Thursday, December 31, 2009

Yang Akan Ditinggalkan

2009..akan di tinggalkan beberapa jam lagi.. 2009 tidak akan kembali..yang berlaku tetap sudah berlaku..tidak boleh dipinda walau sedikit pun..yang mendatang perlu diatur corak perjalanannya. 2009 akan aku tinggalkan dengan beberapa perkara..


1)Kesakitan - mahu sihat 2010
2)Kesedihan - mahu ceria 2010
3)Sifat Mazmumah - mahu sentiasa berhati mahmudah
4)Tidak yakin diri - Berkeyakinan
5)Tidak mengeluh - Sentiasa bersyukur
6)Tidak Malas - mahu rajin dan pantas

dan paling utama tidak DERHAKA - pada Allah dan ibubapa..

Wednesday, December 30, 2009

Mencari Cinta Hakiki..

Sedang aku menyiapkan laporan tahunan unit..sambil2 aku jenguk2 laman ilmu. Bukan apa..hilangkan ngantuk mata..haihhh sejak akhir2 ni selalu benar ngantuknya..! Dan aku tertarik dengan bait-bait indah dibawah ..

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?


Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

ermm...bergetar jiwa rasa..!

P/s aku hanya insan biasa2..bukan insan sesucinya hati Ainul Mardhiah..hanya mendamba cinta Ilahi..

Tuesday, December 29, 2009

La Tahzan!

"Ya Allah, gantikan kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak terpejam ini rasa kantuk dari-Mu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan, ganjarilah dengan kemenangan yang nyata. Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus. Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu.Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua."

Tuhan Menguji

" Allah menguji seseorang hambaNYa mengikut kemampuan hambaNYa.." Kenapa aku jadi begini? Kenapa begitu? owhh susahnya hidup aku..Kenapa selalu sengsara? Kenapa selalu derita..? soalan2 begini selalu akan keluar bila kita di uji musibah kehidupan..kecelaruan hidup.. dan bila kita merasa perasaan yang terlalu menyempit kehidupan yang sepatutnya sempurna. Aku juga selalu merasakan perkara yang sama. Bila terlalu memikirkan keadaan begitu..hati selalu bersedih. Dalam keadaan bersedih jiwa selalu gundah. Muka tidak cerah. Penyakit mudah mendatang. Keadaan ini tidak boleh lari dalam setiap hidup manusia. Hanya akal yang mampu berfikir dan jiwa yang kuat saja mampu mengawal keadaaan dari terus berlarutan. Baru sebentar tadi aku seakan di Uji hebat dengan sejuta perasaan yang boleh meruntun hati aku . Bukan soal cinta..tapi ini soal kasih sayang sesama manusia. "Hendaklah kamu menyayangi saudaramu sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri." aku begitu menjaga perhubungan sesama manusia..tetapi masih ada hati yang tidak selesa melihat aku gembira. Perkhabaran yang aku terima ..aku diamkan tenang di dalam hati. Allah bersama-sama org yang sabar. Dan aku masih pegang QalamNya..Ujian itu diberikan kerana aku mampu menghadapinya!..

Apa Yang AKu BUat..

27 Disember 2009 - Pendaftaran Pelajar Baru
28 Disember 2009 - Siapkan Manual Perluasan Skop ISO..- Ngok sape entah yg delete document aku..gigih berpeluh aku siapkan balik..sabar..:)
29 Disember 2009 - Selesaikan Pencapaian KPI unit 2009 dah rancang sasaran 2010. Hantar dokumen kualiti.
30 Disember 2009 -Hari Kualiti
2 Januari 2010 - Pendaftaran Pelajar Lama
3 Januari 2010 - KUB Test ngan Liver Test

Tengah sibuk2 gak kira cuti..haha..belum pape dah selak2 kalender..nak tgk public holiday..rancang cuti nak balik kg..hehe perancangan cuti ni penting beb! So..biarin mereka2 bersuka ria dahulu..aku berlelah2 dahulu...tiba masanya aku plak nak horeyyyyyyyy!!

Monday, December 28, 2009

10 Muharram..

Entry ini sepatutnya utk semlm tp aku lupa nak publish..sekadar berkongsi..


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah..


Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.


Saturday, December 26, 2009

Wajah dan Alam Yang Berbicara..



Biarkan ia berbicara tanpa suara..seribu cerita..!

Friday, December 25, 2009

Keletihan Teramat..

Seminggu ni aku keletihan yang amat2..kerja2 dalam minggu ni semua mencabar minda..memerah otak dan memeningkan kepala..haha..jadinya..aku rasa badan aku longlai je bila balik opis..Asal ngadap TV aku mula la high..mcm tadi..rasanya aku tgh tgk cite CINTA BALQIS..sedar2 je dah tukar rancangan 999..haiyakk..umah plak gelap gelita jer...haha..masa bila aku tertidur pun tak sedar ..sesungguhnya..dan sesungguhnya..bila aku sedar2 je..aku rasa sunyi haii la sangat2..perasaan yg aku tak minta ok..! Mungkin sbb siang aku gigih membz sepanjang hari dengan kerenah yang ramai..ketawa mengirang melawan ketensenan bekerja..balik umah sentap sensorang..aku dah biasa dengan tu semua..sakit kepala..idea pun bantut..! cukup2 dulu ya...

*

Wanita - kudratnya lebih lemah (berbanding lelaki) tetapi tabah dan berjuang ketika org lain menyerah..semangatnya dalam..membakar dlm diam..!

Wednesday, December 23, 2009

~Wanita~

~Hakikatnya kecantikan sebenar seorang wanita bukan terletak pada wajah,tubuh atau penampilan yang menarik perhatian mata, sebaliknya kecantikan itu mesti dilihat lebih dari itu. Erti kecantikan sebenar wanita adalah kehebatan pintu hatinya yang menyimpan seribu kegembiraan dan kesedihan cerita dunia yang mengujinya..~

Tuesday, December 22, 2009

Tiada Kesempatan..

Aku belum ada kesempatan untuk menyapu habuk2 yang dah mula bersarang kat Dunia Sepi aku ni..aku sibuk sikit dengan kerja di pejabat. Balik rumah aku letih..tak ada idea nak mencorat coret..Nanti-nantilah..ada banyak cerita tapi belum ada idea mencanak2 yang datang untuk dikeluarkan. Cumanya sedang enak melayan lagu dari Aiman - Cinta Terakhir..ahaks..jiwang 44 karat!

Tuesday, December 15, 2009

Seminar..

Hari Ini aku akan mula berseminar hingga 17/12/09..Moga memperoleh banyak ilmu baru yang boleh disampaikan kepada mereka-mereka yang tidak berpeluang menyertai seminar ini. Moga wujud juga ikatan persahabatan baru di antara peserta-peserta seminar. Seminar ni peringkat kebangsaan.Jadi seluruh sistem IPTA/IPTS yang mempunyai unit sama seperti aku akan menghantar peserta mereka. Aku juga berdoa tidak ada apa2 gangguan yang akan mengalihkan mood aku ketika berseminar. Macam yang berlaku di bumi kenyalang tempoh hari...Haihh...betul2 menghilangkan mood aku di sana...huhuhuhuu..!

*p/s - Aku belum ada mood nak nulis pasal kembara kenyalang..! Tengoklah..kalau ada mood..tidak pun aku tidak akan menulis langsung berkaitannya!!..

Aku Mahu Terus Tersenyum..



Aku mahu terus tersenyum..
Melakar kuntuman mesra
Menjalin tautan hati dan rasa
Mengikat ribat yang tidak kan lerai
Ukhwah Fillah abadan abada...

Wednesday, December 9, 2009

Kembara Akan Bermula..

Seawal pagi..sampai di opis..aku dengan kakak penyelia gigih bukak fail sambung kerja-kerja semalam..siap bentang tikar lagi sbb senang wat sambil bersila..masing-masing muka memang dah ketat je..kepala pon rasa berasap jer.." apa nak taruk nih" ermmm..masing2 diam dalam membuat keputusan.." Otak dah krem!" masing2 serentak berkata..kemudian kami ketawa..begitulah kami..tension macam mana pun harus ketawa..kalau tidak..mahu gila kami.! Hari ini kembara akan bermula..kami akan bertolak jam 2.30 pm. Keadaan aku masih belum stabil..badan pun rasa melayang je. Tapi aku sedikit tenang sebab tugasan telah siap.. Gagahkan jugalah..nak wat mcm mana..semalam aku sungguh2 makan ubat...aku nak sihat. Nak kerja..penumpuan perlu baik..aku juga berdoa sepanjang kembara kesihatan aku baik2 sahaja..semoga segalanya dipermudahkan..tak mahu menyusahkan org lain.


******************************************************************************

Perjalanan Panjang..

Aku seakan telah mengambil keputusan pada kisah perjalanan panjang. Biarlah ia terhenti di sini sahaja. Aku noktah segala harapan. Mengapa harus menyeksa diri. Mengapa harus mengabdi rasa pada seribu kesedihan hanya untuk memahami erti ribat yang penuh dengan tanda tanya. Hanya selalu mengalah..hanya selalu memberi. Cukuplah untuk dilemahkan dengan segala2nya. Aku bukan begitu harusnya. Dan ribat bukan begitu wajarnya. Saling memberi..saling menerima. toleransi dan timbang rasa. Aku begitu terpenpam dengan nasihat kawan..fikir hari kemudian..nasihatnya natural..tidak pada bahagian aku..tidak juga pada bahagian insan itu. Katanya aku lebih kenal siapa dia. Kenapa aku harus lemah pada tindak tanduk dan perilaku segala bagai. Apa yang mengikat rasa hingga aku tidak lepas menyiksa hati sendiri..fikir-fikirkan..keputusan di tangan aku!! Ia tidak seharusnya begitu..tidak begitu!! Untuk 'B' aku tidak tahu perancangan apa yang engkau atur dalam ribat ini..sesungguhnya aku begitu keliru. Cukuplah..'rasa' itu sudah tawar..tiada indah..!

