Saturday, June 30, 2012

Saat yang paling sukar dan derita ialah apabila kita terpaksa menahan kesakitan bersendirian. Bukan kekuatan fizikal ..tapi kekuatan emosi, akal dan aqli begitu perlu dan penting di saat-saat itu. Ibaratnya jatuh dari jurang yang tinggi ..tangan yang terlepas pautan..terus bertahan menggapai apa sahaja yang ada. Tentu hanya kepada yang SATU pergantungan harapan. Goyahnya aqidah yang satu itu..hilang pertimbangan..sekelipan mata..salah pilihan..sesal dosa hingga hari perhitungan.......

Saturday, February 25, 2012

Allah..Allah..Allah..ya Allah..





Sangat membenarkan dalam hati kalimah itu..terlalu rasa disembuhkan dengan menyebut kalimah itu..sambil berlinang airmata..sayu..namun ada rasa "kekuatan" menyubur hati yang lemah..alhamdulillah..tepat jam 7 mlm aku sampai di "rumahku duniaku". Perjalanan lancar..cuma bila melewati kawasan Juru..hujan sedikit lebat melewatkan perjalanan aku. Tekanan minyak dilonggarkan..aku tidak mahu ambil risiko..Aku masih sayangkan diri..masih ingat insan tersayang..masih ada semangat jiwa..yang tentunya tidak mahu sebarang mala petaka berlaku atas kecuaian diri aku sendiri..sepanjang perjalanan..bermacam-macam yang dtg dalam fikiran....ahhh..indahnya berangan..:) bila rasa diri semakin hanyut dan leka dalam khayalan..Ya Allah..tak sedar sedang memandu..haha..perjalanan diteruskan tenang..melewati kehijauan indah bumi tuhan..dan..dalam sunyi memandu sendiri..dtg pula ingatan yang membuat hati terlalu sakit membekam..tak sedar airmata deras mengalir..untuk apa airmata ini? Banyak sebenarnya perkara yang menyebabkan airmata ini mengalir..pertama kerana kerinduan yang teramat sangat kepadaNYA. terlalu lama aku pendam rasa yang membukam dalam hati ni..sebenarnya kesempatan bersendiri ini byk peluang utk aku mendekat..cuma aku yang tidak pandai menggunakan peluang dan ruang yg ada..YA ALLAH..aku perlu seseorang yang mampu mendekatkan rindu aku PADAMU..kedua...aku memikirkan semangat jiwa .. dia tidak sihat..kesihatannya tidak stabil akhir-akhir kembali dari tanah suci..Ya Allah...sembuhkan semangat jiwaku sepenuhnya..aku tak mampu melihat insan semulianya menerima ujian seperti ini..satu kan hati-hati kami..bahagiakan hati-hati kami..lapangkan jiwa semangat jiwa aku..aku bahtera terus dilayari dengan penuh harmoni. Ketiga..kegusaran yang dinyatakan semalam..aku tidak mampu mengungkai kegusaran itu..maafkan aku...keempat...kekuatan hati yang selalu goyah. Terasa kebodohan diri di situ. Bila Akal berfikir secara rasional..kata hati tewas dengan pujangga yang dijual beli..arghh setannya rasa itu. Lagi menjauh..lagi dikejar..apa mahunya..jangan menyiksa..ya..mungkin ia satu permainan yang menyeronokkan..tapi bukan utk semua. Lagak seperti tiada apa yang berlaku walau hakikat sebenar terlalu sakit. Api yang dulunya kecil menjadi marak menyala...akhirnya nekad..jgn berganjak..ia akan pulih seperti sediakala..

Cukuplah..perlu rehat..

Sunday, February 5, 2012

salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul..

Sepenuh-penuhnya sanjungan buat Rasul Tercinta..kami merinduimu..

Wednesday, February 1, 2012

Indahkah..?

Hanya kepadaMu Pujian Yang Selayaknya...

