Wednesday, November 30, 2011

Hermmm..

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang..

Bila baca balik entry smlm mcm geli je anak tekak..hahaha..malu sendiri..entah hape punya cerita..hari ni pun takde cerita sebenarnya..saja ..

i) Tadi nengok drama bersiri Tentang Dhia..satu dialog yg dituturkan oleh ayah Dhia.."lihat betapa sukarnya perjalanan perhubungan kalian..ini bermakna kalian mmg ditakdirkan untuk tidak bersama"..benarkah ye kata-kata itu..kadang2 org kata..kalau sesukar mana pun sesuatu perhubungan tu..bila dah ditakdirkan tertulis untuk kita..mmg utk kita..Tapi bila fikir plak di satu sudut lain..mungkin ya juga..dugaan2 tu semua petunjuk bahawa hubungan itu mmg bukan untuk kalian..cewahhhhhh mengulas pula...tapi mmg menarik..suka je lihat watak ZIKIR yang cool gitu.."abg paham keadaan Dhia..dan abg bukanlah yang pertama di hati Dhia..seandainya tiada jodoh antara kita ..abg terima semuanya. Cuma abg mahu Dhia tahu..abg benar-benar cintakan Dhia.." Uhhhh..sgt sejuk kan ayat itu..kehkehkeh...jauh-jauh mendalam..sungguh membekas dalam hati aku.."Abg takkan lepaskan syg..kecuali syg yang tinggalkan abg.." hermm..- kalau jodoh itu bukan milik kita..ia tetap bkn utk kita..~ ciss emosi sungguhlah hati nengok cite ni..

ii) Melangkah masuk ke opis utama pagi td..semua mata memandang waktu aku membuka pintu..sorang staf kenyit mata.."Wowwww" hishh..terkebil2 aku..tetiba tingat sorang kawan nih..si "ketot"..hahaha..selalu kami ber woiwww dlm kotak pm..Wowww kah aku hari ini sedangkan hati sedang rabak??? Rabak kenapa pulaaaaaa??? Rabak sbb tgk markah SKT aku turun tahun ini..kahkahkahkah..takpe..ni kan first time bos nilai SKT..tu pun aku dah menhujah..ada la naik satu markah sket..hihihi..senyum simpul sambil kenyit mata..tersentak juga penilaian itu..xpela..aku perlu polish softskill aku..terima seadanya..

iii) Mahu cantik rupa..mahu cantik budi..mahu cantik gaya..mahu cantik bahasa..mahu cantik hati..mahu cantik ketaatan..mahu jadi ANAK yang CANTIK..kerana aku tahu..aku MAMPU menjadi CANTIK jika aku berfikiran positif dan tidak berputus asa dengan TUHAN..~

Tuesday, November 29, 2011

Niat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani..

Niat..sesuatu yang didetikkan dalam hati @ kalbu tatkala kita melakukan, secara perbuatan atau lisannya yang dituturkan. Ini pemahaman aku sendiri..maksudnya tak siapa pun tahu apa yg kita niat..hanya empunya diri dan tuhan saja yang tahu..yelah..korang boleh ke baca hati seseorang tu?? amik pisau toreh dada dia..pastu amik kanta pembesar nengok apa ada dlm..tak boleh kann..

Kenapa ya pagi ni aku nak nulis pasal niat..sebab aku sedang keliru. Keliru dengan rasa hati aku sendiri. Dan aku tak suka dengan perasaan aku hari ni. Aku mahu tenang..tak mahu memikirkannya. Tapi aku tak mampu..hahaha bermain dengan perasaan sungguh aku hari ini. Kenapa semalam aku boleh tenang je. Kenapa semalam aku boleh biasa-biasa saja..Tapi hari ini perasaan aku gelisah bila aku tak nampak si biru. Apa 'niat' dia sebenarnya. Tak tahu nak tulis apa lah..hahaha STOP dulu.

p/s Aku tetiba takde mood nak nulis..kehilangan kata-kata dihujung jari.hanya bermain di dalam hati..aku sedar aku bukan bidadari..semua datang dan pergi..terus pergi meninggalkan aku..apa yg tak kena sebenarnya dengan aku??

Friday, November 4, 2011

Peluang..

Salam Kasih Sayang Tuhan..

mmg lama tak update. Kemalasan dan kesibukan. Alasan yang sangat biasa..tapi aku tak pernah tinggalkan blog ni...terus menjenguk..walau sepi tanpa sebarang catatan baru. Kehidupan semakin ke depan semakin mencabar. Aku ?? juga terpaksa mengikut keadaan itu. Ada yang kata aku makin berubah..biarlah asal aku tahu apa yang aku buat..dalam masa tempoh sepi..banyak sangat perkara yang berlaku..tak ingat aku satu persatu. Dan yang pasti aku masih di bumi hijau nih..meletakkan jasad..dan cuba membawa bersama perasaan dan jiwa di sini..dunia semakin pantas dan aku juga serasa semakin tidak cukupan masa..apa yg aku kejar?? sendiri geleng tetapi merasa kerugiaan dlm kehidupan. Seorang teman terus berkata..berilah sedikit peluang pada diri sendiri dan orang lain..jangan terlalu mementingkan diri sendiri lantas diri sendiri kecewa dengan apa yang dihadapi..sekali lagi aku cuba membuka ruang dan peluang..arghh..seharus tiada jalan yang aku nampak..kusut dan kenapa mesti aku??? membuang rasa dan perasaan..noktah di situ..aku semakin takut untuk peluang yang baru..tapi..apa pula yang aku lakukan sekarang...? biar waktu yang semakin singkat ini tentukan..tapi dalam hati...aku sendiri keliru..memberi atau terus berdiam diri untuk peluang itu...