Tuesday, December 8, 2009

Cahaya Hati..




Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

DugaanMu..

Ya Allah..dugaan apakah lagi ini yang Engkau berikan..sesungguhnya..bulan2 ini begitu mengajar aku tentang hukum tuhan. Sekelip mata dia beri..sekelip mata dia ambil..Awal pagi tadi ada taklimat untuk kembara kenyalang..aku dah sarapan sebelum ke taklimat.Taklimat bersambung2 dengan hal2 lain...hingga ke pukul 1 pm. Semasa taklimat aku memang tak duduk diam..asik berulang ke tandas. Aku muntah2..kepala aku sakit..tp masih boleh bertahan. Cuma bahu aku sengal2..badan aku bisa bila dibidas penghawa dingin. Aku gagahkan diri juga..masih tersenyum walau ramai yg hairan aku asyik keluar bilik mesyuarat. Oleh kerana aku peserta tunggal bengkel semalam..aku terpaksa membentangkan semula perkara2 yang dibengkelkan. Hermm..aku mmg tak daya nak berkata2..tapi sbb tanggungjawab aku laksanakan juga. Nak keluar suara pun aku tak mampu sbb tekak aku perit asyik muntah je. Ada suara sipi berbisik tidak kedengaran apa yang aku bentangkan. Dan yang paling hangin ada plak yang komen2. Sudahlah nama dia sebagai peserta terlibat tempoh hari dia tak hadir..mahu komplen2 pula..aku tak marah..mungkin ada yang aku lepas pandang..tapi cara dia komplen tu sangat mengjengkelkan aku di saat kondusi diri aku yang tidak stabil itu..selalu begitu..bila ada yang melibatkan dirinya tak mahu pergi..lepas itu banyak plak songeh bila orang dah siap segala bagai. huhh..bertenang...Keadaan aku muntah2 berlarutan sampai ke petang..hingga aku terjelepuk di lantai bilik aku...baringkan kepala di kerusi..badan lemah longlai..aku perlu habiskan sikit lagi tindakan pembetulan hasil bengkel. Aku tak mahu tinggalkan banyak beban pd kakak penyelia semasa ketiadaan aku..aku tahu dia juga banyak yang terbeban. Oleh kerana keadaan aku yang makin lemah..aku kata kat dia kita sambung esok pagi2..sikit je lagi..mula terpikir nak buat malam ni..tapi aku beritahu kakak penyelia aku mahu berehat panjang malam ini sebelum memulakan kembara esok hari..entahlah..mampukah aku esok??? Aku ke unit kesihatan dalam bila rasa agak stabil..ambil tekanan darah. 140/110..boleh jatuh kata En M.A..dia begitu bersungguh2 menasihatkan aku supaya makan ubat yang Dr. Jamilah beri bila dia lihat bungkusan ubat tersebut masih tidak berusik..tolong sayangi diri. Ubat ini mampu membantu. Dia ceritakan juga implikasi2 tentang masalah kesihatan aku. Kenapa kesihatan aku makin merudum akhir2 ini. Satu persatu diterangkan kemungkinan2 jika aku tidak mengambil berat tentang kesihatan aku ini . Dan akhir katanya saya hanya mampu menasihati..terpulang pada diri cik..dia berikan aku ubat tahan muntah. Dia suruh aku selalu berjumpa dia untuk perkembangan semasa. Ya Allah..aku terima segalanya..apa yang Engkau turunkan sebagai kifarah pada kekhilafan dan kelalaian aku terhadapMu...jika ini bisa menghapuskan palitan noda hitam di jiwa..jika ini terbaik untuk aku terus-terusan mendekati dan mengingatiMu tanpa lepas..aku redha Ya Allah..bisik hati aku sendiri. Ketika aku sibuk mengemas meja dan bilik kerja..Pn Pengurus menjengah..aku katakan padanya " Pn..kalau saya tak mampu nak bangun esok..saya mungkin tak turut serta.." aku bersuara perlahan.. " Eh kenapa ni...awak kenapa..?? "
" Saya rasa ..saya tak sihat sangat Pn..badan terasa lemah.." aku cerita segala..tentang keputusan doc. dan sebagainya..Dia terkejut.." Tapi..saya tahu awak tertekan..walaupun awak ketawa..tersenyum..ada sesuatu yang tidak lepas di hati awak.." aku tidak mahu menjawab. Aku cuma mendiam..sebab aku tahu..dia ada jawapannya. Tak perlu aku bersuara. " Awak berehatlah malam ini..lupakan semua kerja.." arghh mana boleh!! bentak aku dalam hati..Dan dia berikan aku beberapa petua..terima kasih Pn..! Cuma satu petua dia aku xleh nak pakai.." Cuba berubat kampung..mana tahu..awak cantik..kotla..bekas kekasih u ada..." aku terus potong kata2 dia..ini masalah kesihatan biasa lah pn..ke situ plak dia..aku tiada masalah dengan siapa2..ada sesiapa punyai masalah dengan aku?? sila angkat tangan!! Erk..ada ke..? kalau ada aku mohon seribu keampunan..aku hanya manusia biasa2..tidak maksum..


p/s * aku akan bertugas diluar bermula 9-20 Disember....rindulah aku nanti pada dunia sepi..! Harapnya dunia aku di sana tidak sepi..:)

Monday, December 7, 2009

Aku Mahu Terus Tersenyum..

* aku rasa adik aku baca blog aku..wakakakaka !! Owhh..tidak..tidak..tuh mcm ip umah ipoh aku jerrkkkk!..larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Seperti Yang Dijangka..

Hari ini aku berbengkel..sebagai persediaan kedatangan audit. 3 nama peserta disenaraikan dan aku salah seorang darinya. Dari semalam..aku seperti sudah menjangka dan menduga...kehadiran peserta dr unit aku ialah aku seorang sahaja.. dan sangkaan aku tu tidak meleset sama sekali. Seorang EL hari ini..dan seorang lagi keluar jumpa pakar tulang. Aku tidak mahu komen apa-apa..memang sangat2 selalu berlaku. Aku bersedia seadanya...mengeluh panjang macam mana pun keadaan tidak akan berubah. Cuma doa senjata aku..hanya DIA yang mampu membantu aku. La Tahzan..La Tahzan..

Sunday, December 6, 2009

Keputusan..belum ada!

Aku baru balik dr temujanji dgn pakar kesihatan keluarga..Dr Jamilah Abdullah..puas hati dengan layanan beliau..segala yang aku tanya di jawab dengan penjelasan yang jelas! Wajahnya tenang dan berkarisma..aku suka..terima kasih doktor! Seawal pagi lepas fingerprint aku dah bergegas ke pusat kesihatan itu. Konon nak sampai awal..boleh dapat no giliran cepat. Huh..sangkaan aku meleset..makcik2 dan pakcik2 dah lebih awal dr aku..haha..aku rasa adalah 2-3 orang je patient yg muda termasuk aku..yelah penyakit ni ramai org tua yg kena..Ermm..jaga kesihatan anda. Aku igt lagi..no giliran aku td ialah 50..sebelum masuk bilik doktor..aku kena amik tekanan darah dulu..lama juga aku tunggu sblm amik tekanan tuh..bygkan dr pukul 7.40 pagi aku sampai ..giliran aku dalam pukul 10.00 pagi...takpe sabar..tapi..kepala aku sakit..tiba je giliran amik tekanan darah..tgk2..140/111 mak aiii..aku pun terkejut..makcik2 yg duduk tepi aku tu pun terkejut..haha aku wat rileks je la..nurse tu suruh aku tunggu di bilik no 1 ( bilik doktor ). Aku excited nak jumpa doc. sbb nak tahu result blood test aku hari tu.. Doc terangkan satu persatu..Malangnya aku x dpt copy keputusan itu..cuma doc terangkan cholesterol aku tinggi - 7.56 camtu..kena turun sampai bawah 5..pastu..badcholesterol (x silap aku la aku dgr doc ckp)-5.25 yang ni pun doc suruh turunkan bawah 3. Dan ada lagi satu..! dia tulis situ ALT - 97 ..tinggi doc kata..aku tak paham apa benda ALT tu..doc kata itu berkaitan dengan sistem hati..di mana sepatutnya paras normal adalah dlm 40 shj..errmm mana2 doc yg ada baca blog aku ni tolong betulkan kalau salah..aku terang mengikut kefahaman aku jer..Jadinya..pada temujanji akan datang yg sepatutnya aku kena buat ultrasound utk buah pinggang sahaja terpaksa tambah lagi satu..u/s hepatobiliary system...huhh..aku panik..aku berdoa jgn lah yg bukan2..doc kata byk kemungkinan kenapa terjadi..sbb aku muda..itulah yg kena wat ultrasound nih. Mungkin sbb tahap cholesterol yg tinggi tu menyebabkan lemak2 tu berkumpul di hati aku..dan utk jawab kemungkinan2 tulah yg ujian2 ni terpaksa aku buat. Ermm..mula aku kenang balik..aku suke makan beef steakk! arghh...tp aku dah lama tinggalkan..so kawan2..jaga pemakanan anda yer..Aku punya urine test result pun ada gak yg x ok..tp aku bkn amik dadah ok! Entahlah..kenapa tahap kesihatan aku makin2 merudum..lepas satu2..Secara keseluruhan doc cuma suruh aku lebih banyak bertenang..jangan mudah tertekan...dan berehat banyak2..InsyaAllah...Hari ni aku pulang dengan buah tangan dari pusat kesihatan..iskk.ini yang aku culas ni..sebelum aku terima buah tangan dari en. Farmasi tu sempat dia tanya aku.."Ini ubat adik ke..??" aku jawab " Ya.." dia tanya lagi.." Sejak bila makan ubat ni ?" sambil senyum.. " Ermm..ni la baru first time saya nak ambil.." Lepas tu dengan peramahnya dia terangkan ..makan separuh biji sekali sehari..baekk..en farmasi..dan..dia menambah lagi..." jangan berenti makan yer tanpa nasihat doc!!" cisss...yer..yer baekkkkkkkk...!

