Thursday, May 6, 2010

Rindu..??

Rindu ke?? aku ke yang rindu atau korang yang rindu? Seminggu tak update..pasalnya aku balik ipoh..Makan besarrrrrrrrr! Alhamdulillah selesai dan selamat..amin..amin Ya Rabb..Bila lama-lama tinggalkan blog nak mula balik slow la amat. Jari dikeyboard..mata memandang skrin..tapinya hanyalah memandang..tak wat pape..hahaha last2nya menung..haihh apa nak taip ni..sengal tak sengalnya aku..

3.30 petang
Berkuatkuasa 1 Mei 2010, bagi negeri yang hari minggu jatuh pada hari Jumaat akan mula menggunakan waktu kerja berperingkat yg baru..Bagi aku WP2 ni hari khamis akan tamat kerja jam 3.30pm..Aha..seronok bkn kepalang..sbbnya..lepas kerja aku boleh pecut balik ipoh..waahh heavennya rasa..! Lebih kerap la aku balik Ipoh agaknya.. Nak wat ape menung cakap ngan dinding sensorang kat sini..kalau ada family lain lah kan..nak kuar foya2 ngan teman2 pon dah bkn masa aku lagi. Dekat sini..aku hanya ada kawan2 pejabat sahaja. RAta2 dah berkeluarga..so tidak la sesuai..aku tersangatlah sunyii sebenarnya di sini !!! (ayat emo)

Sabar
Dalam konteks tasauf murni sabar ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah-gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidakselesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini. Besar sangat hikmah sabar ni sebenarnya. Cuma bergantung pada diri sendiri saja. Mampu atau tidak untuk bertahan.
*Dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa.(Surah al-Baqarah: 177)*

3 Mei 2010
Sesuatu yang perlu diingati..mungkin sampai akhir hayat..insyaAllah..! Sesuatu perkara tidak dimulai dengan mudah..Tuhan..permudahkan urusan kami..Amin!


*p/s ini baru suatu permulaan perjalanan yang panjang.. Masih terlalu panjang perjalanan yang harus ditempuh..tanpa sabar..tanpa yakin..perjalanan ini akan terhenti begitu saja..sayang!

No comments:

Post a Comment