" Kesunyian ini..terlalu indah ..walaupun pahit ..utk menelan..walaupun pedih..sanggup ku tahan..dan kurelakannya..." - lagu Saleem..Mahligai kasih kot tajuknya..lupa dah aku..cewahh..macam ok ok je kan lirik lagu tu..sunyi itu indah..? indahkah? ya bagi aku kadang2 sangat indah..sbb aku pun bukan jenis yang suka sangat hingar bingar ..tp boleh la jugak kalau nak buat perangai..hahaha..cuma berpada-pada lah..sunyi benarkah aku??? ok tolong luruskan akal dan pandangan hati ye..aku bkn cerita pasal sunyi sbb nak berteman..tp sunyi dr segi sosial dan komunikasi aku kat sini. Ya..betul aku yang ambil keputusan untuk lebih banyak mendiamkan diri dan lebih jurus bicara kepada soal kerjaya sahaja. Dan..dia yang dulu rapat di sisi beralih arah..tindakan sangat berlawanan..lihat..di sini lah rahsia Allah diketahui..kepentingan dinilai..aku tidak ambil kisah..sesiapa berhak untuk diri sendiri..dan hak itu juga aku guna untuk diri sendiri..perlu sesuaikan diri untuk permulaan waktu. Walau kadangkala aku selalu dan ulang acap kali berkata bahawa..hanya jasad aku di sini..tapi tidak pada hati..Owhh..perlu aku positifkan hati dan fikiran..kalau dah selalu sangat aku ulang2 perkara yg sama..jadinya itu seperti yang difikirkan..Alhamdulillah..aku punya org-org positif selalu di sisi..bagi mereka-mereka..walaupun luarnya aku kelihatan sepi dan bersendiri..aku ada teman istimewa di hati..mencuit rasa..penghibur hati..terima kasih ..~ sepi itu indah..




p/s : sy windu manishati..kwangkwangkwangg..kwangg..!

Monday, January 30, 2012

Keikhlasan vs Kepentingan

Subhannallah...

Kadang-kala..kita tak pernah sangka, setiap perkara yg terjadi begitu tersusun walau pada mulanya kita tak menyedarinya. Kita telusuri jalan mengikut akal dan hati ..juga dengan adanya faktor sekeliling yang menyebabkan kita mengambil sesuatu keputusan . Hari ni..setelah apa yang berlaku sebelum cuti yang lepas..aku teguh membuat keputusan dan cara aku sendiri. Lebih cenderung dan terus cenderung hanya pada fokusnya bicara kerjaya sahaja. Cukup bagi aku..keikhlasan dicemari dan dipersalahkan satu persatu. Sang setia yang selalu di sisi juga aku jarakkan sedikit diri. Bukan kerana tiada budi balas pekerti..tetapi disebalik jalinan itu..ada tersembunyi rahsia Allah...bukan aku menghukum..cuma cukuplah untuk berhati-hati.Kepentingan begitu terlihat di sini. Bukan selama ini aku tidak pandai menilai..tetapi kerana menafi takkan ada rasa khianat bila aku telus mempercayai membuatkan aku tidak pernah terfikir akan adanya kesempatan2 diambil atas itu. Cukuplah dengan peristiwa kecil sebelum cuti..juga kiriman pesanan ringkas semasa cuti..membuatkan aku terfikir dan menilai peribadi budi tingkah seorang manusia. Aku rasa keputusan ini yang terbaik.. biar tampak egois dalam mencatur perjalanan kerjaya disini..tapi aku perlu..utk sedikit rasa hormat nilai kemanusiaan sesama insan. Maaf untuk itu..~

Hacchuummmm2

Allahuakbar...

Sesungguhnya rasa-rasa2 ujian kecil ini makin teruk hari ini..tidak sudah2 bersin sampai rasa nak terkeluar biji mata aku..batuk-batuk sampai rasa nak terkeluar anak tekak..selsema sampai rasa nak tercabut hidung..bila ditenyeh2 makin pedih. Lagi pula jerawat-jerawat kecil mula naik..banyakkkkkkk pula tu..sakittttttt sgt..k la nak g meeting..bye'

Sunday, January 29, 2012

Hachuummmmmmmm!!

Allahuakbar..

