Saturday, June 18, 2011

Aktiviti Pelajar

Subhannallah.. Alhamdulillah~

Menaip dari pejabat. Hari ni berlangsung aktiviti sukan kolej anjuran JPK kolej aku. Program ketiga kalinya aktiviti secara rasmi oleh JPK yang dilantik. Mereka-mereka ni kebanyakannya tiada pengalaman secara terlatih. Cuma dikalangan mereka dahulu diperingkat sekolah kebanyakan merupakan pengawas dan sebagainya. Spatutnya lantikan dibuat menerusi pilihanraya..namun calon yang menyertai adalah sangat kurang. Sedikit temuduga dibuat bagi melihat ketrampilan diri. Dan..merekalah yang dipilih. Secara terus terang melalui pengamatan aku..mereka mampu bekerja..namun dari segi protokal dan tatacara majlis serta beberapa urusan rasmi perlu dibimbing. Aku juga baru dalam segala segi..aku positifkan diri kami sama-sama belajar. Ini juga pengalaman pertama aku menjadi penasihat bagi JPK. Terus terang juga aku katakan.agak memenatkan. Aku ambil pendekatan penglibatan secara total dalam semua aktiviti yang dikendalikan. Aku perlu teliti semua kertaskerja. Aku perlu campur urus dalam semua urusan rasmi. Memang nampak kurangnya mereka disitu. Walau ada beberapa perkara yang aku agak kecewa..(aku kan cepat nak marah) bila terdapat kesilapan..cepat2 aku sabarkan hati..mereka baru bertatih. Aku harap..selepas ini mereka mampu berdikari dan mampu memberi impak yang baik bila mereka melangkah keluar dari kampus ini nanti. Ini semua latihan sebelum kalian ke dunia luar. Untuk aktiviti hari ini..walaupun kertaskerja dan perancangan awal kami diubah pihak atasan dalam walau yang singkat (dlm masa seminggu perlu rombak balik perancangan yang telah dibuat 2 bln lalu) alhamdulillah dan syabas kepada semua JPK dan adhoc yang terlibat kerana berjaya laksanakan yang terbaik. Semua secara santai . Senamrobik, marathon,futsal,handball,netball, badminton ..sedang berlangsung..aku?? join senamrobik dan futsal..1 gol ok aku jaringkan..kemudian pancit..hahahaha jadilah kan penyeri majlis..bagi aku kadang2 penglibatan kita memberi semangat kepada mereka..

Minggu depan kami akan ke negeri pantai timur. Program Menjana Pandangan Pemimpin. Semoga urusan kami dipermudahkan pergi dan balik. Jauh perjalanan luas pandangan dan pengalaman. amin..~

Sunday, June 5, 2011

s.e.p.i

1) Khamis - kazen dtg umah..mlmnya g kuar makan western food..shopping sket2 kat tesco.
2) Jumaat - bangun awal2 pagi...bergerak ke perlis..perjalanan panjang..singgah di gurun..sarapan ala kadar.Sepanjang perjalanan bercerita kisah rutin harian..sedar tak sedar dah sampai Perlis..membeli belah tak hingat dunia..ke sana ke sini mencari apa yang diinginkan. Makan..ketawa..! Lewat senja..sampai rumah..lapar! masak bubur nasi..makan..makan..ketawa..ketawa..nonton raja lawak..3.30 pagi..mak abah adik sampai dr ipoh..Rumah meriah..!
3)Sabtu..masing2 belum hilang letihnya smlm..petang nonton Nur Kasih..makan lagi..ketawa lagi..mak abah sibuk di rumah..membetulkan itu dan ini. Malamnya..berseafood di Tanjung Dawai..makan..makan..ketawa lagi..saya bahagia..ya aku bahagia..
4) Ahad- aku cuti..pagi2 lagi dah kuar ngan kazen..g Muzium akeologi Lembah Bujang..lihat ilmu sejarah peninggalan kerajaan kedah lama..srivijaya..langkasuka.candi lembah bujang dan sebagainya..panorama indah di sana. pukul 2 sepupu pulang..aku dan semangat jiwa ke bandar..selesai segala urusan utiliti..aku transfer fulus ke akaun abah..aku tansfer tabung haji aku..alhamdulillah..boleh da ke Mekah..insyaAllah..ada lg yg betul setel..bil celcom ..bil Indah water..lapang sket aku setel. makan lagi..radix fc..balik umah aku pengsan..sedar2 aku ne masuk kampus..ada program bacaan yasiin..adik da berkira2 nak pulang..katanya busan..esok aku kerja..aku larang..pujuk semangat jiwa..jgn tinggalkan aku sendiri mlm ini..aku sedih..namun..esok aku tetap akan hadapi..waktu-waktu sepi kembali menjengah!..


p/s - aku tak suke..bila aku sedang bahagia kalian ada..getar sepi itu pasti muncul bila kalian berura-ura mahu pulang!!..

Thursday, June 2, 2011

Baran Ke Aku??

Subhannallah..Alhamdulillah..

1) Dalam hari terdekat ini..aku dan warga disini kehilangan 3 orang aset negara..Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.. urusan mereka di dunia telah selesai..kita..? masih menunggu masa...bilakah ? Itu rahsia tuhan...

2) Bertengkar lagi aku dengan "dia" ni..tiap kali akhir bulan ..mmg mcm ni la gayanya..bila aku potong2 jumlah tuntutannya..aku hanya bayar berdasarkan kerja yng dilaksanakan..aiyohh..td aku tertinggi suara..kwang..kwang..kwang..pliss ha..no hurt feeling..asik aku je ne belasah. Aku geram gak..kualiti sama je..buat kerja berdasarkan jadual la tokei..aku pon bukan suke nak potong2..tp semua ada prosuder..hermmm..letih!

3) Hemmm..tak mahu marah..letih la..sakit dada bila marah-marah..senyum ok..senyum walaupun pahit..!

Baran Ke Aku??