Monday, May 31, 2010

Bila Merajuk..

Bila merajuk..? siapa yang merajuk...? ermm...tak kisahlah..selagi yg hidup..kalau kita x bagi perhatian mmg akan memberontak..dan merajuk..aku merajuk ke? bkn..aku tak merajuk..tp badan aku ni ha..dah memberontak..dah 2 minggu tak cukup rehat..sangatlah bergetaran sana dan sini..seminggu asik rasa nak demam..muka jadi panas..pastu sejuk . Badan lenguh2..aku ni suke melawan..melawan la seadanya tanpa memakan sebarang ubat-ubatan..hahaha..hari ni..sungguhlah tidak tertahan rasanya..kepala berdenyut2..otak pun mau demam ni kot..nak kena wat dokumen tender ni..aiyark..letak tepi dulu lah..xleh nak pk dgn baik..sbb dah jenuh pk 2 hari ni ngan menda2 yg x munasabah..!

Sunday, May 30, 2010

Menghargai..

Lama tertunda dengan komitmen masing-masing. 29/5/2010 semuanya realiti. Sangat menghargai kesungguhan dalam ribat ini. Terlalu saya rasa tersentuh. Terlalu sayang makin mendalam..ya terlalu..! perkara yang remeh yang berlaku harapnya kita mampu tolak ke tepi. Bimbing saya jika terlalu hanyut dek kerenah manusia yang mengelirukan. Terlalu mengharap dan berdoa ribat ini hingga ke penghujung nyawa...


*p/s - hari ni nak gerak balik ipoh hantar mak then terus ke Sp..doakan perjalanan dilindungi. Rindu sangat2 kat dia..terlalu dan terlalu sayang..!!

Friday, May 28, 2010

Bengang!!

Semalam aku tak bengang sgt..tapi tetiba hari ni aku jd bengang..kadang2 org yg kita percaya mmg langsung2 tidak boleh dipercayai..dah masuk blog aku..baca..diam-diam duduk boleh..jgn la nak bawak sana sini apa yg aku tulis..apa yg aku tulis takde kaitan pun ngan hidup korunk..tak payah nak quote2 pastu kacau hidup org lain..ini kisah aku..kisah yang lepas..telah lepas..aku x usik pon perihal korunk!! Tu sbb aku tetiba "rasa" mau tutup blog aku..hanya org2 tertentu je yg boleh access..kecualiiiii....org2 ni jugak yg buat TAIK ngan aku..apa motif???? Aku cukup x suke..kalau hal aku..korunk2 yg takde bau2 langsung nak sibuk2 dan kacau hidup org2 yg penah dkt dgn aku..sbb apa?? sbb aku tanak ada masalah..bagi aku..biar seteruk mana menerima..aku mahu terus berdamai..dan alhamdulillah..damai...tak payah nak sibuk2 BODOHHHHHH!!

Wednesday, May 26, 2010

4.5.3

Erkk..aku dah nak kena g taklimat pengurusan audit fail ni..arghh terkocoh2 aku dibuatnya...baru tau kena g..okla..cukup nak bagi tau..yg..4.5.3 !!!

Tuesday, May 25, 2010

Yang Terindah..

