Saturday, February 25, 2012

Allah..Allah..Allah..ya Allah..





Sangat membenarkan dalam hati kalimah itu..terlalu rasa disembuhkan dengan menyebut kalimah itu..sambil berlinang airmata..sayu..namun ada rasa "kekuatan" menyubur hati yang lemah..alhamdulillah..tepat jam 7 mlm aku sampai di "rumahku duniaku". Perjalanan lancar..cuma bila melewati kawasan Juru..hujan sedikit lebat melewatkan perjalanan aku. Tekanan minyak dilonggarkan..aku tidak mahu ambil risiko..Aku masih sayangkan diri..masih ingat insan tersayang..masih ada semangat jiwa..yang tentunya tidak mahu sebarang mala petaka berlaku atas kecuaian diri aku sendiri..sepanjang perjalanan..bermacam-macam yang dtg dalam fikiran....ahhh..indahnya berangan..:) bila rasa diri semakin hanyut dan leka dalam khayalan..Ya Allah..tak sedar sedang memandu..haha..perjalanan diteruskan tenang..melewati kehijauan indah bumi tuhan..dan..dalam sunyi memandu sendiri..dtg pula ingatan yang membuat hati terlalu sakit membekam..tak sedar airmata deras mengalir..untuk apa airmata ini? Banyak sebenarnya perkara yang menyebabkan airmata ini mengalir..pertama kerana kerinduan yang teramat sangat kepadaNYA. terlalu lama aku pendam rasa yang membukam dalam hati ni..sebenarnya kesempatan bersendiri ini byk peluang utk aku mendekat..cuma aku yang tidak pandai menggunakan peluang dan ruang yg ada..YA ALLAH..aku perlu seseorang yang mampu mendekatkan rindu aku PADAMU..kedua...aku memikirkan semangat jiwa .. dia tidak sihat..kesihatannya tidak stabil akhir-akhir kembali dari tanah suci..Ya Allah...sembuhkan semangat jiwaku sepenuhnya..aku tak mampu melihat insan semulianya menerima ujian seperti ini..satu kan hati-hati kami..bahagiakan hati-hati kami..lapangkan jiwa semangat jiwa aku..aku bahtera terus dilayari dengan penuh harmoni. Ketiga..kegusaran yang dinyatakan semalam..aku tidak mampu mengungkai kegusaran itu..maafkan aku...keempat...kekuatan hati yang selalu goyah. Terasa kebodohan diri di situ. Bila Akal berfikir secara rasional..kata hati tewas dengan pujangga yang dijual beli..arghh setannya rasa itu. Lagi menjauh..lagi dikejar..apa mahunya..jangan menyiksa..ya..mungkin ia satu permainan yang menyeronokkan..tapi bukan utk semua. Lagak seperti tiada apa yang berlaku walau hakikat sebenar terlalu sakit. Api yang dulunya kecil menjadi marak menyala...akhirnya nekad..jgn berganjak..ia akan pulih seperti sediakala..

Cukuplah..perlu rehat..

Sunday, February 5, 2012

salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul..

Sepenuh-penuhnya sanjungan buat Rasul Tercinta..kami merinduimu..

Wednesday, February 1, 2012

Indahkah..?

Hanya kepadaMu Pujian Yang Selayaknya...

" Kesunyian ini..terlalu indah ..walaupun pahit ..utk menelan..walaupun pedih..sanggup ku tahan..dan kurelakannya..." - lagu Saleem..Mahligai kasih kot tajuknya..lupa dah aku..cewahh..macam ok ok je kan lirik lagu tu..sunyi itu indah..? indahkah? ya bagi aku kadang2 sangat indah..sbb aku pun bukan jenis yang suka sangat hingar bingar ..tp boleh la jugak kalau nak buat perangai..hahaha..cuma berpada-pada lah..sunyi benarkah aku??? ok tolong luruskan akal dan pandangan hati ye..aku bkn cerita pasal sunyi sbb nak berteman..tp sunyi dr segi sosial dan komunikasi aku kat sini. Ya..betul aku yang ambil keputusan untuk lebih banyak mendiamkan diri dan lebih jurus bicara kepada soal kerjaya sahaja. Dan..dia yang dulu rapat di sisi beralih arah..tindakan sangat berlawanan..lihat..di sini lah rahsia Allah diketahui..kepentingan dinilai..aku tidak ambil kisah..sesiapa berhak untuk diri sendiri..dan hak itu juga aku guna untuk diri sendiri..perlu sesuaikan diri untuk permulaan waktu. Walau kadangkala aku selalu dan ulang acap kali berkata bahawa..hanya jasad aku di sini..tapi tidak pada hati..Owhh..perlu aku positifkan hati dan fikiran..kalau dah selalu sangat aku ulang2 perkara yg sama..jadinya itu seperti yang difikirkan..Alhamdulillah..aku punya org-org positif selalu di sisi..bagi mereka-mereka..walaupun luarnya aku kelihatan sepi dan bersendiri..aku ada teman istimewa di hati..mencuit rasa..penghibur hati..terima kasih ..~ sepi itu indah..




p/s : sy windu manishati..kwangkwangkwangg..kwangg..!