Sunday, April 25, 2010

Menahan Rasa

Aku bukan malaikat..aku juga bukan Tuhan..tapi aku berTuhan..dan segala-galanya dari DIA. Memohon datang segala bagai dalam hidup aku juga kerana DIA. Biar aku terus menahan rasa. Rasa itu kadang kala mungkin sementara. Aku tidak mahu ia terlalu marak dan semarak sebelum masa. Aku tiada masa untuk meluah rasa. Aku sudah jemu. Bukan masanya untuk baru berbunga menawan. Aku dengan cara aku. Setiap kita mahukan kesempurnaan. Tapi kesempurnaan itu tidak ada dalam diri kita. Termaksud aku sendiri. Sebab itu aku perlukan masa dan ruang mencari dan meminta PetunjukNya sebelum segalanya tersasar. Aku bukanlah manusia khasyaf yang bisa mentafsir. Aku telah letih dan lelah..segalanya terbang dan aku terima natijah..ya mungkin kerana aku sering lupa padaNYA. Jika ini hentian terakhir..aku terima..JIKA..petunjuk itu benar-benar ia..


*p/s - biar terus menahan rasa..dan rasa itu hanya aku yang rasa..mereng kah? mentel? arghhhh!

No comments:

Post a Comment