ni nama buah tangan yg aku dapat dr en farmasi tu -->ENALAPRIL MALEATE


p/s ..kenapa ehh ramai benar yg kepala berangin skang ni..ramai yg lagi sakit rupanya di luar sana..kesian..:(

Saturday, December 5, 2009

Ruang Kosong

Tiada entry untuk semalam..aku tidak punya sesuatu untuk diceritakan. Ruang kosong yang begitu kosong. Masa yang dibiarkan kosong percuma begitu sahaja. Melayan kerenah ribat yang aku sendiri tidak tahu ke mana arahnya..layankan saja..walau aku tahu kalau ianya tidak berbaloi suatu tika nanti akan membuang masa aku begitu saja. Lagu "Selalu Mengalah" by Seventen aku putar berkali2..Aku tampal di mana2..biar sedar atau tidak..aku cuba berkias dalam diam..Aku sudah tidak kesah..walau kadangkala aku kata hati aku ibarat batu yang pejal..tapi andai di hempas berkali2..mahu berserpih juga..aku hanya wanita beb! Aku hamparkan ruang kosong! Tidak berharap tinggi pada ribat ini..secebis cuma..!

*Merepek dah aku ni!!

Thursday, December 3, 2009

Ketenangan..

Semalam..lepas balik dr pejabat..hati tidak keruan..Aku menangis di pejabat..atas beberapa perkara yang benar-benar mengganggu hati dan fikiran aku. Dada aku sesak dan sakit bila fikir segala permasalahan itu. Sebab dah tak tahan sangatlah air mata aku begitu laju menitis. Aku puas bila luahan aku ada yang mendengar. Ada yang menenangkan..terima kasih dik! Aku sebolehnya tidak mahu ada yg kesan riak hati aku yg sedang berkocak. Entah macam mana sedang aku berbual dengan dia semalam..air mata aku tiba2 jatuh..arghh..akhirnya! " Tengok akak senyum jer..macam takde apa2.." ermm..senyum aku semahunya.. kalau aku tak senyum orang kata aku garang..haha senyumlah kepada seisi alam..Aku tak mahu beratkan fikiran aku minggu ini..tidak mahu sesakkan dada dengan segala macam masalah..6/12 ni aku ada temujanji dengan doktor Jamilah..mahu tinggi nanti tekanan darah aku..tidak..tidak mahu!..Balik dari pejabat semalam..aku tenangkan fikiran..sibuk kan diri..mengemas rumah sampai tak terkemas..haha..mop satu rumah..solat isyak..aku berdoa..sungguh2 aku berdoa moga Allah berikan aku sedikit ruang ketenangan..lapangkan dada dan fikiran aku. Aku rasa Allah mendengar permintaan aku..aku mengantuk..fikiran aku kosong..dan lena dalam keadaan yang begitu tenang sekali..Alhamdulillah..!!

Wednesday, December 2, 2009

Kebiadapan

Pagi semalam..aku telah berkasar dengan seseorang. Hakikatnya aku bukanlah begitu. Cuma bahayanya aku kerana aku seorang yg mememdam..menjeruk rasa..mendiam dalam. Bila sekali melodak gelora rasa ..tersembur segala bagai..aku mohon maaf kepada beliau..bukan niat menunjuk kebiadapan aku. Bukan niat mahu berkasar laku. Bukan niat menyalit sembilu di hati..bukan..bukan niat aku begitu. Aku terkilan dengan tindakan itu. Kepercayaan di cemar..aku tidak suka privacy aku dilanggari..tidak suka. Maaf kan aku atas kebiadapan itu..

Kerja Oh Kerja..

Semalam punya kerja..sampai ke hari ini peningnya kepala aku..haha teruk betul aku kan. Tak tahan dengan tekanan. Bukan apa..smlm aku kena pergi urgent mesyuarat (wakil sperti biasalah) penyediaan bajet RMk10 bg unit aku..semuanya perlu siap hari tu juga..banyak okeh! berpeluh2 'jantan; jugak lah aku semalam sorang2 nak menyediakan bajet bagi keperluan fasilitas perabot bagai utk penempatan 6000 manusia intelek ini. Dalam hati nak nangis kuat2..hahaha banyak beb..banyak..! Bukan satu kepala kena pikir ni tapi banyak kepala nih..Takpe..tarik nafas...lepas..ermm.. Pengerusi mesyuarat tergempar tu pun paham dengan semua yang kena melaksanakan tugasan urgent tersebut. Dahi berkerut2..haha almaklumlah kerja serius.. mesyuarat bermula jam 12.45 tgh hari time nak lunch tu..lepas jam 2 kakak penyelia datang membantu aku..lepas lah sikit lelah nak memikir dengan nak memasukkan data2 tu dlm format excel. Ada 2 kepala boleh kongsi2 fikir. Gigih2 kami laksanakan tugas itu..akhirnya tepat jam 5 selesaiiiiiiiiiii...hahaha alhamdulillah..huh..berjaya jugak..!! chaiyok..chaiyok..tapi kan..kepala aku sakit plak hari ni..ekekekek..janganlah ada apa2 kerja urgent lagi hari ni..wakakaka...tak mahu..tak mahu...!

*p/s bos takde..3 org kanan bos juga takde..semua pegi kursus n bla..bla...org kiri bos ni jugak yg tinggal jaga opis..setia menunggu tugasan2..dgn senyuman..hahahaahahahahaha (ketawa jahat!)

Tuesday, December 1, 2009

Banyak kisah

Pagi ini aku mahu berkisah-kisah..

kisah 1 - Pujian..
Aku nak berkisah pagi ni aku pakai baju merah..bila aku melangkah je keluar pintu umah..jiran aku (ex housemate aku )yang kebetulan nak pegi kerja pada masa yang sama memanggil aku dan berkata .." haihhh comei ko arini.." wakakakakak ( pengsan time2 tu jugak!) tipu..tipu..! aku tak pengsan aku cuma tersenyum simpul dan berkata.." terima kasih.." huwaaa..hati aku berbunga2 dan semangat nak senyum jerk sepanjang hari..haha..sepanjang hari tu..kisah kat pejabat belum tentu mampu memantainkan senyum aku di awal pagi ini..hermm..gunalah teori nih yer..pakai comei2..mampus perasan muntah hijau...!! lantak ada aku kesah kalau korang kata aku perasan..huhuhu..kebahgiaan aku..jiwa aku..kesenangan aku..kegembiraan aku..!Aku bkn suka di puji..tp kadang2 pujian mampu memberi satu aura kebaikkan dlm diri kita..dan kadang2 pujian boleh juga merosakkan kita. Bukan nak bangga diri..tp bos aku kadang2 suka puji aku ( dulu la masa aku nerd awal2 masuk keja) dalam2 perjumpaan pagi dengan staf2..aku tak suka..aku malu..aku jumpa personel dengan bos aku..aku beritahu..Pn..saya kurang senang Pn memuji saya di hadapan ramai. saya tidak selesa. ya aku mmg tidak selesa di puji di hadapan ramai. Kalau dia mahu memuji kerja aku biarlah secara personel. Kerana apa..? kerana aku tidak mahu ada hati lain yang terasa..kita bekerja bkn secara sendiri..tetapi secara bersama..kalau nak puji..puji semua..kalau rasa pujian itu bkn utk semua..secara peribadi lah pujian itu..ya benar pujian mampu menaikkan motivasi kita..tetapi pujian yg lebih juga mampu merosakkan!..bersederhanalah dalam segala segi..

Kisah 2 - Kawan...
Kawan..kawan ..jangan makan kawan! banyakkan kita dengar kisah kawan makan kawan..kenapa nak makan kawan? Makanlah nasik ke..meehoon ke..iskk..tak paham betul lah..Banyak sbb sebenarnya kenapa perkara ini terjadi. Semuanya berpunca dari penyakit hati. Penyakit hati ni banyak..tamak..dengki..iri hati..dan sebagainya lah. Dah nama manusia mmg tak lepas dari semua perasaan itu. Sama ada dia sangat baik..atau sangat jahat. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana kita mengawal seketul daging yang bernama hati itu..Semalam aku bersembang dengan sorang staf unit aku..mereka ni muda-muda dari aku. Aku suka berkawan dengan mereka.." akak ada org tak suka kami baik dengan akak.." aku pun mengerut dahi..." Erkk..pesal plak ?" aku menyoal..macam2 lah..aku tak kacau orang pun.." Ni masalah hatilah kak..tak boleh tgk kami baik dengan akak..akak jangan amik pusing lah..kami ok je ngan akak!!" balas dia kembali.." Ermm..kalau pun dia nak marah sbb korang staf bawah dia baik ngan akak..itu akak xleh nak kata apa..tp kalau dia nak halang hubungan sesama manusia itu dia salah." pelik..pelik..aku pun x penah nak suruh derang baik dengan aku..derang yang selesa berkawan dengan aku..hak masing2..mengikut kata adik tu lagi, dia sakit hati sbb kami ( 3 org ) berkawan baik. Aku boleh gelak-gelak dan makan2 dengan derang. Boleh kuar sama2 time hujung minggu..Kerja is kerja..walau apa pangkat sekali pun.. hubungan sesama manusia harus di pelihara..."Habl' Minal Nas" Aku hanya manusia biasa-biasa saja..tidak punya yang lebih dari yang lain..tidak perlu berhasad durja menjalang di hati..sedih..tapi biarlah!