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Aku takde cerita sebenarnya hari ni nak share dgn uols..keja pun macam da reda sikit lepas audit dan pendaftaran Pre-Law. Nak selesaikan sikit lagi kerja-kerja menganalisa maklumbalas pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan. Dari pagi tadi iols dok layan lagu "Yang Terindah - Dakmie" yang tgh meletup2 dek kerana drama AdaMaya tu..mmg ku ulang2 aje lagu ni sampai kembang telinga..haaihhh (*cuba bayangkan bagaimanakah rupanya telinga yg kembang! hihi- dalam kembang2 telinga..heaven plak je rasanya!!)
Cumanya aku saje la..tetiba mood miang2 keladi nak paham2 kan lirik2 atas tu..hihi. Macam dlm lirik tu dia cite pasal seseorang yg hadir dalam kehidupan dia. dan bla..bla..lalu jatuh cinta...wakakak tetiba malas plak nak hurai..cuma bila kat baris2 kata ni yang wat aku minat --> Maaf jikaku tidak sempurna Tika bahagia mula menjelma Bila keyakinan datang merasa Kasih disalut dengan kejujuran. Sebab apa aku minat baris2 ayat tu..wahahaha td aku ada idea nak nulis..tetiba hilang plak..boleh tak aku kata..sbb aku suka laa..arghhh..blur plak seketika.
Dah..dah..malas sudahnya! walawahhhhhhhh..kebuntutan fikiran..pape pun baris2 itu memaksudkan apa yang aku rasa..! Opsss..aku bkn dilamun dan dilanda gelora cinta yang nan membara..cukupppp. Bukan lagi masanya nak begitu-gituan. Aku tipu?? suka hati mak enon la nak tipu ke apa..perasaan aku..rasa aku..aku punya pasal lah?? Aku mahu hikmah "rasa2 indah" itu lepas semua2nya lahh..wahhhhhhh voleh ke?? tak rasa memberontak kee?? wakakakakkakaka! cuber..cuber!! Apa tak paham ??? Lantak korang la ..aku jer paham..AWAK paham takk??? hihi..
*p/s - catatan di atas adalah dialog bercakap seorang diri tanpa segan dan silunya..hihi kalau rasa tak paham hentikan pembacaan
anda..nanti mesti akan terkeluar ayat " ee..apa dia tulis ni..tak pahamm..tak pahammm..wakakakaka!!!
- MARI KITA DOA SA-SAMA

~"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".~

Monday, May 24, 2010

Dari kotak email - Hargai ia sebelum terlewat..

mungkin boleh di kongsi sama..entah..akhir2 ni asik dpt email gini je..


Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ... Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau merusak kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?
Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab
" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal
"...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA


*p/s keduanya perlu..bkan hanya menerima..tapi harus saling memberi dan menerima!

Sunday, May 23, 2010

Takde tajuk..takde idea..cumanya aku senang rasa sejak2 ni..sebab apa? entah..!! Aku cuma dapat membenarkan dalam hati..setiap kata yang aku terima..ya..aku juga seperti itu. Aku mahu semua ini terus terjaga..mampukah? errmm...entahnya..

*****************************************************************************

" Kena pegi dah!" ermm..
perkara yang perlu diterima..dan di fahami..selalu menunggu..dan menunggu..tidak nyenyak..!
" simpanlah rasa itu bila tiba waktunya..ia akan berlaku" errmmm..sedihnya tiba2..!
"jgn berumah di tepi pantai jika tidak mahu dilandai badai" - keputusan aku sendiri.

*******************************************************************************

Momennya indah sekali..cukup terasa!
Begini..tiba2 hilang..senyap dan sunyi..sepi...
Namun tiba2..." terlalu kuat di ingatan..!" - "arghh begitu juga aku"
Sungguh..."rasa" itu begitu menyenangkan..!!

*******************************************************************************



*p/s - faham tak..? aku je yg paham..sbb ayat2 tu mmg mcm ayat keling paria kan..wakakakakaka!

Saturday, May 22, 2010

Bahagia..melihat mereka bahagia...









* hermmm..wat pasangan purple ini..moga kalian bahgia..err..anak saya lagi comel kot nanti..hihiihi!



Bangun pagi ..lepas ngemas2..aku godek2 FB..satu2 page kawan sekolah aku terjah..seronok..melihat potret2 bahagia ceria mereka..waahhh..kebanyakan mereka sudah berkeluarga dan punya cahaya mata..suke..suke aku melihatnya! nahh..aku upload sebahagian drnya..tak larat la nak upload semua..byk wehh kawan2 aku yang dah berkembang dengan jayanya..!sejuk je mata memandang..akuu???



