Tuesday, May 14, 2013

Alhamdulilllah...

Sedar antara tidak..hampir pertengahan tahun untuk 2013..cepat sangat masa tu. Sesaat ..seminit tak pernah untuk menunggu kita..kondisi diri masih kurang stabil sejak balik dari Dungun. Gagah diri ke pejabat..sementara motivasi diri utk menjalankan tugas harian belum jatuh..baik aku layankan saje..demamnya malam..teruk..sangat teruk..makan ubat terus  tido..esok pagi khayal sket tapi masih waras untuk berfikir.

- 7-9 Mei perjalanan panjang ke Dungun.. sangat lama..seharian atas jalan..lenguh badan-badan. Alhamdulillah   perjalanan dimudahkan tanpa sebarang masalah. Kami selamat pergi dan pulang. Subhanallah...melihat negeri orang .. melihat indahnya alam ciptaanNYA..sangat bertuah diberi peluang. Pengisian kursus yang bagi memanfaat. Merapatkan hubungan rakan sejawat. Tak kenal maka tak mesra..bila kenal mula bertegur sapa..Insya Allah hubugan kekal selamanya..

- Sejak 6.5.4.3 ..aku semakin hilang rasa ketenangan dalam diri..aku dah tak jumpa mana titik tenang dalam hati..aku mahukan kembali. sangat dan inginkan kembali ..aku tak tahu dari mana harus aku mula..bantu aku..

- Kurang lebih seminggu waktu sibuk akan kembali..aku harap aku sudah bersedia sepenuhnya untuk tugas hakiki yang akan bermula seperti biasa..tidak banyak ruang rehat, perlu lebih kuat hati dan bersabar melayan kerenah.Tidak mengharap lebih..cuma memberi yang terbaik. itu sahaja.

- Ukhwah dan persabahatan yang renggang perlu dipulihkan dan dieratkan..alhamdulillah aku gembira untuk perubahan itu..semoga kita boleh bekerjasama dengan lebih baik..yang penting ikhlas dan saling menerima kekurangan dan bantu melengkapi agar kita menjadi pasukan yang lebih kuat. yang penting kerjasama..Alhamdulilllah...Alhamdulilah.

- Rasa kurang percaya ? ya ..perasaan itu ada. kenapa ? sbb bila aku mula rasa sesuatu yang tidak kena..dan dibuktikannya..itu membuatkan aku mula rasa curiga. Tidak mengapa la untuk itu..aku hanya tersenyum untuk buat tidak tahu...

- Aku mula kurang rasa ..rasa apa ?? biarlah.. bila terlebih rasa pun susah..nanti kencing manis ..darah tinggi..susah pula..

- Tiada dendam yang disimpan..buatlah yang terbaik untuk kehidupan dan masa depan . Ayat yang selalu diulang.." duit boleh dicari..tapi kasih sayang tak boleh dibeli " yaa..hargailah sebelum segalanya terlambat.

No comments:

Post a Comment