Kisah 3 - Melawan Rutin
Sejak lepas raya puasa hari tu..aku bina satu rutin hidup (lepas kerja) yang aku rasa agak melemaskan aku. Hingga aku seolah terikat dengan rutin tersebut. Dan..rutin itu sebenarnya banyak membawa kesan dalam kehidupan aku. Ada buruk..ada baik..namun ternyata rutin tersebut (bagi akulah) banyak yang memudaratkan aku sendiri. Aku pun jenis yang tidak pandai mengawal emosi kadang2..jadi sekarang aku cuba melawan rutin tersebut. Aku mahu ianya tidak menjadi rutin..sekadaran mengisi masa yang terluang. Dan hakikat kata-kata "kawan jauh" aku kini benar2 aku akui..dia tanya aku..hobi aku apa..aku pun pusing2 jugak nak jawab apa hobi aku sebenarnya..haha mcm dah xde hobi je..lagi dia tanya aku apa minat aku..aku diam..dia suruh aku cari balik apa hobi aku..apa minat aku..barulah aku tidak terikat dengan rutin itu!!!..Thanks kawan..

Monday, November 30, 2009

"Erti Itu"

" Biar Tanpa Kata & Bicara, Namun "Erti" Itu Ada Bersama Asa Darah Yang Setia Mengalir .."

Monday Bluess...!

Alhamdulillah..semalam aku sampai di Sp lebih kurang pukul 6.00 petang. Keadaan hujan lebat dibeberapa tempat menyebabkan kenderaan lebih berhati-hati kerana jalan licin. Aku kalau memandu time hujan ni mmg cuak. Satunya sbb tak nampak jalan. Satunya kalau ada kereta tetiba brake emergency..aku pernah..masa nk balik Ipoh..keluar terowong ..masa tu hujan..jalan licin, kereta depan aku brake secara tiba-tiba..jarak mmg jauh..tp sbb aku ni pengalaman memandu masih baru..apalagi aku tekan la brake tu kuat2!..huhh..berderau darah aku bila dgr bunyi tayar aku bergesel dan kereta masih meluncur..namun..alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Aku risau aku hentak belakang kereta org depan je. Semalam abah pesan.. kalau hujan jangan memandu laju 80/kjm jer. Baekk...lagi satu abah pesan..kalau nak brake..jgn brake mendadak..pedal tu kena tekan sikit2..kalau tidak berpusing kereta nanti. Baekkk...! dan aku praktik la apa yang abah pesan. Alhamdulillah..segalanya lancar smlm..sempat gak snap gambar..kerja gile! hahaha..berani mati!!

Hari ni dah mula bertugas..keadaan kawasan tempat kerja masih lengang. Ramai staf masih bercuti. Mungkin ambil kesempatan bersama keluarga sempena cuti sekolah ni kan. Bawa anak-anak makan angin. Jumpa keluarga di kampung dan sebagainya. Takpe lumrah dan hakikat bila dah bekeluarga. Selamat bercuti kepada mereka. Kerja jangan lupa ..hehe.. Jadinya..bagi yang dah kembali bekerja macam aku ni...nak kasi mood kerja di pagi pertama selepas cuti ni harusnya agak suam-suam sket..hehe jadinya membloglah aku kiranya. Bos pun tak masuk hari ni. Mungkin MC agaknya. Aiyakk penin ke bos makan banyak daging Qurban! heh..gurau jer..mati aku kalau dia baca. Oklah..nak belek2 diary kerja apa yang patut wat hari ni..selamat bekerja bagi yang dah mula berkerja..- chow!

Sunday, November 29, 2009

Gerak..

Aku nak gerak balik SP dah..doakan perjalanan tiada masalah..malas sungguh rasanya!..

Kisah Pagi..

Pagi ini..aku masih bermalas-malas. Mahu mengemas beg pakaian..begitu malas sekali. Hanya memandang berkali-kali tanpa apa-apa tindakan. Aku mendiam..huh..malas sekali nak balik semula ke daerah itu. Membayangkan perjalanan selama 2 jam tanpa henti bersendirian..sepi! Dalam lengah aku bersendirian ..sambil mendengar petikan gitar akustik lagu 'Sejiwa' ..pintu bilik aku diketuk. Adik teruna aku yg ke 4..dia nih ustaz kat S.Alam..aku buka pintu bilik..

Adik 4 - " Angah balik bila?"
Aku - " Hari ni jugak"
Adik 4 - " Org nak balik dah ni..(sambil hulur tgn nk salam)
Aku - " Ok..jaga diri ( sambut salam)

Erm..terasa semuanya dah lain sekarang. Masing-masing dah besar. Terima kasih dik..kerana punya rasa hormatmu..Aku terus mendiam dalam bilik. Malas benar aku pagi ini. Melipat2 baju..kemudian letak tepi katil..sedang diam-diam..pintu aku diketuk sekali lagi..Pintu di buka..kali ini adik teruna aku yang ke 3 menjenguk sambil menghulur beg hitam besar.

Aku - " Menda ni..?"
Adik 3 - " Gambar tunang hari tuh..tanak tgk ke dah siap"
Aku - " Hah..meh2 sini nak tgk.."
Adik 3 -" Balik bila angah? "
Aku - " Hari ini jugak..bagi masa org nk tgk gambar jap" sambil menutup pintu bilik.

Ada dua album..Album pertama wajah2 keluarga..album ke 2 wajah2 sepasang kekasih. Aku membelek moment2 bahgia itu..sangat indah..di setiap wajah terpancar senyuman ceria..bahgia..penuh cerita yg menggambarkan perasaan hati yang girang..!! dan..aku tidak tahu mengapa..kenapaa dan apa yang membuatkan hati aku tiba-tiba diragut rasa sayu..sebak dan entah hape-hape lagi lah perasaan yang aku tidak suka rasai..larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua...aku malas nak posting awal untuk hari ini. Tidaklah sibuk..tetamu pun tak ada..pagi2 tadi org lain ke masjid..aku dan cho dirumah sibuk buat persiapan juadah sarapan untuk mak abah dan adik2 yg ke masjid bersembahyang raya. Tidak ada apa yang menarik hari ini..mungkin sbb kali ini aku tidak menghayati kebesaran hari raya qurban thn ini. Aku masih mamai..! Pagi hari je berbaju kurung..sudahnya aku dan cho ke pusat membeli belah tgh hari tadi. Macam bosan duduk di rumah. Lama sudah tidak berdua mcm ni dengan Cho. Kalau dulu sebelum dia kawen..aku dan dia mmg selalu bersamalah sbb kami je dua anak perempuan mak abah. Masa tu aku hanya menumpang kereta dia..lepas dia kawen..tinggal aku sorang terkontang-kanting. Awal perkahwinan dia dgn abg ipar..aku ada sedikit rasa 'dendam' dgn abg ipar..haha sebahagian bahagia aku hilang diambil org. Pergerakan aku dan 'Cho' terbatas. Walaupun abg ipar aku ni jenis yg very the sporting man..tp Cho seorang yg very the taat punya wife. Semua mesti dahulukan suami..jadi aku tersisih..begitu tersisih. Makan masa juga aku nak sesuaikan diri. Dalam masa-masa itu..aku mmg buat acuh tak acuh je dengan abg ipar aku. Dia baik orangnya. Alhamdulillah..kakak aku jumpa rite person. Mereka tidak bercinta tetapi berkahwin atas aturan teman sekerja. Bercinta selepas berkahwin. Begitu indah aku lihat hubungan mereka. Aku juga kepingin begitu. Hari berubah minggu dan seterusnya. Aku juga berubah. Hubungan aku dgn kakak dan abg ipar menjadi rapat dan baik seperti biasa. Entahlah aku pun rasa mcm budak2 je buat perangai mcm tuh. Eee..malu jerk! Nak cerita kemeriahan malam raya di rumah kami..malam td kami mengagah diri gigih membuat ketupat palas..haha ni la first time aku sentuh menda ni semua. Aku bab2 membungkus dan menganyam sarung ketupat tu gagal. Jadi tugas aku hanyalah memasukkan pulut kedalam sarung ketupat tersebut. Ketua yang menganyam ketupat pada malam tu ialah abg ipar aku. Jangan memain mmg dia terer. Semua pakat2 menganyam termasuk la adik aku yang bongsu. Paling tak tahan ketawa bila tgk hasil masing2. hehe.. Menarik2..Punya la banyak sampai dah tak larat nak buat. Dan baru lah juga aku tahu yg daun utk buat ketupat palas tu miang..sbbnya aku tergaru2 selepas itu. Terpaksa mandi walaupun dah mandi..hhehe..pengalaman menarik yg x dpt dilupakan. Nanti aku upload hasil ketupat palas kami..hehe made from ipoh..lain-lain xde yang menarik..mood pon masih mamai dan badan terawang2..yang pasti aku begitu damai berada di rumah..! selamat hari raya..ikhlas dr aku yang berbintikan abah aku..!

Thursday, November 26, 2009

Rindu Mendamai Di Teratak Ayah Bonda..


Alhamdulillah.. aku dah menjejak teratak ayah bonda. Tiba jam 11.30 a.m . Damai hati tika mengucup tangan bonda. Lepas rindu dendam yang selama ini bersarang di hati. Tenangnya jiwa bagai tidak terkata. Begitu teruja memulakan perjalanan pagi tadi sehinggakan tiada seteguk dan sebutir air dan makanan yang aku jamah. Aku rela bertahan asal dapat makan bersama di rumah nanti. Perjalanan tenang ..tidak banyak kenderaan. Aku begitu girang meninggalkan segala beban hati yang mendung sana..!

Cinta Memiliki Kekuatan Yang Luar Biasa

“Cinta itu mensucikan akal, mengenyahkan kekhawatiran, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang shaleh dan cobaan bagi ahli ibadah,” Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin memberikan komentar mengenai pengaruh cinta dalam kehidupan seseorang.