Sila duduk jauh sikit..asik terbersin2 je ni ha..hidung merening merah mcm badut..pedih asik kena usap dengan tisu..meleleh2 cair airnya..huhuu..masa nak balik demam..dan balik pun demam..nasiblah tak merasa belaian ibu..hahaha..sila layankan diri anda sendiri.. hari ni mood cuma nak meraban2 je..takde ayat 7 petala langit..balik nanti mau telan terus BEna Expectorant..mahu terbang bebas seperti burung di kayangan nan tinggi..mahu jumpa putera idaman hati..kahkahkahkahh..kau mampu?? hore..nari2 hore2 ala2 pusing unggu api..owhh..kali ini adalah pekej lengkap semuanya..tettttttts pun dah 4 hari sakitt..adoila..sgt tidak selesa adanya..kenapakah?? jangan nak wat hal mcm2..jerawat2 pun naik sana sini..owwhh angkat bendera merahh!! huwaaa...deyyy padayapa deyyyy...jgn kacau mood saya tau..kang kena hemburan naga sakti dewata raya..esok ada meeting plak pukul 10 pagi..harap2 sihat hendaknya..x larat dah nak menenyeh2 hidung ngan telan ubat sakit tekak sampai rasa dlm perut pun dah berangin2..euwww..rasa mcm ada ais kutub selatan dlm perut ok!!.


p/s walau apapun keadaannya..senyum ye..kan manis kalau selalu senyum..ngeee..

Friday, January 27, 2012

Ruang & Peluang..

Allahuakbar..Allah Maha Besar..Segalanya MilikMu ya Rabb..

Seawal jam 10.30 pagi td..aku bertemu rakan,teman,sahabat yg sudah ibaratnya saudara kandung sendiri..sentiasa menemani..memahami..mendengar..menyabarkan..menyaran..menegur..memberi pandangan..mengkritik..menasihati sepenuh hati..aku sangat beruntung..dikurniakan seorang 'sahabat' ini..tidak pernah tidak kata dan saranannya aku pandang enteng..aku padang sinis..walau kadang2 aku terasa dan seolah tidak ambil tahu..jauh mendiam dalam benak hati..aku membenarkan..dan seperti biasa..dihujung perbualan..dia akan bersuara "terpulanglah pada Fiza..akak cuma memberi pandangan..segalanya hak dan milik hati fiza utk menerima atau tidak" tiada paksaan bila dia melihat aku berdiam sewaktu berbual. Aku berdiam kerana berfikir dan merenung kata hati dan akal. Aku sebenarnya..perlu sahabat sepertinya yg sentiasa membuatkan aku positif. Ya aku senang dengannya..Alhamdulillah..

Sebelum pulang..dia berkata.."bukalah hati..berilah peluang pada diri sendiri..berilah ruang pada yg berhati..jangan siksa diri.." apa yg mahu aku balas?? Mendiam dua tiga dekad saat. sambil tersenyum tawar aku membalas .."yang dibuka kadangkala sasar pada yang mendatang..destinasi songsang..bukan menafi sunnahnya Nabi..cuma sudah terlalu takut dan gusar..apabila murah dan rendahnya hati ikhlas aku menerima..aku seperti sengaja diduga walangnya bagai tidak bermaruah aku sebagai wanita.." tahu bagaimana rasanya?? dihenyak hempedu berbaldu..kias sgt kan..Dia bertanya no yg diberi..aku menjawab "saya tidak respon". dia bertanya org yg mendekat ..aku menjawab " sudah sy delete dan blok FB serta no hpnya..sungguh merimaskan.." lantas apa yg dicari katanya ..masih bertali dengan yg empunya amanah?? aku mendiam.."tidak.." malas mahu fikir lah..aku sambung..biarlah semuanya menjadi rahsia Allah..sy sudah lelah..~ esok pulang..segalanya akan kembali sepi di sana..tiada teman bercerita..tiada teman ceria..tiada teman ketawa..yg ada mungkin hanya airmata yg semakin mendekatkan aku pada yg ESA..merintih utk sentiasa kuatkan hati aku di sana..

Memalukan..~

Subhannallah...Alhamdulillah..Allahuakhbar..

