Kenapa terjadi begitu byk perkara yg membuatkan aku rasa terbeban..bukan saje dia nk bagi..diam mendalam..kebelakang ini..aku byk merungut..mengadu domba perihal manusia kpd manusia. Tiada hebatnya penyesaian selain DIA..Dan bila aku senang aku lupa Dan leka..nah amik Sikit rasa terbeban..baru akal hati Dan diri nak sebut Dan ingat Allah..


P/s slalu rasa nk demam klu kt opis..Kat rumah ok plak..bolehkah diberi nama demam pejabat??? Cik P pula bila nk jenguk ni..dh lebih hari..pinggang dh 2 mlm Sgt sakit..Dan..tiba2 kewarasan x stabil bila kt makcik pun nk cemburu..haha maafkan sy utk perasaan spotan tu..sy tak Sengaja!!!

*nak jd perempuan kuat.semua pun boleh buat. Mcm powerpuff girl kaler pink!! Klu tak kuat xkan mampu dh 5 thn Kat sini kan..

Monday, June 10, 2013

Suka Lagu ni Dr drama bersiri Luluhnya Sebuah Ikrar..."ikrar kasih" nyanyian taufik batisah..masih x Dpt cari video clip penuh Lagu ni...igt lirik yg ni je..~berdosakah aku...ingin merasa bahagia..walaupun sekelip Cuma..~

p/s..Letih...Tak larat nk meleret pepanjang...

Sunday, June 9, 2013

Aku lembut hati..? Terlalu membiarkan org mengambil kesempatan atas kesempatan yg diberi?? Aku Sudah Cukup dewasa utk menilai Setiap tindak tanduk Dan alasan manusia. Cumanya aku..lebih suka berdiam Dan tersenyum ..seolah tiada kepincangan Dan hilangnya nilai sebuah kepercayaan dlm perhubungan..Tak kira dengan sesiapa pun. Aku tidak suka juga mahu mendengar penjelasan Kerana aku punya alasan aku sendiri..utk apa lagi bila rasa kurang percaya Dan sangsi telah wujud. Biarkan aku terus mendiam dlm..aku akan terus tersenyum..*~ saya bukan si manis 16 yang bisa tersenyum gembira bila menerima gula-gula berwarna warni..

Friday, June 7, 2013

Saya maafkan...
Rahsia Sebuah Perjalanan @Tanyalah Ustazah TV9 - ust Nik Salida..

Thursday, June 6, 2013

Dah mcm jadi trend sekarang..drama bersiri tv mengadaptasi cerita dari novel..dulu ya..aku layan novel..tp sekarang bahan bacaan aku dah beralih...tgk novel yang tebal2 tu mcm menarik nak baca..tp aku tak yakin dapat menghabiskan bacaan sepenuhnya...paling tidak aku terus baca ending..yang aku perasan..sekarang aku selalu ikut siri drama kat tv ni..mcm yg jln cerita dia best mmg aku akan follow..tv3 n tv9 punya cerita bersiri pun tak kurang menariknya ..aku tak langgan astro,,jd layan je apa yg ada...selalunya...ost utk drama drama ni...mesti akan jadi popular dan best la plak...walaupun sebenarnya lagu tersebut adalah lagu lama...
Ini OST dari drama  "Teduhan Kasih " 7.00mlm di TV3 - Hanya Aku...


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]
Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku


p/s - Mencipta memori selagi ada "rasa" dan masa..


Wednesday, June 5, 2013

Alhamdulillah...

Ada org tanya..kenapa tak promot blog ? biar ramai follower.. jawapan aku mudah..aku menulis hanya utk kepuasan diri aku... aku tulis dan aku baca..syokk sendiri hahaha.. utk blog yg lain..aku suka menjadi  "silent reader" ..ada la beberapa blog yg mmg menjadi fav aku dari dulu..sampai sekarang..kecuali kalau dia x tukar add atau hanya memberi kebenaran kepada org tertentu yang boleh mengakses laman blog mereka..mmg setia lah aku hingga hujung nyawa dengan blog mereka..

Seperti yang aku dah bagitau..minggu ini minggu kesibukan..pelajar baru Ahad yang lepas..dan pelajar lama Sabtu ini..walaupun esok hari cuti umum..aku tidak bercuti..perlu ke kampus untuk urusan pendaftaran dan taklimat e-insentif pelajar. Minggu ni agak kalut sbb .."pembantu setia" aku bercuti sehingga tarikh pendaftaran pelajar..tiada kerja persediaan yang dilakukan. Tidak mengapa..Alhamdulillah hampir semua selesai bersama dua yang lain. " Jangan mengharap penghargaan manusia..kamu pasti kecewa berpanjangan" . Masih ingat pesan semangat jiwa..dua pengakhiran manusia..sama ada dia akan beroleh hidayah dan menjadi sebaik manusia..atau sikap seseorang itu akan menjadi lebih teruk akhlaknya..semoga kita dijauhkan dari penyakit hati dan sifat mazmumah..