Bila seorang kekasih telah singgah di hati, pikiran akan terpaut pada cahaya wajahnya, jiwa akan menjadi besi dan kekasihnya adalah magnit. Rasanya selalu ingin bertemu meski sekejab. Memandang sekilas bayangan sang kekasih membuat jiwa ini seakan terbang menuju langit ke tujuh dan bertemu dengan jiwanya.

Indahnya cinta terjadi saat seorang kekasih secara samar menatap bayangan orang yang dikasihi. Bayangan indah itu laksana air yang menyirami, menyegarkan, menyuburkan pepohonan taman di jiwa.

Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dia termasuk salah seorang yang dikenal sebagai ahli zuhud. Suatu hari dalam pengembaraannya, pemuda itu melewati sebuah perkampungan yang banyak dihuni oleh kaum An-Nakha’. Demi melepaskan penat dan lelah setelah berhari-hari berjalan maka singgahlah dia di kampung tersebut. Di persinggahan si pemuda banyak bersilaturahim dengan kaum muslimin. Di tengah kekhusyu’annya bersilaturahim itulah dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik jelita.

Sepasang mata bertemu, seakan saling menyapa, saling bicara. Walau tak ada gerak lidah! Tak ada kata-kata! Mereka berbicara dengan bahasa jiwa. Karena bahasa jiwa jauh lebih jujur, tulus dan apa adanya. Cinta yang tak terucap jauh lebih berharga dari pada cinta yang hanya ada di ujung lidah. Maka jalinan cintapun tersambung erat dan membuhul kuat. Begitulah sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila. Sebagai anak muda, tentu dia berharap cintanya itu tak bertepuk sebelah tangan, namun begitulah ternyata gayung bersambut. Cintanya tidak berada di alam khayal, tapi mejelma menjadi kenyataan.

Benih-benih cinta itu bagai anak panah melesat dari busurnya, pada pertemuan yang tersamar, pertemuan yang berlangsung sangat sekejab, pertemuan yang selalu terhalang oleh hijab. Demikian pula si gadis merasakan hal serupa sejak melihat pemuda itu pada kali yang pertama.

Begitulah cinta, ketika ia bersemi dalam hati… terkembang dalam kata… terurai dalam perbuatan…Ketika hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Ketika hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata…

Ketika cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhujam dalam hati, batangnya tertegak dalam kata, buahnya menjumbai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam makna cinta direnungi, semakin besar fakta ini ditemukan. Cinta hanya kuat ketika ia datang dari pribadi yang kuat, bahwa integritas cinta hanya mungkin lahir dari pribadi yang juga punya integritas. Karena cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus menampak setiap saat sepanjang kebersamaan.

Begitupun dengan si pemuda, dia berpikir cintanya harus terselamatkan! Agar tidak jadi liar, agar selalu ada dalam keabadian. Ada dalam bingkai syari’atnya. Akhirnya diapun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu. Akan tetapi keinginan tidak selalu seiring sejalan dengan takdir Allah. Ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapak saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, pupus sudah harapan si pemuda untuk menyemai cintanya dalam keutuhan syari’at. Gadis yang telah dipinang tidak boleh dipinang lagi. Tidak ada jalan lain. Tidak ada jalan belakang, samping kiri, atau samping kanan. Mereka sadar betul bahwa jalinan asmaranya harus diakhiri, karena kalau tidak, justeru akan merusak ’anugerah’ Allah yang terindah ini.

Bayangkan, bila dua kekasih bertemu dan masing-masing silau serta mabuk oleh cahaya yang terpancar dari orang yang dikasihi, ia akan melupakan harga dirinya, ia akan melepas baju kemanusiaannya dengan menabrak tabu. Dan, sekali bunga dipetik, ia akan layu dan akhirnya mati, dipijak orang karena sudah tak berguna. Jalan belakang ’back street’ tak ubahnya seperti anak kecil yang merusak mainannya sendiri. Penyesalan pasti akan datang belakangan, menangispun tak berguna, menyesal tak mengubah keadaan, badan hancur jiwa binasa.

Cinta si gadis cantik dengan pemuda tampan masih menggelora. Mereka seakan menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis berpikir barangkali masih ada celah untuk bisa ’diikhtiarkan’ maka rencanapun disusun dengan segala kemungkinan terpahit. Maka si gadis mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya:

”Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku dan karenanya betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mau datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat itu dengan seksama, si pemuda tampan itu pun berpesan kepada kurir pembawa surat wanita pujaan hatinya itu.

“Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar bila aku sampai durhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah kurir kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda tadi.

Tawaran ketemuan? Dua orang kekasih? Sungguh sebuah tawaran yang memancarkan harapan, membersitkan kenangan, menerbitkan keberanian. Namun bila cinta dirampas oleh gelora nafsu rendah, keindahannya akan lenyap seketika. Dan berubah menjadi naga yang memuntahkan api dan menghancurkan harga diri kita. Sungguh heran bila saat ini orang suka menjadi korban dari amukan api yang meluluhlantakkan harga dirinya, dari pada merasakan keindahan cintanya.

“Sungguh selama ini aku belum pernah menemukan seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah swt seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak menyandang gelar yang mulia kecuali dia, sementara hampir kebanyakan orang berada dalam kemunafikan.” Si gadis berbangga dengan kesalehan kekasihnya.

Setelah berkata demikian, gadis itu merasa tidak perlu lagi kehadiran orang lain dalam hidupnya. Pada diri pemuda itu telah ditemukan seluruh keutuhan cintanya. Maka jalan terbaik setelah ini adalah mengekalkan diri kepada ’Sang Pemilik Cinta’. Lalu diapun meninggalkan segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya.

Bila kerinduan kepada kekasih telah membuncah, dan dada tak sanggup lagi menahahan kehausan untuk bersua, maka saat malam tiba, saat manusia terlelap, saat bumi menjadi lengang, diapun berwudlu. Shalatlah dia dikegelapan gulita, lalu menengadahkan tangan, memohon bantuan Sang Maha Pencipta agar melalui kekuasaa-Nya yang tak terbatas dan dapat menjangkau ke semua wilayah yang tak dapat tersentuh manusia., menyampaikan segala perasaan hatinya pada kekasih hatinya. Dia berdoa karena rindu yang sudah tak tertanggungkan, dia menangis seolah-olah saat itu dia sedang berbicara dengan kekasihnya. Dan saat tertidur kekasihnya hadir dalam mimpinya, berbicara dan menjawab segala keluh-kesah hatinya.

Dan kerinduannya yang mendalam itu menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhirnya Allah memanggil ke haribaanNya. Gadis itu wafat dengan membawa serta cintanya yang suci. Yang selalu dijaganya dari belitan nafsu syaithoni. Jasad si gadis boleh terbujur dalam kubur, tapi cinta si pemuda masih tetap hidup subur. Namanya masih disebut dalam doa-doanya yang panjang. Bahkan makamnya tak pernah sepi diziarahi.

Cinta memang indah, bagai pelangi yang menyihir kesadaran manusia. Demikian pula, cinta juga sangat perkasa. Ia akan menjadi benteng, yang menghalau segala dorongan yang hendak merusak keindahan cinta yang bersemayam dalam jiwa. Ia akan menjadi penghubung antara dua anak manusia yang terpisah oleh jarak bahkan oleh dua dimensi yang berbeda.

Pada suatu malam, saat kaki tak lagi dapat menyanggah tubuhnya, saat kedua mata tak kuasa lagi menahan kantuknya, saat salam mengakhiri qiyamullailnya, saat itulah dia tertidur. Sang pemuda bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan.

“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Tanya Pemuda itu di alam mimpinya.

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih…

cinta yang terindah adalah mencintaimu,

sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.

Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu

burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:

Aku berada dalam kenikmatan

dalam kehidupan yang tiada mungkin berakhir

berada dalam syurga abadi yang dijaga

oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa

yang akan menunggu kedatanganmu,

wahai kekasih…

“Di sana aku bermohon agar engkau selalu mengingatku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” Pemuda itu mencoba merespon syair kekasihnya

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, hingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab si gadis kekasihnya itu.

“Bilakah aku dapat melihatmu kembali?” Tanya si pemuda menegaskan

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” Jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, akhirnya Allah mewafatkan dirinya. Allah mempertemukan cinta keduanya di alam baqa, walau tak sempat menghadirkan romantismenya di dunia. Allah mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua menjadi pengantin syurga.

Subhanallaah! Cinta memiliki kekuatan yang luar biasa. Pantaslah kalau cinta membutuhkan aturan. Tidak lain dan tidak bukan, agar cinta itu tidak berubah menjadi cinta yang membabi buta yang dapat menjerumuskan manusia pada kehidupan hewani dan penuh kenistaan. Bila cinta dijaga kesuciannya, manusia akan selamat. Para pasangan yang saling mencintai tidak hanya akan dapat bertemu dengan kekasih yang dapat memupus kerinduan, tapi juga mendapatkan ketenangan, kasih sayang, cinta, dan keridhaan dari dzat yang menciptakan cinta yaitu Allah SWT. Di negeri yang fana ini atau di negeri yang abadi nanti.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Ruum : 21).

dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i dll.

Aidil Heryana, S.Sosi
Bila seorang kekasih telah singgah di hati, pikiran akan terpaut pada cahaya wajahnya, jiwa akan menjadi besi dan kekasihnya adalah magnit. Rasanya selalu ingin bertemu meski sekejab. Memandang sekilas bayangan sang kekasih membuat jiwa ini seakan terbang menuju langit ke tujuh dan bertemu dengan jiwanya.

Indahnya cinta terjadi saat seorang kekasih secara samar menatap bayangan orang yang dikasihi. Bayangan indah itu laksana air yang menyirami, menyegarkan, menyuburkan pepohonan taman di jiwa.


