Thursday, April 1, 2010

Jangan Macam-macam!!

Va..va..va..tajuk "Jangan MAcam-Macam" apa yg jgn dimacam2kan..heh..lama sungguh aku meninggalkan arena pemblogkan aku..waaaa rosak ayat2 aku..jgn ikut yer..ini sekadaran ayat penin-penin lalat. Tak tahu nak taruk tajuk apa tu yang ngarut main taram je..Ada sorang dua teman tanya ke mana aku menghilang..menyepi..tidak meninggalkan jejak calit malit catatan di sini.. Alhamdulillah aku masih ada ..masih bernafas..cuma bila aku mula mahu berbicara meluah rasa..aku kontang dengan idea. Tak mahu kuar ayat2 yang aku nak taip. Hanya berkata2 di dalam hati. Sudahnya aku matikan saja niat untuk menulis. Selama hampir dua bulan menyepi, aku begitu dihimpit dengan kekangan waktu. Asal balik rumah je mahu tidur sepuasnya. Dipejabat kepala sakit berselerakan dengan agenda kerja yang menimbun-nimbun. datang tidak henti2. Kursus sana sini. Sekarang kami giat memandu dan menjadikan amalan kerja yang berkualiti. Semua perlu tersusun dan terancang dengan baik. :). Namun..dalam pada kita merancang segala yang baik..masih terselit perkara-perkara kurang baik yang datang dari dalam diri manusia itu sendiri. Merealisasikan sesuatu yang baik itu bukan mudah. Tetapi meruntuhkan sesuatu yang baik itu terlalu mudah. Sekelip mata saja mampu lenyap begitu saja. Entahlah..macam-macam kan! Nak kata jangan macam-macam pun tak boleh juga..sbb masing-masing punya pandangan dari sisi yang berbeza. Kena terima..dengan cara yang terhormat. Ermm... sikap sabar dan nilai etika diri perlu dijaga. Korang mesti tak paham apa yang aku nak sampaikan..haha aku je sorang yang paham. Biar korang pikir macam-macam..wakakakaka..!! Yang penting skang dari sisi sarat diri aku sendiri..aku sedang menanggung kesakitan amat. Selagi mampu bertahan aku tahankan.. selagi mampu berdiri aku berdiri. MENUNDUK BUKAN BERERTI LEMAH.

No comments:

Post a Comment