Tuesday, May 25, 2010

Yang Terindah..

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Aku takde cerita sebenarnya hari ni nak share dgn uols..keja pun macam da reda sikit lepas audit dan pendaftaran Pre-Law. Nak selesaikan sikit lagi kerja-kerja menganalisa maklumbalas pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan. Dari pagi tadi iols dok layan lagu "Yang Terindah - Dakmie" yang tgh meletup2 dek kerana drama AdaMaya tu..mmg ku ulang2 aje lagu ni sampai kembang telinga..haaihhh (*cuba bayangkan bagaimanakah rupanya telinga yg kembang! hihi- dalam kembang2 telinga..heaven plak je rasanya!!)
Cumanya aku saje la..tetiba mood miang2 keladi nak paham2 kan lirik2 atas tu..hihi. Macam dlm lirik tu dia cite pasal seseorang yg hadir dalam kehidupan dia. dan bla..bla..lalu jatuh cinta...wakakak tetiba malas plak nak hurai..cuma bila kat baris2 kata ni yang wat aku minat --> Maaf jikaku tidak sempurna Tika bahagia mula menjelma Bila keyakinan datang merasa Kasih disalut dengan kejujuran. Sebab apa aku minat baris2 ayat tu..wahahaha td aku ada idea nak nulis..tetiba hilang plak..boleh tak aku kata..sbb aku suka laa..arghhh..blur plak seketika.
Dah..dah..malas sudahnya! walawahhhhhhhh..kebuntutan fikiran..pape pun baris2 itu memaksudkan apa yang aku rasa..! Opsss..aku bkn dilamun dan dilanda gelora cinta yang nan membara..cukupppp. Bukan lagi masanya nak begitu-gituan. Aku tipu?? suka hati mak enon la nak tipu ke apa..perasaan aku..rasa aku..aku punya pasal lah?? Aku mahu hikmah "rasa2 indah" itu lepas semua2nya lahh..wahhhhhhh voleh ke?? tak rasa memberontak kee?? wakakakakkakaka! cuber..cuber!! Apa tak paham ??? Lantak korang la ..aku jer paham..AWAK paham takk??? hihi..
*p/s - catatan di atas adalah dialog bercakap seorang diri tanpa segan dan silunya..hihi kalau rasa tak paham hentikan pembacaan
anda..nanti mesti akan terkeluar ayat " ee..apa dia tulis ni..tak pahamm..tak pahammm..wakakakaka!!!
- MARI KITA DOA SA-SAMA

~"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".~

No comments:

Post a Comment