Kadang-kadang aku cukup rasa termalu dan dimalukan dengan rasa yang sangat membinasakan itu..bukan mudah aku nak melupakan calitan "rasa" sebal yg diberikan..Uuhh..kadang2 aku rasa dunia tidak adil..bias..berat sebelah..bagilah apa sekalipun istilahnya..maksud tetap sama..juga "rasa" itu tetap sama..dan kerana aku masih tidak dangkal dan cetek akal utk berfikir..aku maafkan segalanya..masih tersenyum dan ketawa ...ubat paling indah..~




p/s tp sakit juga hati ni ..hahaha..

silent reader..

Dengan Nama Allah..Tuhan Pencipta Segala CInta...

Owhh..skang silent reader..hihihi..TAPI...pasni..curhat-curhat yg bakal di curahkan akan ditapis..sebelum disiarkan..kahkahkah..takut menjadi bahan secukup rasa dan tambahan perisa utk dijadikan lauk..hahaha..welkam..enjoy reading...~

Thursday, January 19, 2012

Nikmat Sementara..

Subhannallah..Allah Maha Besar..

DIA pemberi Nikmat..dan DIA jugalah yang berhak menarik semula pemberian sementara itu. Hari ni badan memberontak lagi..huhuu..sengal betul rasanya bila semua sistem badan berantakan..malam smlm makan 2 biji panadol.weng2 juga lah rasanya pagi ini..kepala rasa makin memberat pula rasanya.Gagah diri juga ke pejabat..hari ini ada mesyuarat unit bersama bahagian Kewangan..Perlu hadir..banyak juga perkara berbangkit yang aku mahu suarakan perkenaan status permohonan peroleh tahun 2012 dan juga beberapa proses kewangan yang aku ingin tanyakan bagi melancarkan lagi kerja perlaksanaan berkaitan.
Tak banyak idea hari ni..tangan rasa masa kebas-kebas je..kepala high...penin2 syok..haha..harap-harap boleh fokus dalam meeting nanti..boleh kahh??? Question mark banyak2. . Keadaan pejabatku syurga ku..?? mcm biasa ...penuh dengan benteng hadapan pelindung isi hati..haha..maaflah beb hari ni saya tak larat nak senyun..lemau..letih dan tidak bermaya saya DEMAM!..terpulang la..nak "mengkata" apa..sila masukkan markah pahala-pahala itu dalam uncang aku ya..terima kasih!

Petang ni balik Ipoh..laratkah??? owhh perlulah larat..gigih nak balik petang ni jugak..smlm..dalam demam-demam dah mengemas rumah canti-cantik..al-maklumlah mahu meninggalkan rumah selama seminggu..haha...nanti bila sampai dari ipoh sekembali cuti.hati berbunga riang dan tenang melihat rumah bersih dan kemas..segera lah sihat ye badan..jangan memberontak mcm ni...aku nak drive jauh ni..(cewahh jauh la sgt kan..)

ok lah..mata dah rasa nak terkatup-katup ni..otak dah melayang2 meniti pelangi indah...hihihi...byeee...:)


Wednesday, January 18, 2012

Caca Merba..

Dengan nama Allah..sesungguhnya aku mengEsakan diri..

Aku bukan mengeluh untuk sesuatu perkara yang baik..cuma kadang2 aku kesal kerana tidak mampu membenci..tidak mampu membunuh perasaan kasih dan sayang sesama manusia apatah lagi pada mereka-mereka yang aku anggap seperti saudara kandung sendiri. Berat mata memandang berat lagi hati aku melawan rasa. Setiap perbuatan dan perlakuan diterjemah menjadi mainan dan cacian tidak seiring. Hipokrit mendinding bentang hadapan agar perilaku tidak dihidu rasa. Maaf desikan hati ingin tahu terlalu kuat hingga menjerus aku ke dalam sakitnya rasa diperlaku demikian. Langkah terbaik walau aku tahu sedari dulu utk tidak ambil tahu dilanggar oleh kerana aku manusia punya emosi. Bila sudah tahu..nah sendiri sendu. Apa lagi di mahu..? apa lagi irinya hati manusia..berdiam diri dikata tidak endah sombong..beramah mesra tidak pula mahunya seada..malah di kata..Owhh begitu sungguh ragam manusia. Diam dan bermunasabah diri..menarik nafas panjang..berbual meluah rasa teman sejati..katanya "senyum dan berbuat baiklah sentiasa..tambah2 lagi pada mereka yang terlalu iri hati..agar suatu hari nanti Allah bersihkan jiwa dan nurani..terasa malu sendiri.." Ya Allah..ampunkan dosa ku..juga hati-hati mereka.." Yang terlalu rapat dan mendomba itu kadangkalanya kala yang menyengat di dalam diam..gelap tanpa sedar..cuma kesannya sakit berbisa.."




