Wednesday, May 22, 2013

Hukum Suntik Vitamin C dan Kolagen Mengikut Islam..

Ok..untuk pencarian awal... aku berminat dengan satu artikel dari blog http://www.haniothman.com/2013/02/hukum-suntik-vitamin-c-dan-kolagen.html .. mohon share kat sini.. :)


apakah hukum menggunakan suntikan vitamin C dan collagen untuk kecantikan?

Jawapan

Apa-apa suntikan yang bertujuan untuk kecantikan adalah dilarang oleh

syara’.

(boleh rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/1560)


Nampaknya jelas, sesuatu yang mengubah kejadian Allah, jelas diharamkan di dalam Islam.


Bagaimanapun jika ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi lebih kepada merawat wajah seperti dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut, maka ia dibenarkan.


Untuk menjadi cantik tidak salah di sisi Islam cuma apa pun yang dilakukan adalah berdasarkan kepada niat seseorang.


Contohnya seorang isteri sudah pastinya apabila dia memakai produk kecantikan, niatnya adalah untuk menambat hati suami, supaya suami tambah sayang dan juga mungkin niat untuk keyakinan diri, itu sudah jelas dibenarkan di dalam Islam.


Namun jika ia diniatkan yang sebaliknya seperti untuk menarik perhatian orang lain, berbangga diri itu telah bercanggah dengan Islam.


Apatah lagi, timbul riak dalam diri apabila terlalu dilambung-lambung dengan pujian.

Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW, bahawa orang yang riak dan sombong, mereka tidak akan masuk syurga.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. seharusnya diambil perhatian oleh semua umat Islam tidak kira wanita mahupun lelaki dalam menilai soal kecantikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat seseorang itu kepada wajah, paras rupanya dan juga harta benda tetapi yang Allah lihat ialah hati dan amalannya.

Apa gunanya wajah yang cantik tetapi hatinya penuh dengan sifat hasad dengki dan sebagainya.


p/s lepas ni kita tanya yg lebih arif lagi ye...blum kesempatan lagi nak bertanya.. - dudukdendiampuncantik...  semuanya dari hati... 

5 comments:

  1. Sy jusl produk kecantikan.jadi saya petlu cantik supaya produk yg saya jual srnang tetjual

    ReplyDelete
  2. Sy jusl produk kecantikan.jadi saya petlu cantik supaya produk yg saya jual srnang tetjual

    ReplyDelete
  3. Saya selalu di kitai budak gemuk dan gelap, sy xdew keyakinan diri n tiba2 sy ambik ubat kurus kan bdn dan injenction dngn niat untuk keyakinan diri xsalah kan, sebab kdang2 sy tkut apa yg sy ambik salah di sisi agama

    ReplyDelete
  4. Berarti jika tujuan melakukan hal tersebut guna untuk kesehatan masih diperbolehkan dalam islam ???

    ReplyDelete