Sunday, November 8, 2009

Campur-Campur

8 November 2009

Menghitung-hitung Hari..
Dalam dua bulan ni mmg terlalu banyak tarikh-tarikh penting yang perlu aku ingat. Dan banyak jugak la perkara-perkara yang perlu aku laksanakan..

7/11/09 Pendaftaran pel.baru pra asasi
15/11/09 Pendadataran pel. lama asasi
6/12/09 Temujanji dengan doc.Jamilah Abdullah
10-13/12/09 Lawatan kerja Ke Kuching ( aku macam taknak pegi..haha)
15-17/12/09 Seminar Kebangsaan di KL
19/12/09 Pendaftaran Pel. Baru Dip
22/12/09 Audit datang lagi..
3/1/10 Radiologi test
9/1/10 2nd intake
10/01/10 Whoopss... tarikh keramat!.No cantik kan..

Aku mark tarikh2 ni sbb aku takut lupa.At least aku bukak blog dan aku akan baca balik. Banyak aje lupa kalau bab2 tarikh ni . Mesti banyak tertelan semut.huihh..Haritu aku lupa nak hadir kenduri sahabat aku. Aku mmg ingat dia kawen bln November ni. Dah berkira-kira nak apply cuti..bayangkan dlm pertengahan November. Dan konon2 plan ngan kawan lain. Sekali aiyak dia kawen 1 November. Kawan ngan dan plan ngan aku tu call. "Weh Cik kak kat mana ni.?? Kami on the way.." aku " On the way g mana?" dia " Gi Kenduri Erna la..!!" terkedu aku.. "err... wa kat opis ni....Uwaaaaaaaaa...wa lupa..seyes langsung forgot ler..!! Ampun pak..ampun kak.." huh..teruk kan.. oleh kerana juga aku di utara, hari cuti tak sama..kebanyakan kenduri2 kawen kawan aku yang tak dapat aku hadiri. Sedih beb. Nanti time aku korang jangan la boikot plak...:( ambe bkn sengaja. Dan..dalam bulan-bulan yang tersangat la banyak jemputan kenduri kawen..aku pun rasa akan ada yang tak dapat aku hadiri lagi. Sebabnya time-time ginilah aku akan membz..dengan persediaan kedatangan warga2 baru. Maafkan saya sekali lagi teman-teman..

***********************************************************************************

7 November 2009

Semalam tak sempat nak posting sbb aku kerja. Bertugas kat check point 1 sistem pandu lalu pendaftaran. Senyummmmm sepanjang hari menyambut kedatangan warga baru. Semalam cuaca terik dan panas teramat selepas 2 hari hujan tanpa henti. Keberadaan aku di bawah canopi biru tu dari pukul 7.30 pagi - 4.30 petang. Gagah mengikhlaskan senyuman dibawah bahang mentari. Dan..setiba di rumah..aiyak pipi ku merona merah!! Pedih terhiris..hahahaha..takde menda nak taip..dabes!




No comments:

Post a Comment