P/s kuatkan hati dan kentalkan jiwa aku utk terus mendepani jalan-jalan sunyi dan berliku ini tuhan..

Thursday, January 12, 2012

Doa..

Subhanallah..

Tadi aku ke kampus..mengimarahkan program pelajar.Perasmian pembukaan dan penutup sukan kolej 2012..aku seronok..jumpa rakan sekerja..yang boleh berbual mesra..Ketua Bahagian yang juga ramah serta boleh bergurau..terima ucapan selamat hari lahir darinya..bila di tanya yg keberapa..spontan aku menjawab..16 thn..hahahaha..ketawa dia..

Seronok benar malam ini..boleh lupa serabut yg bergentayangan dlm benar kepala..lupa wat seketika..balik malam..letak tangan atas dahi..berangan pula seronoknya utk pulang ke ipoh esok hari..cuti 3 hari..minggu depan pula..cuti seminggu..ya aku dah apply cuti seminggu ..mahu rehat2..tenang2kan hati..lari dari hiruk pikuk segala..

Tadi petang..2 kali terserempak..owhh seperti biasa..debar-debar..malu-malu..kenapa mesti begini ya..setiap kali..sudah lama..bukan sehari dua..kenapa mesti dia..tidak dengan yg lain..Owhh..aku tidak tahu..masa di majlis ..org yg kaki usik mmg terus mengusik..aku layankan saja dengan muka yg sudah merah menebal..tunggu kad sajalah..hahaha..geram sebenarnya!


p/s lagi aku lari..lagi dekat mendatang..aihh aku penat dahla nak lari2...hahaha..jom tido sambil mimpi sedang berlari..manalah tahu boleh kurus..wakakakka

Tuesday, January 10, 2012

30..

Alhamdulillah...30 thn hari ini..tapi aku tetap si manis hati ayah bonda yg berusia 16thn..ya..senyum semanis mungkin..:)



p/s : aku perlukan minyak panas dan belaian seorang ibu sekarang..sgt sukar utk bernafas..terlalu sukar..pejam mata..harap semuanya akan indah-indah belaka..utk hari esok dan seterusnya..~

Monday, January 9, 2012

Tak banyak yang aku minta..cukup sekadar berikan ruang untuk aku merasa sedikit ceria dalam waktu-waktu terdekat ini..tak lama..hanya beberapa ketika..perlu kah kau hadiahkan aku dengan rasa yang sungguh menyebalkan ??? kalau ya..terima kasih..akan aku ingat sampai mati..~

Nikmat Sihat..

Alhamdulillah..Subhanallah..Allahuakbar..