*p/s sumber - mukabuku
hari ni nak gerak balik kg. Doakan aku selamat dala perjalananan..cewahh mcm jauh jerk.
.

Sakit!

Aku tak boleh tidur!! perut aku wat sakit balik..mencucuk-cucuk..Ya Allah..kuat kan aku.!! Ujian ini di beri sbb Kau tahu aku mampu hadapinya kan..harap aku boleh tidur..sakit hilang..dan paling berharap esok aku boleh drive nak balik..

*pejamkan mata...
alunkan syifa..

Mudahnya Aku..

Aku tidak tahu atas kewarasan apa aku berfikir sekarang ini. Tidak membuat pertimbangan dengan sebaiknya dalam membuat keputusan tentang masa depan sendiri. Aku mahu bercerita tentang ribat ini. Ya, walau hakikatnya nampak sudah berjalan dengan baik..namun semuanya mungkin kerana aku lebih mengalah. Kadang-kadang terasa begitu bodoh membiarkan hati begitu mudah mengalah. Dulu aku tidak seperti ini. Tunduk dan mengalah pada sesuatu yang seperti "itu" . Aku pertaruhkan hati aku untuk di calar berkali-kali. Taat dan setianya aku dalam merawat kerenah itu. Entah bagaimana begitu lurusnya aku mengikut acuan yang diciptanya. Aku sendiri tidak pasti diri akukah ini.?? Aku di tegah terus-terusan begitu membina ilusi yang tinggi. Biarkan dia mengejar dan aku teruskan berlari. Sesungguhnya berlari aku hingga benar2 dia mengejarku. Namun..aku tidak berdaya..aku lelah dipertengahan jalan. Aku tersungkur. Oh Tuhan..bantu aku..agar aku terus berlari..dan berlari. Masih terlalu awal untuk mencipta yang indah2. Segalanya masih terlalu dangkal untuk aku mengukur tahap manakah istilah ribat itu dalam dirinya! Benar-benar atau sekadar berjenaka sahaja. ..Mengapa aku begini...mengapa..keluh aku ini ya..agak kesal pada tindakan hati yang melulu..! Hati..usirlah "rasa" itu pergi..biar aku biasa tenang-tenang di sini..

Wednesday, November 25, 2009

Dan Inilah Kejutannya..

Ya..akhirnya, aku akan terima kejutan besar itu..haha ( yelah dah 2 hari mc!!) dan kejutan itu di depan mata aku sekarang..mungkin benar atau mungkin juga kebetulan..Aku kena menjawab ahli panel audit sorang-sorang.!!! nak ketawa pon ada..nak menangis pon ada..tak apa lah. Aku yakin...aku mampu jawab sebaik mungkin. Bukan mencari kesalahan tapi teguran jika ada nanti adalah sebagai penambahbaikan..POSITIF!!!



*p/s entah kenapa..dalam hati aku terlalu sedih..sedih dgn apa yg jd pagi ni..buang jauhhhhh! aku tak suka berperasaan begini..tak suke..tak suke!!!

Kejutan Besar

Aku dah berkira-kira untuk lelapkan mata seawal mungkin td. Tapi inilah masalah aku..aku pernah tuliskan..bila aku nak tido je..macam-macam kepala aku fikir. Dan apa pula yang aku fikir skang ni..Ermm..baru je nak tidur..tetiba teringat kata-kata sorang teman aku.."akan ada kejutan besar dalam masa terdekat ini" arghhhh...selalu tak fikir..time-time aku nak tidur tadi ni tertiba teringat pula..berkaitan apakah ini!! Aku tidak mahu kejutan yang negatif..ya aku tidak mahu..lelah rasanya waktu ini nak terima kejutan yg begitu..bersoal kait dengan ribat kah?? Arghh tidak juga mahu yang negatif..semuanya semakin baik..tidakkkkkk..tidakkkk..aku tidak mahu fikir..mahu tidurrrrrrrrr!!! ( sambil terus mengira kambing biri-biri dengan harapan terus terlena..)

Tuesday, November 24, 2009

Buah Tangan..

Lega berada di rumah utk berehat. Reaksi doktor juga positif. Alhamdulillah harap-harapnya terus begitulah. Ada buah tangan yang perlu aku bawa ..huhu part ni aku paling culas..
  • Transamin
  • Merislon
  • Macgel (ala ni aku selalu dpt..haha)
  • yg ni xde label..haha
Kalau keadaan masih sama...aku terpaksa ke sana semula..Huh chayok..aku nak balik raya..!! takmo ..takmo ke sana lagi..

Doa

Doakan saya supaya baik-baik sahaja..keadaan saya masih seperti semalam. Alhamdulillah saya masih mampu bertahan walau terasa badan lemah. Doakan saya..doakan saya..terima kasih kepada teman yang bertanya khabar dan nasihat.

Monday, November 23, 2009

Cuti Sakit

Pukul 4 pagi tadi aku mmg dah terjaga kerana tidak tahan sakit..dan kerana aku tidak selesa. 2 malam tidur dalam keadaan sujud. Alangkah indahnya aku ketika itu kalau sujud itu terjadi kerana qiamnya aku kepadaMU..tapi tidak..kerana aku sakit! dan kalimat2 namaMu disebut2.Ya bila sakit baru nak ingat!! padankan muka. Berkira-kira mcm tak daya nak pegi pejabat hari ni. Aku sms kakak penyelia. Mungkin MC hari ni..kerana tuntutan tanggungjawab, aku gagah juga ke pejabat.Selesaikan mana yg patut.Pengaliran yang banyak masih belum berhenti. Aku pun pelik.Tak penah jadi mcm ni. Muka aku pucat dah. Kakak penyelia bawa aku g klinik kesihatan. Aku minta ubat tahan sakit. Aku di suruh rehat di rumah. Sampai sekarang masih belum berhenti. Tengoklah petang atau malam nanti..kalau masih sama aku ajak kakak penyelia ke klinik pakar. Takutnyaaa..


*p/s : nanti akan ada org kata..x malu ke nak posting menda mcm ni..Jawab aku..ini perkara biasa dan normal bg semua wanita..dan mungkin ada kawan2 yg pernah jd mcm aku nih..tolong tinggalkan komen!

Sunday, November 22, 2009

Ketidakstabilan..


Lesu..

Letih..

Pucat..

Tidak bermaya..

Gigil..

Sakit teramat..

Alunan zikir syifa..

Lawan dalam hati..

Gagah memenuhi tugas hakiki..



* jerit dalam hati " cpt sihat..cpt sihat..cpt sihat..lalalalalalalala"

Saturday, November 21, 2009

Satu Hari Satu Perkara Baru.

Cuaca luar masih renyai..dingin dan selesa..selesa untuk terus mendiam dalam selimut..hahaha! Tidak..tidak..lawankan saja rasa itu..banyak perkara perlu aku urus hari ini. Semalam adik call kata mahu singgah dan menumpang tidur di rumah kerana dia menghadiri majlis perkahwinan kawannya di Penang. Anda di alu-alukan. Jadi sedang fikir juga apa yang nak di masak. Buat sesuatu perkara yang lain la..Cari menu baru. Sentuh pasal baru..teringat kata kawan.."satu hari satu perkara baru perlu kita tahu" ya..aku ingat itu. Tak kira dari mana perkara itu kita perolehi.Semuanya adalah ilmu.! Untuk kawan..lepas ni tak nampaklah lagi di catatan Live Traffic Feed saya kehadiran dari Muscat ya! Semoga dipermudahkan segala urusannya amin!

Semalam juga..ada sesuatu ilmu baru juga diperolehi. Berbual panjang dengan rafeq tentang ilmu tajul muluk ilmu persoalan tentang tafsiran diri mengikut kitab melayu lama. Masih bersambung lagi..tak habis lagi nak jawab soklan..wakakaka motif apakah semua ini. Tapi katanya ini hanyalah sebagai perolehan ilmu yang sekadar menambah ilmu yang ada. Jangan dipegang sebulatnya kerana boleh mendatangkan syirik! Jika ada persamaan..kelebihan itu jadikan satu medium utk terus ke depan! huhh chaiyukkk!! Tetiba ada rasa cerah berbunga-bunga dalam hati..ahahahahah (jgn speku yg bukan2!)

Friday, November 20, 2009

Kesibukan

( entry smlm yang di post pada hari ini)

19 November 2009

Pagi-pagi lagi dah jenguk "dunia sepi" tapi lesu nak menaip. Rasa ada banyak perkara nak dicerita..cumanya terpikir ada banyak perkara lagi yang perlu diberi tumpuan utama. Otak ini perlu penumpuan maksimun pada kerja-kerja hakiki dahulu hari ini..Sehari ini memang terlalu sibuk aku rasa. Menjelang audit memang gini gayanya..bukan tidak bersedia sebelumnya..tapi terdapat penambahbaikan-penambahbaikan yang perlu di masukkan. Hari ni aku dan penyelia gigih melihat balik plan Pengurusan dan Pencegahan Risiko bagi Unit kami. Lihat dan semak kembali apakah perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu. Rasional atau tidak..sedikit keluhan di hati...ketika kami berdua berlaga pen dan kertas menyiapkan tugasan ini. Biar saya dan kakak yang setia membantu ini saja yang mengerti. Akak sangat2 sayang akak..! Susah senang nangis ketawa kita sama-sama..teringatkan masa kita nangis sama2 dalam toilet sbb kerja banyak pastu kena marah..(suke-suke je marah kita)! wakakak kelakar kan..!Bila masa-masa kecemasan begini muka insan berdua inilah yang ketat! Kepala insan berdua inilah juga yang menanah..hihihi..takutkan..dalam situasi begini juga ketawa yang paling kuat kedengaran adalah kami..( jgn igt kami gila..cuma saiko je sket) walau kepala sakit, walau badan penat, sendalah penawar kami..semuanya kami harung bersama..kredit untuk kakak penyelia tersayang saya.!!
Oklah..bz..nanti kalau rajin smbung lagi..


haa..amik..tak cukup meja sampai ke lantai!
(pekerja dah pengsan masa ni(saya dan kakak penyelia)..hehe)




Tanpa Tajuk...


