Thursday, April 8, 2010

Apa Motifnya..!!???

Aku nak cite kat korang..dan kalau ada yang boleh bagi pendapat silakan..walaupun ini perkara mudah yang aku sendiri boleh buat keputusan dan aku dah pun buat keputusan..cuma saje-saje nak tengok apa pendapat korang dan apa kemungkinan2 yang bakal berlaku dengan situasi yang aku hadapi itu..:) hihi udah takde keja..menarik juga nak tahu..
Gini citernya..aku diminta oleh seorang 'teman' untuk memberikan no akaun bank aku kepadanya. Atas tujuan apa mestilah korang nak tahu betul tak?? So aku pun bertanyalah kepada si polan .."untuk apa ehh?" maka jawablah si polan " Kawan nak masukkan duit..kemudian tolong transferkan balik ke dlm akaun saya ya.." haaa..bab yang masukkan duit tu aku tidaklah hairan sgt..wakakaka..duit beb..tp bab yang kemudian masukkan kembali ke akaun dia tu yang buat aku curiga tu..kerana.." ehh..kenapa tidak dimasukkan terus ke akaun awak..kenapa nak berhenti transit plak dulu dlm akaun saya..??!!" mula dah heran aku. Dan jawapan dia yang aku tak boleh nak terima "entahhlah kenapa tak boleh.." eee..reason yang sangat tidaklah kukuh.."Tolong ya.." dia merayu.. aku plak dengan tegas terus cakap tak boleh...aku ni jenis yang kalau sesuatu perkara tu mesti nak tahu detail segala bagai. Lagi2 melibatkan no akaun gini..mula la dalam kepala aku ni fikir mcm2..duit haram ke..jual dadah ke..itu ke..ini ke..hahaha..korang rasa kan kenapa yer dia buat mcm tu. Kalau dekat lain la ..mungkin kawan dia bank in kan duit kemudian aku 'cash' kan dan bagi tangan kat dia..Ini tidak..dia duduk di seberang laut..dah bank in..kemudian bank in kan semula ke akaun dia..di situ timbulnya persoalan di benak hati dan minda...korang rasa apa yer motif dia...apa ekk..ada idea tak????

2 comments:

  1. nak ambil duit awak la tu..ada ke. alasan dahlah tak kukuh

    ReplyDelete
  2. hermm..mmg alasan tak kukuh..nanti2 kata masuk 2k padahal 1k..pastu kata saya yg amik kan..!

    ReplyDelete