Wednesday, December 9, 2009

Kembara Akan Bermula..

Seawal pagi..sampai di opis..aku dengan kakak penyelia gigih bukak fail sambung kerja-kerja semalam..siap bentang tikar lagi sbb senang wat sambil bersila..masing-masing muka memang dah ketat je..kepala pon rasa berasap jer.." apa nak taruk nih" ermmm..masing2 diam dalam membuat keputusan.." Otak dah krem!" masing2 serentak berkata..kemudian kami ketawa..begitulah kami..tension macam mana pun harus ketawa..kalau tidak..mahu gila kami.! Hari ini kembara akan bermula..kami akan bertolak jam 2.30 pm. Keadaan aku masih belum stabil..badan pun rasa melayang je. Tapi aku sedikit tenang sebab tugasan telah siap.. Gagahkan jugalah..nak wat mcm mana..semalam aku sungguh2 makan ubat...aku nak sihat. Nak kerja..penumpuan perlu baik..aku juga berdoa sepanjang kembara kesihatan aku baik2 sahaja..semoga segalanya dipermudahkan..tak mahu menyusahkan org lain.


******************************************************************************

Perjalanan Panjang..

Aku seakan telah mengambil keputusan pada kisah perjalanan panjang. Biarlah ia terhenti di sini sahaja. Aku noktah segala harapan. Mengapa harus menyeksa diri. Mengapa harus mengabdi rasa pada seribu kesedihan hanya untuk memahami erti ribat yang penuh dengan tanda tanya. Hanya selalu mengalah..hanya selalu memberi. Cukuplah untuk dilemahkan dengan segala2nya. Aku bukan begitu harusnya. Dan ribat bukan begitu wajarnya. Saling memberi..saling menerima. toleransi dan timbang rasa. Aku begitu terpenpam dengan nasihat kawan..fikir hari kemudian..nasihatnya natural..tidak pada bahagian aku..tidak juga pada bahagian insan itu. Katanya aku lebih kenal siapa dia. Kenapa aku harus lemah pada tindak tanduk dan perilaku segala bagai. Apa yang mengikat rasa hingga aku tidak lepas menyiksa hati sendiri..fikir-fikirkan..keputusan di tangan aku!! Ia tidak seharusnya begitu..tidak begitu!! Untuk 'B' aku tidak tahu perancangan apa yang engkau atur dalam ribat ini..sesungguhnya aku begitu keliru. Cukuplah..'rasa' itu sudah tawar..tiada indah..!

No comments:

Post a Comment