Thursday, May 16, 2013

Ini aku qoute dr blog minalqalbi..mohon ya ditempek...


persepsi

ape yang kita pikir bukan selalunya perkara yang sebenar. mungkin kita hanya berandaian sahaja tanpa sebarang analisa, atau pon sekadar berpendapat semata tanpa sebarang pembacaan. kadang-kadang kita hanya mahu lihat apa yang kita mahu lihat, dan juga kita mahu dengar apa yang kita mahu dengar sahaja. inilah dikatakan dilusi minda. kerana kita tanpa sedar hanya mampu memproses fakta yang hanya diproses mengikut apa yang kita tahu atau mendengarnya dari orang lain. itulah hakikatnya, persepsi dari pihak yang akur akan kesucian fakta atau pon ego akan kebenaran yang sebenarnya.

---------------------------------------------

pergh...ape yang aku membebel ni? haha~ lama seh tak tulis kat sini, rindu pula rasa nak menulis :)

sebenarnya, apa yang aku bebel kat atas tu adalah mengenai "perception" atau dalam bahasa melayunya, persepsi. kadang-kadang manusia suka membuat andaian tanpa soal selidik. mungkin kerana tidak mahu tahu akan kebernaran. atau pon hanya kerana ego dan tidak mahu endah dengan apa sekali pon pendapat orang lain.

walaubagaimanapon, persepsi orang tetap ada dan setiap orang akan melihat suatu perkara itu berbeza-beza. apa yang aku pegang ialah, kita harus menghormati orang lain, menghormati pendapat orang lain kerana setiap individu berhak untuk memberi pendapat, kerana setiap orang ada persepsi masing-masing.

aku? pekakkan telinga. dengar dan teliti. teruskan hidup tanpa menghiraukan kata-kata orang lain :)
**************************************************************************************************************************

p/s aku setuju sgt dengan apa yang dia tulis..kita harus menghormati org lain..pendapat org lain..sbb kita punya persepsi masing-masing ...wallahualam..

No comments:

Post a Comment