Thursday, May 16, 2013

Sebenarnya..perasaan tu dah lama terpendam.. dari tahun sebelum ini lagi..pernah merancang dengan seorang sepupu dan rakan..tidak secara formal tetapi hanya cakap-cakap bersahaja yang entah bila akan menjadi nyata. Sekali lagi..perasaan yang tak pernah hilang itu semakin kuat akhir-akhir ini..Ahad aku ke klinik kerana kurang sihat..bertemu doktor..dan aku tahu khabarnya dia sekeluarga ke SANA waktu aku ke Korea..sangat teruja mendengar kisahnya..katanya mahu ke sana lagi.."pergilah Fie..seronok..pasti rindu mahu ke sana lagi" . perasaan semakin menjadi-jadi...selepas selesai sesi konsultasi..doktor hadiahkan aku sesuatu dari sana.."alhmdulillah..tq Doktor...wangiiiiiii..."
Kisah ini semalam..ketika menghadiri perasmiaan pembukaan pertandingan Percussion Peringkat Universiti..Aku duduk bersebelahan dengan seorang staf Unit Kaunseling..tahun depan kakak ni mahu ke Korea..kami bertukar pengalaman dan cerita..kebetulan kakak ini pula baru pulang dari SANA..aku sangat teruja mendengar kisahnya.. " Waktu bas tiba di sana...ketika mahu melangkah turun dari bas..hati akak ni berdebar-debar sangat Fie..malah sewaktu dalam perjananan ke sana lagi..hati dah mula berdebar..apatah lagi ketika kaki melangkah..sebak sangat dada.." dan perasaan aku sangat sayu..roma aku meremang..sehingga aku menulis hari ini..perasaan aku sangat sayu ..dan terlalu kuat utk kesana.. " Akak selalu je pergi lagi kursus yang ust buat kat kampus ni Fie..saja pergi sbb perasaan akak rindu sangat kat sana..Fie free..jom kita pergi kursus tu sesama nak?" Owhh..semoga Allah permudahkan hasrat aku..rata-rata yang dah ke sana mengambarkan perasaan rindu dan ingin ke sana lagi..Layakkah aku hamba hina ini  menjadi tetamu MU ya Rabb...?? Aku terlalu ingin..



hadiah dari doktor...terima kasih... :)

No comments:

Post a Comment