Sunday, September 29, 2013

Alhamdulillah..

Bermula dari tengah malam hujan turun tanpa henti..sangat lebat dan kadang kala disela seli dengan angin ribut mengganas.. selalunya..kalau hujan dengan suasana yang sangat dingin begini, tidurnya sangat lena..tapi tidak utk aku malam kelmarin. Terlalu mengikut bisikan amarah..memaksa jantung mengepam buli-buli darah dengan pantas..mendesak nadi berdenyut laju..owhh sakitnya rasa di dalam dada..sungguh menyesakkan rasa itu..sambil menenangkan diri..bersoal sendiri dengan diri.."Owhh tuhan..rasa apakah ini..perasaan apakah ini..kenapa kau campakkan bibit2 kurang senang dalam perasaan ini..aku mahu tenang-tenang..aku mahu dia pun senang.." tidak mahu memikirkan perkara yang tidak-tidak..dan..mohon utk perkara yang mudah kepada dia..kenapa perlu hingga asukan marahku hingga diluar kawalan minda baru kau mengalah ?kau tahu kan aku bagaimana..selalu pesannya..jangan berfikir yg negatif..ya..namun sedikit itu perlu..itu kisah lewat smlm..

Pagi ini..salam tidak di sahut. Seolah-olah  bercakap dengan dinding dan tiang2 rumah usang..persetankan saja. Ikut suka korang la..ingat jawab salam ni ada mood2 ke..korang nk jawab atau tidak..jawab dm hati??? owhh ok...sangka baik walau di mana sahaja... 

Wednesday, September 25, 2013

Kadang kala..jika kita terlalu banyak memberi walaupun dengan sepenuh hati..belum tentu kita diletakkan di hati..dihormati rasa yg diberi..berpada-pada sekadarnya..~

Friday, September 20, 2013

Akan pergi bila rasa ini tak lagi dihargai..

Tuesday, September 17, 2013

boleh tak..jgn wat keja hentak-hentak...bentak-bentak..!! jangan buat org lain tersentak dengan tindakan anda...

Saturday, September 14, 2013

Ya Wadud...dengan nama Allah Maha Pencinta...yang berkuasa mencampakkan rasa cinta kasih Dan sayang dalam hati-hati manusia..serta Seluruh isi alam sejagat..

Fitrahnya arjuna itu sifatnya pemburu..menguasai..juga menakluki..diberikan pula ia pendamping hati...puteri yg bersifat setia..itulah bezanya lelaki dan wanita..kekuasaan Dan sifat menakluki utk memiliki adalah milik arjuna..manakala perempuan Zahir Dan fitrahnya hadir dengan rasa kasih Syg Dan pengabdian kepada lelaki..begitu juga aku..selama ini..menerima..mendampingi..tidak pernah tidak bermimpi utk menjadi seorang pemburu utk menakluki sebelum menjadi pendamping setia..Namun..kehebatan dan rahsia Allah itu tidak siapa boleh menghalang..berkali-kali menafikan tingkah dan bicara hati...tetap tewas pada perasaan kecil yang KAU campak ini Ya Wadud...kadangkala cerna malu itu hadir...tapi kuasa apakah yg kembalikan damai di hati..aku sendiri tidak mengerti...untuk kamu...terima kasih kerana tidak pernah merendahkan rasa dan ironi hati seorang perempuan..sangat menghargai..


p/s - BERANI..kata yg selalu kat tuturkan.. kekuatan luar biasa apa yg diberikan aku sendiri tidak tahu...

Wednesday, September 11, 2013

Keterbatasan yang dicipta bukan utk menjarakkan..tetapi lebih mendekatkan rasa..~ kita punya cara yang terhormat...