Tuesday, April 20, 2010

Alhamdulillah..

Perkara semalam selesai .. Alhamdulillah..aku tenang semula. Iktibar yang sangat2 besar dalam hidup aku. Atas kebodohan diri..juga atas kedegilan. Terlalu percaya dan terlalu mudah simpati. Bukan aku menidakkan lembutnya hati..tetapi sebagai ingatan di lain hari, jangan ulangi..terlalu..aku gementar menghadapi saat2 kelmarin dan semalam. Tidur aku kerana ubat batuk. Supaya aku tenang dan tidak memikir2 perkara itu. Namun tindakan aku sasar. Aku masih runsing keesokan harinya..selagi masalah itu belum selesai. Maka benar..lari lah setinggi awan..selam la sedasar lautan..selagi hidupnya manusia..masalah tidak akan selesai begitu sahaja. Perlu dirungkai apa yang tersimpul. Dengan cara yang berhemah..mengikut akal..bukan hati.! Dalam buntu aku sekali lagi sasar..pergi berhibur melalak karaoke konon hilangkan gundah! TIPU..itu hanya sementara. Kepala selirat dengan masalah yang tidak selesai. Pangkalnya..kembali kepada TUHAN..sangat-sangat terkesima bila seorang teman bertanya.."kamu dah solat?'..ermm..carilah jawapannya disitu..ke mana pun kamu lari..seluas sehujung lautan dan dunia..DIA sentiasa ada bersama..tidak pernah tidak lepas pandangNya terhadap kita..cuma kita saja yang sentiasa lupa..!!

No comments:

Post a Comment