Nak cerita..pagi smlm..(8 Jan 2012 ).ya Allah lemah sgt-sgt rasa badan..dr mlm semlm nye asik berulang ke bilik air. Heran..sbb siangnya..satu apa pun aku tak jamah..hanya minum 3 botol mineral besar..owhh...sampailah ke paginya..asik berulang ke tandas..sehinggakan..aku jd longlai..huhhuhuu..itu satu bahagian..ada lg satu bahagian Allah duga..dada sgt sakit..sampai susah sgt-sgt mahu bernafas..huupphaappp...huuppphaappp..nangis2 huhuhu sambil drive g keja sbb Ya Allah sakit sangat sampai rasa nak terlepas stereng keta masa nak g keja. Owhh..kenapa aku masih ke pejabat walaupun begitu?? sbb aku mmg seorang yg bgitu..melawan! kadang2 rasa sakit tu kejap je..bila dah sampai pejabat ok plak..so xyah nak ngade2 tak g keja..kalau dah sampai pejabat..masih berterusann..haa masa tu sila la ke klinik dan ambil MC. Hari ni ada meeting tau kul 10 pagi td..lepas makan pagi..(huhuhu mmg dah ketaq masa ni n lemah!! ) terus g bilik mesyuarat..tp masa ni kepala tak pokus..huhu..ada menda yg dipikirkan..dada pun makin menghimpit..erkk..hupphappphupphapp..bos dah jeling2..pehal aku neh..Ngeee..wah senyum2 kambing :D sambil menyapu2 minyak cap kapak (uihh..tak suka baunya tapi terpaksa sbb sakitt ..sejuk aircond)minit mesyuarat entah pape yg aku tulih..tgn sibuk tottett..tottett main hanset..bos jeling lg..akakakaka..:P wat kat boss..sungguh staf yg noti..hihihi..pastu perbincangan santai..selo2..sakit aku tadi hilang..ketawa2 sket..ya..masa sakit tu mmg dah ingat macam2..ehh..nak mati dah ke ni..xleh nafas..mcm ni ke kalau malaikat nak tarik nyawa..lemahnya badan..owhh..insaf sekejap..bila..nikmat dah anugerah itu tidak disempurnakan sebaiknya utk mengejar cinta kasih syg tuhan..tu diaaaaaaa..ayat melangit 7 petala bumi..hari-hari ne pk positif..ne senyum..ne ceria..baru saya sihattttttt dan kuat..lagi satu..tak suka kena MARAH..!! uihhh.dah lari topik..bye la...daaaaa..~

Saturday, January 7, 2012

Lemah..

Alhamdulillah..Tuhan segala Pencipta..

Dalam entri sebelum ini..aku penah luahkan..ttg kelemahan yang sebenarnya merupakan kekuatan yang tersembunyi..punyai auranya yang tersendiri..dan kerana itu..satu ikatan ribat terjalin..moga..tersimpul ikhlas..abadan abada..salam kasih syg...



P/s : mendiam..bkn mengalah..!!

Friday, January 6, 2012

Perlu Ke..?

Subhanallah...Allah Maha Besar...

Kalau tak mampu nak buat yg besar-besar..bagi aku satu hari satu ayat sudah cukup.Asal hati cukup ikhlas meluahkan..melafazkan..membenarkan..Allah itu ada..Esa..pemberi segala nikmat..amin..Owhh..lupa ini bkn blog islamik..ini blog rapu-rapuan..sukalah apa saja yg mahu aku tuliskan..asal kepuasan itu lepas..bukan lepasnya seperti bercakap dengan dinding yang aku rasa terpantul balik ke muka aku..merepek sudah!

Semalam..sorang staf beramal..buat belanja wang habuan cemerlang..Alhamdulillah..rezeki..semoga dimurahkan lebih-lebih lagi rezeki dia..kemudian sayur2 kuat juga la..aku dgr org ckp.." ni kenduri dpt duit cemerlang ekk" ! dgn nada yg menyindir..owhhh..ada plak mengiyakan..ada org tu tak buat pun..SENTAP aku noks!!!! uishh..tetiba rasa @#$%^&U*I dlm hati...tapi uishh sabar2...aku tahu apa yg aku buat..aku ikhlas apa yg aku buat..xkan aku nak canang ..apa yg aku buat..iskk..mulut org kita mmg xleh nak kontrol..tp HATI dan KESABARAN juga MULUT kita sendiri je kita ne kontrol..senyumlah..:) xmau memanjangkan rasa2 yang tidak indah itu..sbbnya nanti..sendiri rasa tidak best..
Perlu ke rasa tak best??

Semalam petang juga..aku jumpa sorang ni..kadang-kadang..aku rasa ingin saja membenarkan..apa yg mereka-mereka kata..aku berdoa diam-diam..dalam-dalam..semoga apa yang diperkatakan itu satu kenyataan..kenapa? sbb aku rasa tenang..mainan perasaan ke? Aku tak main-main tapi aku seriuss!! haha..ye aku mmg benar membenarkan dalam hati ..Perlu ke aku berperaasaan begitu ye..AMIN..

