Friday, November 13, 2009

Kisah Teman..

Seorang sahabat jauh muncul tiba-tiba..pesanan diterima.."Jom shopping!!" sekadar membalas..sambil tersenyum.." Jangan boros.." selalu benar sahabat ini muncul masa-masa aku perlu untuk tersenyum..walau ringkas dan sederhana..namun..kesan ambil berat ada! secara yang natural. selesa..di terima. Waktu-waktu tidak diduga juga dia muncul lagi..dengan nada yang begitu ceria.."Jangan2 kau menolak cintaku..Jangan..Jangan..- ahaks..lagu puspa..! dan sang panglipura meneruskan ceritera..aku menjadi pendengar yang setia. Begitu hebat rupanya sang sahabat. Kisah demi kisah menjadi pengikat dan nasihat. Semuanya juga secara yang begitu natural. Dalam spontan..lucu dan ketawa..ada mesej berguna yang diselit.. " Kita mesti tahu apa yang kita mahu dalam hidup kita..!" Diam aku dalam2 berfikir.." apa sebenarnya yg aku mahu dlm hidup aku..??" dan soalan itulah yang sentiasa bermain dalam hati dan fikiran aku hingga kini. Aku begitu kagum..melalui ceritera sahabat..betapa gigih dia menyusun perjalanan hidupnya. Walau dalam sulam kisah tanpa segan dia pernah menyatakan kakinya juga pernah tersadung dan jatuh. Setiap manusia ada kisahnya tersendiri.. Ya benar..! Ada sesuatu yang membataskan..perbualan terhenti.


*********************************************************************************************

Tidak Mengerti...

Di mana letaknya diri..? Terlalu tidak mengerti. Segala tidak seperti lain. Mungkin terlalu peribadi dan bersahaja bagi dirinya. Tapi bukan untuk aku! Terlalu bersahaja walau hakikatnya ada letaknya diri "disitu" mungkin akan merosakkan "rasa" yang ada. Walang rasa di layan sendiri. Hingga lali dengan situasi begini. Benar bukan semua serupa. Tapi dimanakah usahanya.. atau hanya mahu aku sahaja yang tampak "rasanya"?? Selalu aku biaskan kembali padanya soalan yg diberi. Biar..aku juga mahu tahu. Tidak jujur membohong diri..Lurutkan sedikit egomu..aku juga ada ego ku sendiri.! Cubalah untuk memahami..sebelum semuanya hilang..!


No comments:

Post a Comment