Lontar pendam di rasa..
Harap kata mengerti..
Diam membiar jadi misteri..
Tinggal selalu tertanya di hati..!







*********************************************************************

Wednesday, November 18, 2009

Kopi Hang Tuah..

Pagi ini aku rasa aku comel..hahaha (Pengsan perasan!) Aku tidak sihat semalam. Tidur aku terganggu2. Tidur pun agak lewat semlm. Pukul 1.25 am..(Huuuh..apa nk jadi..) Jadi aku telah bersedia adanya aku akan ke pejabat dengan keadaan yang sangap-sangap ayam. Kebiasaannya kalau aku nak bagi mood aku begitu bersemangat waja ke pejabat dan tersenyum riang bekerja..aku akan pakai comel2 ( aku sedar diri tidak cantik) ataupun memakai baju yang baru. Tak apalah aku perasan sendiri pun. Asalkan aku begitu puas dan yakin untuk tersenyum dan bersemangat bekerja. Bagitulah kaedahnya yang aku guna..hhihi..memang menjadi!! Tambah menjadi kalau ada yang berkata " Huishh comeinya arini!!"" (makkkkkkkk..rasa nak terbang!!) Owhh..aku nak citer pasal Kopi Hang Tuah tadi..melalut plak.. Walaupun aku bersemangat waja ke pejabat hari ni..tapi mata aku yang besar ni masih asik nak tertutup je.. Aku dah asik duduk bangun je dari meja kerja aku ke tandas. Belek2 muka..haha tepuk2 pipi..Keluar tandas lalu depan pantry..Aku terpandang dalam bekas tupperware "Kopi Hang Tuah" haha aku ketawa sendiri dalam hati..macam-macam nama kopi di pasaran sekarang ni. Aku mengantuk. Orang kata kalau nak bagi hilang mengantuk minum KOPI..! Aku mmg tak suke dan tak boleh minum kopi. Aku fobia sebab kalau aku minum kopi2 jenis yang 3+1 , atau apa jenis kopi dan nescafe aku akan pening dan muntah2.. sejak itu aku menjauhkan diri dari KOPI.! Tapi...sebentar tadi..aku tak tahulah kenapa hati aku begitu kepinginkan "Hang Tuah" itu. Aku lupa tentang fobia aku. Aku ambil air panas. Aku koyak uncang serbuk kopi tu (kopi tu dlm uncang mcm teh lipton ) Aku bancuh dan minum.. Kopi ni hitam..takde rasa nescafe. Mmg kopi asli kot. Tak semena kawan aku datang. " Weh minum air apa ni..cair semcam je..!" aku jawab sambil tunjuk dia pek kopi tuh..Terus dia ketawa kuat-kuat..! " Sejak bila belajar minum kopi ni??" " Sejak tadi.." aku jawab selamba... " Orang tak minum kopi cair macam air teh !! ini teh ke kopi??" huhuuhuu..ketawa sambil blah..peduli kan..hehe..cair ke pekat ke..aku rasa kopi Hang Tuah tu buat aku kuat plak..Mata bulat aku bersinar tak mengantuk2 plak..hahahaha..(aku promote kopi tersebut secara percuma!)

p/s - Motifnya..kalau kita yakin sesuatu perkara itu..yakinlah .yakin dan yakin! masa nak minum tadi aku yakin je aku tak pening.!
- Aku perasan sesuatu..kalau aku normal ayat aku mcm sampah sket..haha tiada bahasa kias pujangga tinggi ke awan..berpijak di bumi nyata..ngee..
- Ehh..terpandang ada follower baru le..siapakah anda..terima kasih la memfollow blog saya..(malu!)

Tuesday, November 17, 2009

Azimat Ibu..

Nak mak...masa ni mmg rindu sgt2 kat mak..aku tak larat sangat2. Semalam demam..tp aku gagahkan diri. Makan ubat..malas nak manjakan diri. Hari ni badan aku memberontak. Suhu badan stabil. Tapi..satu badan meragam. Pinggang aku rasa berapi mencucuk2. Bahu aku rasa ketat. Betis aku rasa keras. Tumit aku sengal.Arghh..menda semua ni..Sendi semua sengal2. Balik kerja td aku lena terus depan tv. Dalam lena pun aku rasa sengal2 sangat..nak makkkkkkkkk...!nak makkkkkkkkkkkk!!

Senda vs Gaduh

Seperti biasa..mula-mula ceria..senyum-senyum..gurau..gurau..dan gurau..salah ayat! ..pranggggg!! GADUH..!! part ni aku paling benci..keji sungguh! hari2 plak tuh..huhh..blah!!


p/s apa motif aku wat entry menda ni..?? motifnya berbahasa biar molek..bergaya biar cantik..waaaaaaa..kelas gitu pantun 2 kerat aku kan..kan..kan..!!!!

Kesempitan Jiwa Penawarnya...?

Pagi tadi..sedang aku bersiap ke pejabat..dengan tidak semena aku menekan suiz TV. Tukar-tukar siaran..Sambil bersiap aku menjelang dan mendengar.."arghh tak menarik..!" Jari spontan menekan TV9. "Mukadimah" program apa ni..lantak situ la..sambil terus2 mengemas beg lappy di hadapan tv. Seorang ustazah comel cantik dan ayu sedang berbicara..ckp dlm hati sendiri .." Subhanallah! cantiknya dia.." Tapi aku bkn nk cerita tentang kecantikan dia. Cuma aku begitu tiba-tiba tertarik dengan isi yang ustazah tu sampaikan. Mengenai kesempitan jiwa manusia. Dalam hidup kita punya masalah masing-masing. Kesempitan dan kegusaran tak kira apa hal sekali pun. Masalah keluarga..kewangan, tempat kerja, rakan dan sebagainya termasuklah satu masalah yang dialami oleh semua iaitu kesempitan jiwa. Pergilah kemana juga untuk menghibur jiwa..ada yang berhabis wang ringgit semata2 untuk menghilangkan kegusaran jiwa. Melancong ke seluruh dunia hingga ke Utopia.! Mengambil barang terlarang dan sebagainya..Namun semua itu sekadaran buat sementara. Pulang ke rumah.. kegusaran kembali menjelma. Kenapa..? soal ustazah..aku diam melengu..masih tak ganjak di hadapan tv. Kerana kosongnya jiwa! jawab ustazah sambil tersenyum..Satu penawar dan hikmah mengapa Al-quran diturunkan kepada manusia, iaitu khalifah yang sesungguhnya layak menjaga Qalam Allah ini ialah kita untuk dibaca sebagai mengisi jiwa. Lanjut ustazah cantik ini berbicara sambil disulami beberapa bait indah Qalamullah. Owhh aku begitu terkesima. Segala2nya di dalam Qalam indah itu. Ustazah membuka kisah seorang insan yang hidupnya 30thn terang dgn penglihatan tetapi tidak pernah menyentuh Al-quran. Tiba Allah mengujinya dengan hilang punca lihatnya. Diberi keinginan untuk membaca Al-quran. Gigih berusaha mendalami Al-quran secara braile dan kini katanya dia tidak menyesal menjadi buta penglihatan kerana dia amat2 bersyukur terang hatinya dengan Qalamullah. Owhh..begitu aku tertampar!! Akuu...?? tidak buta mata..tapi terus-terusan buta hatiku dengan QalamMu Ya Allah!.

p/s Jgn pernah berubah..! ayat ni tak boleh pakai dlm konteks entry di atas..sekian!

Sunday, November 15, 2009

Simple sentences with profound meanings


























* Hari ni pagi-pagi lagi semua staf dah kena marah ngan bos besar..hahaha padankan muka..malas lagi wat keja..bos kecik ckp tanak dengar. Sesekali dengarkanlah bebelan yang memedihkan telinga..tp masa tu perut aku pun pedih gak sebab lapar tak makan..haha..Lama tu dekat dua jam..semua muncung macam cencurut..wakakakaka kelakar!..Aku masuk bilik terus layan slide2 kat atas ni..malas nak ulang dengar balik kata-kata bos td..amik yg positif jer!






















Apa Mahu Ku..Apa Mahu Mu..

Kata kawan..semua apa yang kita mahu buat mesti ada matlamat. Mesti ada sebab..Mesti ada niat..dan apa sahaja yang kita lakukan..kita tahu kenapa dan mengapa perkara-perkara itu kita laksanakan. Hidup tanpa tujuan ibarat layang-layang yang melayang tanpa tali..tunggu masa je jatuh terbabas. Jadi..apa ya yang kita mahu kan??..huhh..aku tak boleh jawabkan untuk korang..kena fikir sendiri-sendiri..

Saturday, November 14, 2009

Apa saja Untuk Diluahkan..

Lepas log out Ym aku belum lelap mata..Masih terus berfikir dan berfikir. Itulah masalahnya aku..terlalu suka sangat berfikir masa nak tido...akhirnya entah pukul berapa ntah aku terlelap. Sedar2 dah pukul 6.45..gegas2 bangun mandi dan solat. Tapi kan..aku sket cuak masa terjaga pagi td..rumah aku gelap je..selalu kalau nak tido aku on lampu kat dapur..siapa pulak la yang off kan..hiusshhh seram tetiba..kalau nak kata blackout, kipas bilik berpusing ligat..(gegegegegege) Tak mengapalah..abaikan. Lepas solat..terima panggilan dari mak..
"Assalamualaikum..dah solat..? Kat mana ni..?"
"Wsalam..dah. Kat rumah. Tapi nanti nak ke opis. Hari ni kena keja.."
" Keja ok..? Macam mana kesihatan..? Mak nak bagitau hari ni Makyang (adik mak) nk berangkat ke Mekah.."
"Owhh..alhamdulillah keja ok..Kesihatan pon ok ..(mcm sakit dada ar dr smlm sbb nangis..haha tp x kasitau mak la..) Nanti mak pesan kat makyang eh suh tolong doa2kan orang (aku) kat sini."
" InsyaAllah..Jaga diri..Assalamualaikum."