"Sabar itu cantik..nak cantik kena sabar " ermmm..suka benar plak tag line ni skang.. ulang2 selalu dalam hati sambil tersenyum. Dan..sesungguhnya aku perlu sangat bersabar dalam seminggu ini. Jika selalu perlu ambil masa untuk bersiap waktu mahu keluar...mencalit bedak asas dan sebagainya..tapi utk jangka masa seminggu ini..aku dilarang mencalit sebarang alat kosmetik di muka..owhh sangat mula rasanya mcm tiada keyakinan diri utk berhadapan dengan org ramai. Kena plak dengan waktu kesibukan dan berhadapan dengan ramai org..mmg rasa mulanya sangat menyulitkan bagi aku. Malam pertama..sangat bertekad dan memohon pada Allah semoga apa sekali pun yg aku buat tidaklah utk melawan kekuasan dan kejadian ciptaanNya. Sekadaran utk memperbaiki diri dan keyakinan diri. Hari pertama keluar rumah dengan "muka suci"..bedak muka pun tak boleh nak pakai.. hanya menyakinkan diri..inilah sebenarnya ciptaan Allah yang diberikan kepada aku..tidak dengan berselindung apa sekalipun. Berikan senyuman sebaik mungkin pada org yang disapa..senyuman dibalas mesra..dan sebenarnya inilah rahsianya..kita yang perlu format apa yang ada difikiran kita! tiada pun pandangan pelik atau cela. - (bayangkan ..dengan jerawat yg tiba-tiba naik secara galaknya..masa ini la pula tak boleh pakai sebarang bedak, conseler atau faoundation..mmg rasa muka mcm hantu je ..) Alhamdulillah...urusan utk hari pertama dipermudahkan. Ada beberapa hari lagi perlu di lalui dengan keadaan mcm ni. Harapnya kesan utk hari yg mendatang ni takde yang kronik..risau dan berdebar. Berita gembira..penurunan kepada berat yg asal..yeahhh! happy sangatlah.. Ngee..gigih ye utk tahun ini.. :)

Usai minggu waktu sibuk ni..aku dah berkira-kira ( kira duit!! perlu jugak kan kira menda ni..haha) utk ke sana.. kena ambil cuti sehari..takut rushing sangat..belum sempat pun nak survey apa yg patut..atau kalau dah tak sempat sangat..main redah je la..bukan tak pernah buat pun menda mcm ni. tapi yg penting aku mmg nak naik skyway tu walaupun aku dah penah naik thn lepas..motif aku yelah..nak tgk muka org tu merah sbb gayat!! - kijamm!! - "duit boleh di cari..kasih syg tidak utk di jual beli.." tak tahu lah boleh guna atau tidak pepatah ni lagi..ermmm...

Semalam..panggilan dan cerita dari kakak yg disampaikan pada aku..sedikit membuat aku ketawa. Cuma apa yg aku mahu katakan.. jangan kerana desakan org lain.. aku terpaksa korbankan hidup dan masa depan aku. Aku paham perasaan mereka..tapi tolong paham juga perasaan aku.. :) Dan kakak bagitau..jgn risau...semua pun tak bersetuju dengan usul yg diberikan..! terima kasih utk itu...

p/s - org kata..kalau jerawat tgh naik..kena tido cepat.. tu le sbbnya takleh nak ikut dok dalam poket org tu masa kat site sampai tgh pagi..nanti ..bila jerawat dah hilang kita selalu ikut balik ye..

Tuesday, June 4, 2013

Ya Allah...betul ke apa yg aku buat ni... :'(

Sunday, June 2, 2013

Sangat Letih dh tersangat sangat lah Sgt..x tau mcm mana sgtnya lagi..hari ini sedari pagi mguruskan pendaftaran pelajar baru..non-stop Dr pg sampai akhirnya..Dan di dlm Hujan ..berpayung..senyuman Dan memberikan kunci bilik..Kalau kaunter siswi ada pertukaran staf..Kami tiada..hasilnya sekarang..kepala Sgt sakit..badan panas sejuk..klau lah ada stam roll pembuat jln tu..serasa mesti best klau Dpt gelek dgn pengelek kt blakang badan ni..pastu ada bunyik krukkk...krukkk...krekkk...Wahh bestnya..masih di kampus memantau kualiti makanan ..sy mahu pulang cepattt...tidak berdaya lg rasanya..

Saturday, June 1, 2013

Apa yg aku tulis adalah pemahaman isi hati aku sendiri dengan cara aku..mungkin apa yg kalian Paham tidak seperti maksud sbnar yg aku hasratkan..Kerana aku menulis utk diri aku..Bkn utk org lain. Di sini juga tiada maksud terus tetapi kata kias bermaksud..aku dgn cara aku..selesa aku..~ aku Bkn si manis 16 yg bisa tersenyum bila diberi gula gula warna warni - alasan yg dberi Bkn diterima sebulatnya .. begitu adanya..
- Alhamdulillah..segala urusan smlm dan hari ni dipermudahkan...barakallah...semoga terus dipermudahkan..ribat berpanjangan..hingga hujung nyawa..manis..manis sungguh bila kamu begitu..jika sygkan dirinya sepenuhnya..teruskan dengan manis begitu..auratmu tanggungjawabnya..bantu dia utk meringankan tanggungjawabnya disana.."seorang isteri boleh ke syurga tanpa suaminya..tetapi..suami tidak akan ke syurga jika dia gagal mendidik isteri dan amanahnya" beratkan tugas al rijal ini..alhamdulillah ...permintaan kamu telah aku penuhi..

- Ada perkara yg akan membuat aku tersenyum manis walaupun hakikatnya tidak. Terima kasih utk menjaga  hati..sekalipun hakikat benar duduk perkaranya tidak seperti itu..ya aku bukan si manis 16 yg bisa tersenyum  kerana menerima gula-gula berwarna warni..tidak mengapa la..aku suka utk terus mendiam dan tersenyum. kadang tertanya juga..kenapa ya perlu begitu??  lucu dan gelihati... dan..aku tetapkan di dalam hati bahawasanya..selepas ini segalanya akan berubah..tiada seperti selalu...

- rehat utk perjalanan panjang...semoga selamat hendaknya...