Hari ini..seperti biasa..hari Jumaat..cuti..bosan..sorang..masuk room..nyanyi..ehh aku mmg suka nyanyi lagu sedih2..wakakakak dan kadang2 aku rasa aku hanyut dlm tempo..alunan dan lirik yang aku nyanyi..hingga aku rasa frasa kehidupan aku byk yang sedih-sedih..aku rasa mata aku bengkak2 sbb lagu sedih-sedih..hati aku letih-letih sbb lagu sedih2 jugak! hahaha..apalah sengalnya aku ni..Perlu ke nak mcm tu kan..haihh...

p/s : apa yg aku rasa sekarang?? nak nangis sbb dgr lagu ombak rindu..wakakakka perlu keeeeeeee????

Perlu ke..

Tuesday, January 3, 2012

Alasan..

Tolong jangan beri dan cipta alasan yang kurang cerdik..gelihati mendengar dan menerimanya..aku mengiya bukan turut sama tidak cerdik..tetapi sekadar memerhati dan leka menilai peribudi seorang manusia..dan hamba tuhan..:)

Monday, January 2, 2012

2012!!!

AllahuAkhbar..Allah Maha Besar..

Alhamdulillah..tuhan pencipta cinta segala cinta..berpeluang menikmati nikmatnya hingga hari ke dua dalam tahun 2012..salam tahun baru..semangat baru?? Azam baru?? tiada azamm yg menggunung tinggi..cuba sekadar..mahu menjadi manusia yang lebih tertib dan BERSABAR..bila sabar itu kuat ..segalanya insyaAllah..mampu mengawal dan mengikat jiwa..mampukah aku?? tidak banyak..sedikit..insyaAllah..

Tidak banyak mahu aku repek kan..sekadar menjenguk..melepas lelah....kepuasan terbuku diluah..kesan sgt terasa thn ini..bakal meninggalkan angka ..naik seterusnya perjalanan angka yg baru utk seabad lg..insyaAllah jika dpt menghela zatnya..8 hari..selamat tinggal kamu..aman2 ya di sana..namun..masih menjadi manishati ayah bonda yg berumur 16 tahun..hahaha..masakan tidak kan..:) duduk molek-molek..biar sentiasa manis di hati dan mata ayah bonda..terima kasih kerana hingga saat ini..tidak pernah keluh kesah menyayangi aku..ya terharu..sobss..

Dan..hari ini..buat berjuta-juta kalinya..asik aje melayan lagu TERLALU-ST12 yang rasa mcm sedap2 aje mendengarnya..mmg dah fe'el..asal suka je sesuatu lagu..pusing la terus sampai berapa juta kali pun tanpa jemu..meh kita sing sama-sama ye kawan-kawan..

Lirik Lagu ST12 Terlalu Lyrics

aku terasa mati ditinggal kekasih
tak pernah terpikir ini bisa terjadi
aku terasa pilu saat kau berlalu
hilang semua kisah cinta dalam hatiku
namun kau tak merasakan
sayangku padamu kan ku ingat slalu
biar ku bawa sendiri

reff:
aku tak bisa menahan langkah kakimu
aku tak bisa menahan kepergianmu
kamu terlalu telah dengan yang lain
untuk hidupmu nanti

aku tak bisa menahan air mataku
aku tak bisa kesedihanku
aku telah hancur hilang semua mimpiku

repeat *

reff2:
aku tak bisa menahan langkah kakimu
aku tak bisa menahan kepergianmu
kamu terlalu telah dengan yang lain
untuk hidupmu nanti

aku tak bisa menahan kepedihanku
aku tak bisa menahan air mataku
hatiku tlah hancur hilang semua mimpiku
untuk hidupmu nanti

aku tak bisa menahan air mataku
aku tak bisa kesedihanku
aku telah hancur hilang semua mimpiku
aku telah hancur hilang semua mimpiku