Thursday, December 3, 2009

Ketenangan..

Semalam..lepas balik dr pejabat..hati tidak keruan..Aku menangis di pejabat..atas beberapa perkara yang benar-benar mengganggu hati dan fikiran aku. Dada aku sesak dan sakit bila fikir segala permasalahan itu. Sebab dah tak tahan sangatlah air mata aku begitu laju menitis. Aku puas bila luahan aku ada yang mendengar. Ada yang menenangkan..terima kasih dik! Aku sebolehnya tidak mahu ada yg kesan riak hati aku yg sedang berkocak. Entah macam mana sedang aku berbual dengan dia semalam..air mata aku tiba2 jatuh..arghh..akhirnya! " Tengok akak senyum jer..macam takde apa2.." ermm..senyum aku semahunya.. kalau aku tak senyum orang kata aku garang..haha senyumlah kepada seisi alam..Aku tak mahu beratkan fikiran aku minggu ini..tidak mahu sesakkan dada dengan segala macam masalah..6/12 ni aku ada temujanji dengan doktor Jamilah..mahu tinggi nanti tekanan darah aku..tidak..tidak mahu!..Balik dari pejabat semalam..aku tenangkan fikiran..sibuk kan diri..mengemas rumah sampai tak terkemas..haha..mop satu rumah..solat isyak..aku berdoa..sungguh2 aku berdoa moga Allah berikan aku sedikit ruang ketenangan..lapangkan dada dan fikiran aku. Aku rasa Allah mendengar permintaan aku..aku mengantuk..fikiran aku kosong..dan lena dalam keadaan yang begitu tenang sekali..Alhamdulillah..!!

No comments:

Post a Comment