*p/s - moga bahagia juga bersama aku! emo sudah..aiyok!! itu purple2 aiyokk!! syuhh..syuhh..g jejauh!

Friday, May 21, 2010

Copy PasTe

Aku tertarik..lantas..copy dan paste..

Konflik Uda dan Dara

Uda dan Dara berkenalan, tertarik sesama mereka dan kemudian bercinta. Pastinya sewaktu dilamun cinta, banyak kejadian menarik berlaku.

Makan, bersiar dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Perpisahan sesaat, satu penyeksaan teramat.

Namun apabila terjadi perselisihan faham, krisis, Uda dan Dara, baran lalu hilang arah tujuan, janggal tindakan.

Perhubungan romantik tercemar. Tiada lagi makan, bersiar dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Sewaktu bercinta phrasa ‘I love you’ sentiasa bermain di bibir. Sebelum matahari terbit, pantas Uda menghubungi Dara.

“Good morning sayang,” katanya.

Bersemangat Dara memulakan hidupnya hari itu, semangat dihembuskan Uda.

Apabila berselisih faham tiada lagi cinta, terbang sudah sayang.

“I hate you!,” ujar Uda.

“I hate you too, three, four, five!” balas Dara.

Mereka bergaduh bak budak hingusan.

"Go to hell!"

Kata mereka, biarpun saya percaya keduanya pasti ingin dimasukkan ke syurga.

Jika Uda bertemu Dara dalam keadaan baik. Mengapa mereka tidak mampu berpisah dalam keadaan sama?

Malah bukan Uda dan Dara sahaja, ramai lagi bertindak sebegitu
.


*p/s - sumber -->http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/02/krisis-uda-dan-dara.html
- tidak mahu begitu dan begini..:) takmo cinta2 leh tak..hahaha..

Wednesday, May 19, 2010

Pergi Jauh Sayang..BUang Jauh Kenangan..

Apa lagi..harus aku dipersalahkan dalam ribat yang telah lalu..aku sesungguhnya ya..ambil keputusan untuk terus meleraikan ikatan yang bagi aku hanya di sebelah pihak. Apa yang kau harapkan dari aku? Hanya berharap agar aku terus mengerti sementelah kau sendiri tidak mahu mengerti..mengharap aku pertahankan ribat..hanya untuk sesuatu yang kabur??? Merancang dalam sendiri..di mana aku kau letakkan??? Apa layaknya aku kalau kau sisih dengan keputusan kau sendiri..cukup aku sesak dengan segala bagai perkara yang telah sedia ada. Remeh tapi di renyahkan lagi! Kau seolah bermain tarik tali..cukup...dan sekarang..aku mahu duduk diri selesa. Mengambil teladan dari ribat yang lepas..semahunya aku..tidak mahu terus-terusan tenggelam. Terlanjur lafaz dan kata..kerugian.. tp apa daya aku..manusia biasa!Kata org memberi lebih baik dari menerima..namun dalam ribat..harus sama memberi dan menerima..mampukah aku?? Terlalu banyak persoalan kan..diam..mendiam..dan terus bersabar dengan imtihan ini..Ya Rabb..bantu aku..!




*p/s - masih teringat-ingat pesan sahabat..Tuhan menunggu kamu..menunggu kamu meminta dan memohon kepadaNYa..!!!

Sejuk hati..

layan-layan klip video..tgk klip ni..sejuk hati aku..pesanan semat dan simpan dalam hati..


Monday, May 17, 2010

Nasihat dari kotak email ..

saje nak berkongsi..


Terimalah kekurangan Suami seadanya

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?
Lalu saya bertanya,
Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.
Lalu saya perjelaskan,
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?
Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.
Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?
Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.
Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.
Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".

--
Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

*'p/s - menda2 ni bukan aku tulis tp dpt dlm kotak email rasmi aku. Bila aku baca wat aku fikir banyak2..jgn terlalu mengimpikan..tp laksanakan..segalanya dtg dr diri kita sendiri!



