Thursday, July 30, 2009

Campur-campur

GOTONG-ROYONG

Al kisahnya hari ini kami bergotong-royong perdana siri ke- 2..pakai ramai2 pakai baju sukan berselinsing lengan baju membersihkan persekitaran daerah atau zon yg telah ditetapkan. Bukan nak buat berat mana pun. Kontrak kebersihan sedia ada. Cuma bagi menambah rasa kebertanggungjawab terhadap alam sekitar dan tempat kerja. Gotong royong ini juga susulan bagi memenuhi kempen menanggani masalah wabak penyakit berjangkit. Segalanya mudah kalau kita punya amalan bekerjasama bak kata omputih ''teamwork". Namun..kadang kala, kerja yang mulanya rasa seronok nak buat boleh jadi tak seronok kemudiannya. Kenapa?? Ermm.. sbb kerja yg sepatutnya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan jadi kena pikul sorang2. Memang sakitkan rasanya bahu bila terpaksa pikul beban sorang2..Mana-mana pun ada masalah ini. Bila nak sedar pun tak tau la..

******************************************************************************

BALIK KAMPUNG

Hohohoh balik kampung... petang ni lepas kerja aku ngan abah aku nak balik ipoh. Tiap-tiap minggu aku balik kampung sekarang ni. Kerja-kerja renovation rumah belum selesai lagi jadinya abah terpaksa stay kat rumah sewa aku untuk memantau kerja-kerja tersebut. Memang kena pantau!! Aku sungguh2 tidak berpuas hati dengan hasil kerja syarikat yg pasang awning n grill dan tingkap rumah aku tu. Eeee...mmg sungguh2 tak berpuas hati sampai aku suruh dia bukak balik grill tingkap tu. Dan buat pertama kalinya aku dgn beraninya marah tokeh awning tu.." lu org ni pandai wat keja ke tak???''..hahaha customer is always rite kan!!! Jadi petang ni abah nak balik la tgk emak ngan adik kat rumah. Sian depa kena tinggal ber2. Mak hari2 call..haha tak biasa duduk jauh2 depa ni. Tapi bila dah duk dekat2 asik nak berdebat jeeeeeeeee...hahahaaaaaaaaaaaaaa

********************************************************************************



Wednesday, July 29, 2009

Hujan..

Dingin..sejuk..layu..lelap..lena..huhuhu hujan selebat-lebatnya petang ni. Cuaca luar memang dingin ditambah lagi kesejukan aku dek lantangnya kuasa air-cond bilik kerja aku. Apa yg aku rasa?? Aku rasa nak lena..(mula la nak dtg sifat2 mazmumah time2 bos takde ni..) Lega rasa kepala bila semua kerja urgent dah selesai. Lapang rasa dada bila tak ada 'intity' yg menyesakkan aku. Rehat sekejap la buat masa 2-3 hari ni. Timbul tenggelam entry aku dek bz ngan 'intity' yang berjaya menaikkan semula tekanan darah aku. Dan tahniah untuk dia kerana membara jiwa muda aku. Membaran tanpa rasa. Alhamdulillah belum ada lagi dinding yg pecah..hahaha dasyat...dasyat.! Jauhkan aku dari sifat amarah yg berterusan. Mood beku nak menulis. Line celcom aku masih bermasalah. Belum ada kesempatan nak potong line. daaa...