Friday, May 14, 2010

Kehidupan menduga..

Kadang-kala aku selalu rasa..apa penyudahnya..dan selalu merasa..betapa sukarnya perjalanan hidup aku. Dari seawal lagi..dalam setiap perkara..bila aku kuat..aku melawan segala. Bila aku mula melemah..melerai airmata. Dulu aku kuat..aku dapat rasa memang bezanya aku dulu dan kini. Sekarang aku makin rasa hati aku merosak merabak menanah dengan nista dosa. Aku begitu kusut. Kematangan dalam tindakan hilang..hanya kebodohan diri yang mampir. Jiwa kosong. Rasa tidak bertuhan. Gemerap berderai aje aku ni kalau di campak ke dalam gaung! Betapa banyak hati-hati yang terluka sebenarnya. Sungguh ..aku keraskan hati..demi apa?? demi perjalanan kehidupan yang aku sendiri kabur. Aku cuma menongkah melangkah dalam kesamaran. Ada pimpinan yang mahu membantu aku tolak ke tepi..penyudahnya..aku kini..terus begini. Masih tercari dan serabut dalam pencarian yang aku sendiri tidak tahu apa destinasinya. Mak..maafkan aku..Abah..maafkan aku..ya..kalian gusar. Selalu lirik mata mereka aku kesan. Melirik pada setiap tindakan aku..perbuatan aku. Namun..aku masih bersikap bersahaja. Menutup kusutnya jiwa. Melindung rawannya rasa. Melawan hakikat sebenar hidup aku yang serba menanggung penyesalan dan kekesalan dalam diri. Arghh..mungkin ini balasan tuhan..Setiap hari..aku jalanan hidup dengan tanda tanya..apakah seterusnya ujian yang mendatang. Moga khifarat ini mampu menebus segalanya..!


*p/s -Allah tak akan uji kita kalau dia tak sayang kita..

No comments:

Post a Comment