Nervous..

Selagi tak selesai..hati aku berdebar-debar je uols..! ha..nape?? kan arini ngan esok audit..kita mmg ske nebes..susah mau kontrol..hihihi. rileks..haa..smlm pun tetiba je aku jadi nebes uols..masa tu aku sedang lepak2 kat room..layan kenkawan..baru bangun tido..badan letih..uterus tak sihat..adalah aku tertypo satu menda ni..okla.untuk pertama.kedua.ketiga dan keberapa kalinya dipersendakan. Aku tak kisah. Tetiba..bila keluar je word dari jari si dia tu..aku tiba-tiba jadi begitu nebes dan hangin satu badan. Gigil gak la aku nak kontrol emosi masa tu. Lepas tu keluar lagi word..aku dengan tanpa pikir banyak2..sedas dua das aku tembak guna font kaler merah nala punya kat room..nasib la font takde yang saiz 80..kalau tak..mahu juga aku guna!..seingat aku..inilah pertama kali dlm hidup aku..selama aku berym ni..aku melempiaskan kemarahan aku dalam room sampai semua org tarik aku ketepi..cewahh..! wakakaka. Suh aku cool..duduk tepi dulu.. Yeahh..aku duk tepi tp aku mcm tetiba rasa kelakar ngan tindakan aku. haihh apa la aku ni..! Aku kalau marah kejap je..pastu aku ok balik..dah ketawa2 ngan sorang dua member..aku masuk room semula. Aku bagitau kat sorang sis ni.."org mcm malu ar nak join room" pastu sis tu kata "wat bodo je" hihihi.. aku pon wat bodo je la join balik..:)


*p/s - pada org yang aku marah smlm tu..aku minta maaf..walaupun aku tau ko tak baca apa aku tulis ni..aku ni mendiam dalam..!
senda ada tahap dan batasannya..
teringat-teringat mode aka rindu..hihihi!

*p/s - sambil berlari gedek2..lalalalalaa

Sunday, May 16, 2010

Esok..pengauditan akan bermula..aku berdoa dan berharap prosedur2 yang dikemukan diterima..dan tiada masalah. Aku juga memohon kesihatan yang baik..dilapangkan fikiran dan tenang sepanjang pengauditan berjalan..tiada penemuan2 dan akhiirnya audit bersih!! Aminnnnnnnnnnnnnnnnn..

*p/s - dinding2 uterus sedang meruntuh dgn hebatnya!! pesal ha..heran ni heran..:

Menjaga Hati..

Apa yang aku tahu dengan menjaga hati...? Ermm..perilaku..tindakan..lisan..atau apa saja yang tidak akan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..yang berhubungan dengan kita..tak kira la..jauh ke dekat..rapat ke tidak..terlalu luas..asalkan wujudnya satu perhubungan ..sangat luas ..! Apa perlunya..? Supaya keadaan harmoni tanpa ada sebarang singkuhan rasa yang tidak damai..:) Harapnya aku mampu terus-terus menjaga hati-hati disekeliling aku..! Yang terbaik harus mula dari diri kita sendiri..!






*p/s - Hari ni bz sangat2 bz..sehari je diberi kesempatan mengadu padaNYa...hari ni kembali tenattt...wuarghhhh harus mood pon sengal je..! sakit!! period pain lagi..dan..lagi..!!!
- Owh ya..SELAMAT HARI GURU..terima kasih pd ex student Sek.Men Tasek Damai yg masih meletakkan aku sbgai cikgu di hati mereka.
- silenty broken..!! voleh?? (pujuk2 hati..jgn begini boleh tak?? tampo kang..mengada sgt!!)

Saturday, May 15, 2010

Berlapang Dada..

