Tuesday, May 28, 2013

Meh nak cerita...
-Minggu ni bahang-bahang kesibukan dah mula terasa...semalam lawatan penandaarasan ke IKBN Kuala Perlis..sistem yang berlainan..tapi  boleh dijadikan cth dan penambahbaikan..Penat bercuti masih belum habis..di terus pula mereka ke Padang Besar..layan je la...igt nak cari jersey dan backpack..tp sbb dengan cuaca yang panas dan org ramai..aku jd tak selesa dan mood pun kurang...janji.."barang" idaman yg aku ketagihkan sgt dr minggu sebelumnya tertunai sudah..sbb jumpa.
-Minggu ini juga adalah minggu "melayan panggilan telefon" yeee....telefon akan mula berdering-dering daripada waris pelajar..dan topiknya ialah.."rayuan penempatan" . Hati perlu cukup bersabar dan melayan dengan penuh berhemah...ingat Fie..sambil jawab telefon tu..muka harus ada senyum...barulah layanan mesra pelanggan namanya... ermmmmmmmmmm....kadang2...sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli si anak menyebabkan mereka gagal dalam permohonan penempatan. Aku tak salahkan ibu bapa..tapi kesian terheret sama dek kerana sikap anak2 ni.. Tolonglah jadi manusia yang bertanggungjawab atas diri sendiri. Hantar permohonan dan borang mengikut tarikh..cukup mudah. Peka pada Pekeliling dan Notis..jangan mengharapkan kawan. Tapi entahlah budak sekarang ni..susah nak ckp..medium pun dah byk...nanti salah tegur..salah ckp..masuk FB plak...ermmmmmmmmm....bagi ibubapa yang faham.. mereka sangat bertolak ansur.Tapi ada juga yang sebaliknya...kita pula dimarahi...huhu..sedih...sabarrrrr lagi yeeeeeee....senyummm.... Bila kita memudahkan urusan org lain..Insha Allah...suatu saat dan ketika apabila kita dalam keadaan susah..Allah yg akan bantu kita..
- 1/6 ni kenduri Min..perlu pergii..dan harus pergi...2/6 ada pendaftaran pelajar baru..Aku person incharge pusat pendaftaran pandu lalu utama pagi tu...aiyakkk..baru igt nak skip...tapi tak boleh sbbkan tugas itu...jadinya aku perlu balik hari Sabtu tu juga selepas Majlis...Sedang berfikir..mahu balik hari Khamis atau balik ipoh pagi Sabtu tu..maksudnya balik hari je...ermmmm...perlu ada peneman...fikir dan fikir ..
- Alhamdulillah permohonan projek utk kolej aku diluluskan. Banyak projek baru akan dilaksanakan pada tahun ini. En. Zaidy -Juruteknik Awam diberi tugas bagi projek yang diluluskan. Alhamdulillah mudah bekerja dengan dia. Tadi time aku dah penin semak semula statistik penempatan kolej aku, dia call kata nak bincang spek dan nak lawat kawasan..bagus..hilang ngantuk aku sbb round blok..haha..Aku mohon dia draf lukisan bagi setiap projek..aku nak tgk..kesesuaian dengan rekabentuk bangunan sedia ada..org teknikal ni pasti lebih mahir.. so selebihnya aku serahkan pada dia..harap dpt beri yang terbaik utk kolej aku ya encik Zaidy!!


p/s - saya bukan budak umur 16 thn tau awak nak bg gula-gula...saya tahu apa yg awak igt saya tak tahu...senyum manis-manis lagi..

3 comments: