Monday, April 5, 2010

Kepentingan Zikir

KEPENTINGAN ZIKIR

Zikir itu mengingati Allah s.w.t dalam setiap masa dan keadaan. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152, maksudnya :
“ maka berzikirlah (untuk mengingati) kepadaKu, nescaya aku akan mengingati kamu sekalian”.

Tujuannya :

Supaya dapat kita hubungkan diri kita kepada Allah s.w.t dalam setiap masa dan keadaan.

Kelebihannya :

Zikir menghilangkan penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati
Zikir menjauhkan diri dari syaitan
Zikir menghilangkan dukacita hati
Zikir menhidupkan hati
Zikir memberi ketenangan jiwa
Zikir mendatangkan kemurahan rezeki, memberi Nur pada wajah dan rumah tangga
Orang yang berzikir dianggap hidup disisi Allah s.w.t, sebaliknya orang yang tidak berzikir dianggap mati di sisi Allah s.w.t

Adad ketika hendak berzikir ( zahir dan batin )

v Ada wudhuk dan bersugi ( menggunakan miswak )
v Menghadap Qiblat
v Lapangkan fikiran pada hal dunia dan ingat hanya pada Allah s.w.t
v Tutup Aurat, hadirkan hati dan fikiran. Anggaplah diri banyak berdosa.Tundukkan pandangan kebawah
dengan tawajjuh.
v Tempat dan pakaian hendaklah bersih
v Faham akan makna yang kita berzikir itu.

Hendaklah istiqamah berzikir sebanyak 300 kali dan pagi 300 kali petang, masa yang sebaik-baiknya mengingati Allah s.w.t . sebab, sebab waktu pertukaran malaikat akan membawa berita baik ke langit. Kekuatan zikir lebih deras menembusi cahaya dan membuka langit hingga tiang-tiang Arasy bergoyang. Selepas berzikir mintalah pada Allah s.w.t ampunkan dosa-dosa suami, ibu bapa dan umat Rasulullah s.a.w , dan dilakukan dengan istiqamah
.
*p/s - seringkali tgk org marah2..dan selalu rasa nak marah2..haisssshhh!

No comments:

Post a Comment