Resah melihat telatah dan sikapnya. Riak gayanya berbeza. Aku begitu terkesan. Bukan kerana mahu di endahnya..tp resah mengapa dia begitu. Apa kusut difikirnya. Tidak mahu dia terus-terusan dibelenggu ketidakstabilan emosi. Aku tidak mampu membantu..kecewa!! Tidak mengerti..tiada perkongsian..biarkan dia..untuk bersendiri. Awak amik masa awak yer..Tak boleh tido aku noks..mata pedih..asik terjaga2 je..last2 bangun pukul 5..Alhamdulillah..boleh solat. Lapang dada rasanya...ada tempat mengadu..Takde keja..godek2 youtube..dengar lagu..tgk movie..pastu..tetiba rasa mcm gedik2 nak upload sedutan drama Nur Kasih ni ..hihihi..layan..!


Friday, May 14, 2010

Kehidupan menduga..

Kadang-kala aku selalu rasa..apa penyudahnya..dan selalu merasa..betapa sukarnya perjalanan hidup aku. Dari seawal lagi..dalam setiap perkara..bila aku kuat..aku melawan segala. Bila aku mula melemah..melerai airmata. Dulu aku kuat..aku dapat rasa memang bezanya aku dulu dan kini. Sekarang aku makin rasa hati aku merosak merabak menanah dengan nista dosa. Aku begitu kusut. Kematangan dalam tindakan hilang..hanya kebodohan diri yang mampir. Jiwa kosong. Rasa tidak bertuhan. Gemerap berderai aje aku ni kalau di campak ke dalam gaung! Betapa banyak hati-hati yang terluka sebenarnya. Sungguh ..aku keraskan hati..demi apa?? demi perjalanan kehidupan yang aku sendiri kabur. Aku cuma menongkah melangkah dalam kesamaran. Ada pimpinan yang mahu membantu aku tolak ke tepi..penyudahnya..aku kini..terus begini. Masih tercari dan serabut dalam pencarian yang aku sendiri tidak tahu apa destinasinya. Mak..maafkan aku..Abah..maafkan aku..ya..kalian gusar. Selalu lirik mata mereka aku kesan. Melirik pada setiap tindakan aku..perbuatan aku. Namun..aku masih bersikap bersahaja. Menutup kusutnya jiwa. Melindung rawannya rasa. Melawan hakikat sebenar hidup aku yang serba menanggung penyesalan dan kekesalan dalam diri. Arghh..mungkin ini balasan tuhan..Setiap hari..aku jalanan hidup dengan tanda tanya..apakah seterusnya ujian yang mendatang. Moga khifarat ini mampu menebus segalanya..!


*p/s -Allah tak akan uji kita kalau dia tak sayang kita..

Kunci..

Aku ambil keputusan hanya untuk bersendiri di blog ini buat sementara waktu..supaya tidak ada yang muntah hijau nanti mereka yang membaca..corat coret luahan rasa aku yang mentel ini..:) bersendiri..hanya utk aku ..

Jangan Begitu..

Bila aku telah dipahami..diterangkan..sepatutnya aku harus mengerti..keadaan dan situasi.Kerana aku sendiri telah menyakini hati..aku akan melalui satu perjalanan ribat yang terlalu menguji kesabaran hati dan diri. Kenapa harus aku melatah berkali-kali. Terlalu sesal atas kelemahan diri mengawal tindakan hati tanpa berpandukan akal. Aku sendiri yang mengambil risiko..dan sepatutnya tidak begitu dan begini. Kerana perkara itu dia gagal berkali-kali dalam setiap hubungannya..! Kerana perkara itu dia gagal melunasi segala janji-janji dan harapannya..Mengapa aku masih menahan diri agar terus di sini? Kerana ribat ini terlihat begitu jujur dan berterus terang..telus bagi aku sendiri..tp bagi dirinya..mungkin masih terduga. Seperti katanya..aku berhak rasa begitu kerana semuanya masih berlaku di "sini". Doakan kesabaran ini terus menebal..Hanya asa "rasa" yang membenarkan semua ini berada dalam diri aku..dan bagi dia..segalanya atas usaha dan daya kita selagi mana kita berkehendakkan..aku akan cuba terus memahami selagi mana ada "rasa" itu...cumanya..aku hanya seorang perempuan biasa yg punya sedikit bisikan2 suara yg mampu mengoyah diri...:)


*p/s - masa itu emas!!
maafkan aku..

Wednesday, May 12, 2010

Suatu waktu dahulu..

Kalau dulu..seawal pagi..ada alarmnya sendiri..kejutkan solat subuh..usai selesai segala bagai..selang beberapa jam..ada pula yang mengingatkan tentang perut yang sudah berisi atau belum..bukan hanya pagi..malah tiap2 waktu..hingga aku sendiri muak nak mengisi perut..wakakakaka!
Kalau dulu...sakitnya aku ada yang akan bergegas risau dan bimbang..jelas sekali! arghh aku masih boleh bertahan..tidak perlu terlalu begitu..
Kalau dulu..kemahuan diluar keterbatasan sanggup dipenuhi..walau aku sengaja menguji..terasa bangganya diri..jahatkan!..
Kalau dulu..teman malam ku kata2 luahan mengatakan betapalah aku yang bertahta..hingga ke pagi...!huhuhuuuuu!
Tapi itu semua dulu..hingga aku terlalu dimanjai..ya..terlalu..!!

Kini..segalanya hilang...! pergi dan terus menjauh..aku semakin dewasa dgn segala-galanya. Belajar supaya tegar ..belajar supaya tidak begitu dan begini..belajar utk menghargai..dan yang penting..belajar untuk bersendiri...


*p/s - wahaa..apa yg aku tulis ni haa..aku pun tak paham ..apa sebenarnya! wakakakaka

Tuesday, May 11, 2010

email dr kawan..

1) salam,
**** aku rodek2 pendrive nk padam sbb dh ful sgt tetiba nmpk pic ni...kenangan wat kek ngan hg...........hg simpan tau.........best kan...dh lama aku xtry wat...resepipn aku simpan tp xsure simpan kt mna.....


*reply
wsalam..
wakakakakka..alamak kelakar la..seksi plak tu..nampak lutut! tu yg sedap kek tu..hihihi...ha'a kenangan..tak akan berulang..hang sihat ke? dah bape bln dah pregnant..sket lagi aku boleh la main ngan anak hang..hihi..aku la ni tgh bz nak audit ni..haihh penin pala


2)
km xkena kot audit tu........gpn audit negeri dh ada nih.........tgh berbincang ngn depala........hehe mna hg tau aku pregnan........mggu ni masuk 4bulan...perut aku xnampak lg.......aku xlarat sbb tu selalu cuti...nipn wt kje sat tido sat.....esok nak g s.alam - khamis...laki aku temankan xlarat p ngn driver uitm sbb malam aku selalu nk pitam...thun depan la kot klo hg nak main,hehe aku due 30.10......pastu xtaula cmner...org ngasuh xcari lg...laki akupn xtetap g kt sni..klo dh o.k sume dia dok sana balik kot...dia terpaksa kje dlu kt sni smentara aku tgh xsihat.....mggu lps aku balik kmpg sorg2 dia balik amik keta..last2 aku nk drive balik sni balik xboleh...dia p amik kt kmpg ngn kwn dia...hg nak tau tak depa kt ofis dok tnya aku smpai bila nk dok asing...aku xckp pn yg dh dok skali...hgpn keep a secret dlu tau.....aku malas t depa byk tnya..aku ckp sblm posa kot mai cr kje sni.....
hg bila lg nk kwin sume dh lengkap...dh nk confirm dh......fiza kta dia dh wat surat pengesahan......aku xwatpn lg..