Mak memang selalu akan call waktu pagi..kejutkan subuh. Dan biasanya mak juga akan call waktu malam. Dan soalan wajib mak.."Dah Solat?? Kat mana ni..?" Iyer dan soalan2 itulah yang buat aku sangat2 fobia. Aku tahu mak risau..risau apa yang aku buat..dengan siapa aku berkawan..aku di mana..kenapa mak nak tanya semua tu..? Jawapannya sbb mak sayang aku dan aku seorang perempuan! Mak..anak mak ni kan..sebenarnya taat dalam engkar..haha apa ituuuuuuu...tapi..kalau mak nak tahu..pape pon yang org nak buat. .org mesti ingat mak dan abah. Ingatan inilah yang akan org semat walau apapun tindakan yang org nak buat. Kuar malam?? org mmg ada kuar malam..tp tak selalu. sekarang ni lagilah . Orang asik duduk umah je. Pagi pegi keja..petang balik rumah..mendiam di rumah . Kalau mak nak tahu lagi..Hari minggu pon orang duduk rumah je. Haha..tak kuar2 langsung. Jiran pon tak nampak batang idung anak mak ni kat luar rumah. Cuma nak minta izin sekali-sekala berjaiho dengan kawan2..haha selalunya aku berjaiho dulu baru bagitau mak..haha itulah yang engkarnya.! Kalau nak cerita time2 belajar dulu lagi la..Ada2 masa balik lewat mlm..tp itulah igtan pada mak dan abah buat aku pikir sangat2 pada setiap tindakan yang aku akan buat. ( iskk..cwek betul tetiba cry*)

Mak..maaf ye..selalu tak endah pada soalan2 mak yang lalu. Selalu berlalu bila mak ajak berbicara. Selalu mendiam dalam bilik bila mak ketuk pintu..Selalu mengalih duduk bila mak menghampir. Mungkin mak terasa. Tapi aku terpaksa. Aku sesak di asak. Hakikatnya mak..hati anak mak ni sebenarnya bukanlah setenang yang disangka. Bukanlah setabah butir bicara yang aku lontarkan. Aku cuma pohon satu dari mak..restu kehidupan aku..aku begitu sakit di sini..!!

Mengapa Masih Bertahan




Sakit..! terlalu sakit.
Tapi mengapa harus terus bertahan..??
Apa penguatnya..?
Mengapa dibiar walang sendiri..

Ribat apakah ini..
Sendu berselang hari..
Perasaan memakan diri..



p/s maaf..semua entry berkisar ttg perasaan yg rawan..huh!

Friday, November 13, 2009

Kisah Teman..

Seorang sahabat jauh muncul tiba-tiba..pesanan diterima.."Jom shopping!!" sekadar membalas..sambil tersenyum.." Jangan boros.." selalu benar sahabat ini muncul masa-masa aku perlu untuk tersenyum..walau ringkas dan sederhana..namun..kesan ambil berat ada! secara yang natural. selesa..di terima. Waktu-waktu tidak diduga juga dia muncul lagi..dengan nada yang begitu ceria.."Jangan2 kau menolak cintaku..Jangan..Jangan..- ahaks..lagu puspa..! dan sang panglipura meneruskan ceritera..aku menjadi pendengar yang setia. Begitu hebat rupanya sang sahabat. Kisah demi kisah menjadi pengikat dan nasihat. Semuanya juga secara yang begitu natural. Dalam spontan..lucu dan ketawa..ada mesej berguna yang diselit.. " Kita mesti tahu apa yang kita mahu dalam hidup kita..!" Diam aku dalam2 berfikir.." apa sebenarnya yg aku mahu dlm hidup aku..??" dan soalan itulah yang sentiasa bermain dalam hati dan fikiran aku hingga kini. Aku begitu kagum..melalui ceritera sahabat..betapa gigih dia menyusun perjalanan hidupnya. Walau dalam sulam kisah tanpa segan dia pernah menyatakan kakinya juga pernah tersadung dan jatuh. Setiap manusia ada kisahnya tersendiri.. Ya benar..! Ada sesuatu yang membataskan..perbualan terhenti.


*********************************************************************************************

Tidak Mengerti...

Di mana letaknya diri..? Terlalu tidak mengerti. Segala tidak seperti lain. Mungkin terlalu peribadi dan bersahaja bagi dirinya. Tapi bukan untuk aku! Terlalu bersahaja walau hakikatnya ada letaknya diri "disitu" mungkin akan merosakkan "rasa" yang ada. Walang rasa di layan sendiri. Hingga lali dengan situasi begini. Benar bukan semua serupa. Tapi dimanakah usahanya.. atau hanya mahu aku sahaja yang tampak "rasanya"?? Selalu aku biaskan kembali padanya soalan yg diberi. Biar..aku juga mahu tahu. Tidak jujur membohong diri..Lurutkan sedikit egomu..aku juga ada ego ku sendiri.! Cubalah untuk memahami..sebelum semuanya hilang..!


Wednesday, November 11, 2009

Menjaga Hati


Seketul daging..




Kandung rasanya..

Titik mula niatnya..

Gerak tindak lakunya..

Cetus kesan impaknya..







* Lelah menjaga hati sendiri..! Inikan pula menjaga hati yang lain..

Monday, November 9, 2009

Langsai..

Gigih dan tekun melangsai keja yang masih berbaki. Aku tenang2 sahaja hari ini. Mata tak mengantuk. Dengar saranan 'sahabat' . Ceria dan senyum2 selalu. Semalam pon kena tegur ngan bos..nape muka berkerut2..wakakakaka..saya mmg suke wat garisan dimuka..:P Alhamdulillah perjalanan 'ribat' ini baik. Aku bersyukur sangat-sangat. Banyak iktibar dan hikmah mengapa sesuatu ujian itu diberi. Kalau tidak begini aku terus menjauh. Mula leka dengan kesenangan hati dan tanpa sedar aku memaksa hati aku mati dari terus mengingatiNya secara terang-terang! Dek kerana susun atur jadual yang agak padat, aku terpaksa bersiap dari sekarang. Kerja yang ada perlu dilaksanakan secara berdikit2 walau due date lambat lagi. Aku tak mahu tersungkur lelah sebelum tempohnya! Aku bkn jenis suka bawak balik kerja opis ke rumah. Di rumah aku ada aktiviti aku sendiri..hahaha (apa tuu...)

Sunday, November 8, 2009

Campur-Campur

8 November 2009

Menghitung-hitung Hari..
Dalam dua bulan ni mmg terlalu banyak tarikh-tarikh penting yang perlu aku ingat. Dan banyak jugak la perkara-perkara yang perlu aku laksanakan..

7/11/09 Pendaftaran pel.baru pra asasi
15/11/09 Pendadataran pel. lama asasi
6/12/09 Temujanji dengan doc.Jamilah Abdullah
10-13/12/09 Lawatan kerja Ke Kuching ( aku macam taknak pegi..haha)
15-17/12/09 Seminar Kebangsaan di KL
19/12/09 Pendaftaran Pel. Baru Dip
22/12/09 Audit datang lagi..
3/1/10 Radiologi test
9/1/10 2nd intake
10/01/10 Whoopss... tarikh keramat!.No cantik kan..

Aku mark tarikh2 ni sbb aku takut lupa.At least aku bukak blog dan aku akan baca balik. Banyak aje lupa kalau bab2 tarikh ni . Mesti banyak tertelan semut.huihh..Haritu aku lupa nak hadir kenduri sahabat aku. Aku mmg ingat dia kawen bln November ni. Dah berkira-kira nak apply cuti..bayangkan dlm pertengahan November. Dan konon2 plan ngan kawan lain. Sekali aiyak dia kawen 1 November. Kawan ngan dan plan ngan aku tu call. "Weh Cik kak kat mana ni.?? Kami on the way.." aku " On the way g mana?" dia " Gi Kenduri Erna la..!!" terkedu aku.. "err... wa kat opis ni....Uwaaaaaaaaa...wa lupa..seyes langsung forgot ler..!! Ampun pak..ampun kak.." huh..teruk kan.. oleh kerana juga aku di utara, hari cuti tak sama..kebanyakan kenduri2 kawen kawan aku yang tak dapat aku hadiri. Sedih beb. Nanti time aku korang jangan la boikot plak...:( ambe bkn sengaja. Dan..dalam bulan-bulan yang tersangat la banyak jemputan kenduri kawen..aku pun rasa akan ada yang tak dapat aku hadiri lagi. Sebabnya time-time ginilah aku akan membz..dengan persediaan kedatangan warga2 baru. Maafkan saya sekali lagi teman-teman..

***********************************************************************************

7 November 2009

Semalam tak sempat nak posting sbb aku kerja. Bertugas kat check point 1 sistem pandu lalu pendaftaran. Senyummmmm sepanjang hari menyambut kedatangan warga baru. Semalam cuaca terik dan panas teramat selepas 2 hari hujan tanpa henti. Keberadaan aku di bawah canopi biru tu dari pukul 7.30 pagi - 4.30 petang. Gagah mengikhlaskan senyuman dibawah bahang mentari. Dan..setiba di rumah..aiyak pipi ku merona merah!! Pedih terhiris..hahahaha..takde menda nak taip..dabes!