Saturday, January 23, 2010

Kesibukan..

Lama aku tidak memblog..kesibukan yg amat. Apabila pelajar telah mula mendaftar kami mmg sibuk..tetapi kebiasaannya sibuk dengan perihal pelajar, kali ini sibuk aku dengan sistem auditan yang diperluas ke cawangan. Bermula dengan perluasan skop ISO 2008 HEP..datang lagi satu agenda yang perlu aku depani..MQA..istilah penuh aku dah lupa..haha..unit aku terlibat menyediakan skop 'area 7' seperti yg dikehendaki.."Programe n Review" MQA ni sebelahnya lebih kepada akademik..tetapi turut mengambil kira faktor yang menyumbang ke arah peningkatan akademik pelajar..unit aku salah satunya..bersedialah aku seadanya..sama ada dari segi pendokumentasian dan soaljawab nanti..haihhh..lelah..sepatutnya ehem2..tp aku amik segalanya positif! pandang ke depan..kerana aku juga bercita2 suatu hari nanti duduk lebih tinggi dari tempatnya sekarang..hahaaa boleh gitueee??? Boleh.. masakan tidak kan!! Minggu ini juga aku sibuk dengan urusan kesihatan aku. Appointment aku dengan doc Jamilah 20/1/01 tempoh hari selesai dengan hasil..aku mendapat kad pesakit kardiovaskular..dan 3 bulan yg mendatang akan menjadi rutin aku untuk bertemujanji dengan pakar keluarga itu. Seterusnya, pada 25/01/01 akan datang satu lagi ujian darah ke atas aku akan dilaksanakan..berikutan hasil u/sound terhadap sistem hati aku. Ujian darah ini akan meliputi utk HEP B & C ..satu temujanji lagi terpaksa aku hadiri yang telah di atur antara Pakar Unit SOPD Hospital S.A.H. pada 27/01/01..aku bertanya prosuder apakah lg yang perlu aku jalani..pembantu doc yang ramah itu menerangkan satu ujian kecil akan dilaksanakan berkaitan buah pinggang aku yg ada batu tu..perbincangan sama ada aku mahu meneruskan rawatan atau sebaliknya..yelah..aku tunggu 27/01/01 ini nanti..Aku sebolehnya berdoa semua aku dapat mengawal dan seimbang sebaik ada masalah kesihatan dan tugas hakiki aku. Alhamdulillah setakat ini..kesihatan tidak mengganggu aku melaksanakan tugas hakiki sebaik mungkin. Minggu depan bermula esok mmg begitu sibuk tanpa ada ruang senggang bagi aku..Setiap hari penuh dengan agendanya. Isnin ke klinik kesihatan.Selasa Bengkel Pemurnian ISO ke 2, Rabu temujanji pakar di Hospital S.A.H. Khamis Mesyuarat Unit..dan Ahad kunjungan panel Audit MQA..Aku berdoa semua kesihatan aku sentiasa baik sepanjang minggu ini..amin..

No comments:

Post a Comment