Wednesday, May 19, 2010

Pergi Jauh Sayang..BUang Jauh Kenangan..

Apa lagi..harus aku dipersalahkan dalam ribat yang telah lalu..aku sesungguhnya ya..ambil keputusan untuk terus meleraikan ikatan yang bagi aku hanya di sebelah pihak. Apa yang kau harapkan dari aku? Hanya berharap agar aku terus mengerti sementelah kau sendiri tidak mahu mengerti..mengharap aku pertahankan ribat..hanya untuk sesuatu yang kabur??? Merancang dalam sendiri..di mana aku kau letakkan??? Apa layaknya aku kalau kau sisih dengan keputusan kau sendiri..cukup aku sesak dengan segala bagai perkara yang telah sedia ada. Remeh tapi di renyahkan lagi! Kau seolah bermain tarik tali..cukup...dan sekarang..aku mahu duduk diri selesa. Mengambil teladan dari ribat yang lepas..semahunya aku..tidak mahu terus-terusan tenggelam. Terlanjur lafaz dan kata..kerugian.. tp apa daya aku..manusia biasa!Kata org memberi lebih baik dari menerima..namun dalam ribat..harus sama memberi dan menerima..mampukah aku?? Terlalu banyak persoalan kan..diam..mendiam..dan terus bersabar dengan imtihan ini..Ya Rabb..bantu aku..!




*p/s - masih teringat-ingat pesan sahabat..Tuhan menunggu kamu..menunggu kamu meminta dan memohon kepadaNYa..!!!

No comments:

Post a Comment