Friday, May 21, 2010

Copy PasTe

Aku tertarik..lantas..copy dan paste..

Konflik Uda dan Dara

Uda dan Dara berkenalan, tertarik sesama mereka dan kemudian bercinta. Pastinya sewaktu dilamun cinta, banyak kejadian menarik berlaku.

Makan, bersiar dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Perpisahan sesaat, satu penyeksaan teramat.

Namun apabila terjadi perselisihan faham, krisis, Uda dan Dara, baran lalu hilang arah tujuan, janggal tindakan.

Perhubungan romantik tercemar. Tiada lagi makan, bersiar dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Sewaktu bercinta phrasa ‘I love you’ sentiasa bermain di bibir. Sebelum matahari terbit, pantas Uda menghubungi Dara.

“Good morning sayang,” katanya.

Bersemangat Dara memulakan hidupnya hari itu, semangat dihembuskan Uda.

Apabila berselisih faham tiada lagi cinta, terbang sudah sayang.

“I hate you!,” ujar Uda.

“I hate you too, three, four, five!” balas Dara.

Mereka bergaduh bak budak hingusan.

"Go to hell!"

Kata mereka, biarpun saya percaya keduanya pasti ingin dimasukkan ke syurga.

Jika Uda bertemu Dara dalam keadaan baik. Mengapa mereka tidak mampu berpisah dalam keadaan sama?

Malah bukan Uda dan Dara sahaja, ramai lagi bertindak sebegitu
.


*p/s - sumber -->http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/02/krisis-uda-dan-dara.html
- tidak mahu begitu dan begini..:) takmo cinta2 leh tak..hahaha..

No comments:

Post a Comment