*reply
Tau ang preggy sbb nampak badan berisi sket..ihihi jgn marah tau...cumil2 gitu..bestnyaa..jaga sihatan diri tau..dun worry x cite la...kalau dia da ok keja sini nape mahu tukar sana balik..pasal pengasuh tu jgn le runsing..ada je nanti..aku skang pon duk umah je..malas berkisah sana sini..rehat2 byk keja..selalu dgr aku melalak ke..hihi sori..sunyi kan sensorang..:)) Opss..soal jodoh tu..ang kena doakan aku lah ..bkn senang kan ina kan..soal ni semua..satu keputusan yang sgt besar dlm hidup..masa skang lum dtg lagi..hihi takpe..:) doa tau! amin..pasal confirm tgh tunggu shah alam meeting..ang jgn tunggu diam je..kcau2 sket..


3)
nmpk ek berisi...........tp berat aku turun n nurse isau...smlm g cek turun lg.......darah aku dh ok xtggu dah.......hg tggi lg ke......skangni aku mls nk fkir sgt2 psl kje jd tension so turun la skit..........aku maybe lepas confirm bru wt surat pindah kot tp klo da kosong kt perak terus aply la.....lgpn laki aku byk kje kt sna n ok skit dr sni..sni dia belasahje asalkan ada kje.....aku dh survey kt kmpg gjah adala kosg tp dia xbg plak kt situ sunyi.......
aku tgk kt portal smlm da panggilan temuduga yg aku mintak PB tu..tp xtaula bila...mcm malas gk post tu mcm susah......depa suh p...xsangka aku lus exam aritu...jwb xabispn cz aku dh pening2..matematik xlarat nk kira...dlm 40 soalan gkla aku hentamje...mybe rmai yg kantoi pe......
aku fkir klo dpt PB kena pindah lg....so aku xyah aply nk pindah g..tggu confirm or kot2 dpt tawaran kje lain dlm ms nih...klo yg skangpn aku xkisah jnji xpening2 dh....baru nk serasi ngn kje...psl org lantakla slalu xpuas ati kdg2...ye tak?
xpe t da la jdoh hg tu..aku dok tggu gk hg jemput kenduri,hehehe......pepn hg kena jga kesihatan elok2 t kwin takut jd mcm2 plak.....yg PKA shima tu hg taukan dia kena minor strok...n mybe akan berhenti terus . sian gk dia.....kwin xsmpai sebulan dok tension sgt agknyer bangun2 jd cmtu......so hg jgn fkir sgt skang mcm2 penyakit...kurangkan maggie n air gas...dia mkn magie mlm sebelum jd tu...lepas mkn dia jd xsihat nk pitam n tido..bangun bg dh strok.......so hg hati2 n jga pemakanan n tenangkan fkiran.....


*reply.
Aku sentiasa doakan yg terbaik utk ang..walau kita x duk sekali dah..walau aku kurang2 nak tegur..tp aku syg ang..hihihii...cara aku mmg cam gitu..ehh..tak tau la plak pasai Shima..gegege takutnya...kesian..moga dia cepat sembuh..thanks..nasihat2 aku..syg jugak rupanya ! hihi..k ina...selamat berkursus!



*p/s - arghhh tetiba emo..sayu..dan rindu!!

Monday, May 10, 2010

Mengeluh...

Tak baik mengeluh kan...minggu2 ini aku rasa aku byk sangat mengeluh..haaaihhhhh...mengeluh pasal kerja..mengeluh pasal mcm2 pasal. Sesungguhnya minggu ni aku sesak waktu..semua nak kena buat..Eeeee..aku tetiba plak sakit dada arr...pastu dgr plak org bebel2 merepek2 kat vc..mcm eeee..eee mcm entah hape2..wakakakaka malas la nak menaip lagi..pala penin..rasa nak muntah2 plak..pastu terbayang2 plak dokumen2 kat opis..hishhhhhhhhh..!



