Saturday, February 28, 2009

Sepi


Ligat kipas siling berpusing..ligat lagi otak aku berputar, menerawang terawang-awang. Memandang kosong, sekosong jiwa aku. Entah apa yang aku fikirkan pun aku x pasti. Berlegar ke ruang tamu..aku memandang peti televisyen dengan tiada rasa. Berbaring di atas tilam kekabu petak yang aku beli di padang besar. Menekan2 alat kawalan jauh. Mencari siaran atau program yang menarik..hambar. Aku berlalu ke dapur. Tersandar di sudut meja makan. Perut terasa kosong tetapi tiada selera menelan. Seperti biasa, televisyen aku biarkan terpasang, sementelah aku beredar ke kamar. Telentang..menerawang. Aku mengawal perasaan melihat kelibat ayah berlalu pergi meninggalkan aku petang tadi. Aku nampak ayah melambai tangan. Aku sambut lambaiannya sambil lekas2 menutup pintu kaca rumah. Dan...aku ditinggalkan keseorangan lagi..begitulah setiap kali aku membalas lambaian tangan mereka. Perasaan ini pasti hadir. Tanpa aku sedar..aku menangis sendiri.. aku begitu SEPI..jauh terbuang di sini. Semalam ayah sudah berkira-kira mahu pulang setelah usai urusan di firma guaman, tapi ku tahan..alasan aku kebosanan sendirian. Aku tak pasti sama ada ayah kesan riak sayu di hati aku. Aku tak mengerti mengapa perasaan aku semakin hari semakin rapuh dengan kesepian ini. Aku semakin tidak mampu bertahan lagi. Apa lagi menjelang hari minggu. Dan..perasaan itu bertandang..tanpa sedar aku menangis. Perasaan sebak, terharu pasti menjengah bila melihat kawan-kawan bahagia girang dan tertawa bersama keluarga. Aku?? sampai bila?? Aku sendiri tidak pasti.....

Hari Pertama

Hari pertama aku cuba membangunkan sendiri laman blog ini..kerana apa? kerana aku sepi sendiri..bermacam-macam template code telah aku cari bg mencorak blog ini tapi aku x berjaya..hampa!