*p/s - Ngantuknya mata...ZzzZzzzzZz

Saturday, May 8, 2010

* Sabtu..8 Mei 2010..Selamat hari ibu..syg mak sampai akhir nyawa..! Mahu jd hati seperti mak...kental dan tabah walau berat dugaan yg diberi..!

*Salah akukah bila aku leraikan apa yg selama ini tergantung begitu saja. Salah akukah bila tanda tanya - tanda tanya harapan itu aku buang satu persatu..setelah sekian lama di biarkan bergelentanyang di segenap fikiran minda. Masihkan beban hukumnya di jemala aku. Bkn sengaja menimbul gundah di hatinya..bukan..aku bukan begitu. Maaf ia perlu berhenti hanya di sini. Tak perlu kau ingatkan aku lagi ttg kisah perjalanan panjang kita. Aku harus mengorak sendiri perjalanan yg terlalu panjang tanpa arah aku sendiri. Aku nokhtah keputusan di situ..DIA DIHATi!

* Terlalu kadang memikir sukarnya laluan di hadapan sana. Bila tergenggam..dengan mudah gelincir..namun tidak mahu segera lepas..sesakkan hati..kusutkan fikiran..! KAMU..bantu aku keluar dr perangkap ini!!

* Masih lagi berharap...? hakikatnya manusia..dlm kehidupan perlu ada harapan..bagi aku..tidak besar harapan yang aku bentangkan..cukup sekadar memberi yg terbaik. Mahu segalanya datang dr aku sendiri..aku tidak mahu yg tinggi2 melangit. Aku mahu nyata dan kebenaran.



*p/s - susunkan langkah yg pincang. kelemahan diri bkn alasan tp jalan utk terus mengubah dan berubah. takuutt?? ye aku takut..! Sesuatu yg baik mmg ada ujiannya!!

Thursday, May 6, 2010


Rindu..??

Rindu ke?? aku ke yang rindu atau korang yang rindu? Seminggu tak update..pasalnya aku balik ipoh..Makan besarrrrrrrrr! Alhamdulillah selesai dan selamat..amin..amin Ya Rabb..Bila lama-lama tinggalkan blog nak mula balik slow la amat. Jari dikeyboard..mata memandang skrin..tapinya hanyalah memandang..tak wat pape..hahaha last2nya menung..haihh apa nak taip ni..sengal tak sengalnya aku..

3.30 petang
Berkuatkuasa 1 Mei 2010, bagi negeri yang hari minggu jatuh pada hari Jumaat akan mula menggunakan waktu kerja berperingkat yg baru..Bagi aku WP2 ni hari khamis akan tamat kerja jam 3.30pm..Aha..seronok bkn kepalang..sbbnya..lepas kerja aku boleh pecut balik ipoh..waahh heavennya rasa..! Lebih kerap la aku balik Ipoh agaknya.. Nak wat ape menung cakap ngan dinding sensorang kat sini..kalau ada family lain lah kan..nak kuar foya2 ngan teman2 pon dah bkn masa aku lagi. Dekat sini..aku hanya ada kawan2 pejabat sahaja. RAta2 dah berkeluarga..so tidak la sesuai..aku tersangatlah sunyii sebenarnya di sini !!! (ayat emo)

Sabar
Dalam konteks tasauf murni sabar ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah-gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidakselesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini. Besar sangat hikmah sabar ni sebenarnya. Cuma bergantung pada diri sendiri saja. Mampu atau tidak untuk bertahan.
*Dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa.(Surah al-Baqarah: 177)*

3 Mei 2010
Sesuatu yang perlu diingati..mungkin sampai akhir hayat..insyaAllah..! Sesuatu perkara tidak dimulai dengan mudah..Tuhan..permudahkan urusan kami..Amin!


*p/s ini baru suatu permulaan perjalanan yang panjang.. Masih terlalu panjang perjalanan yang harus ditempuh..tanpa sabar..tanpa yakin..perjalanan ini akan terhenti begitu saja..sayang!