Tuesday, December 8, 2009

DugaanMu..

Ya Allah..dugaan apakah lagi ini yang Engkau berikan..sesungguhnya..bulan2 ini begitu mengajar aku tentang hukum tuhan. Sekelip mata dia beri..sekelip mata dia ambil..Awal pagi tadi ada taklimat untuk kembara kenyalang..aku dah sarapan sebelum ke taklimat.Taklimat bersambung2 dengan hal2 lain...hingga ke pukul 1 pm. Semasa taklimat aku memang tak duduk diam..asik berulang ke tandas. Aku muntah2..kepala aku sakit..tp masih boleh bertahan. Cuma bahu aku sengal2..badan aku bisa bila dibidas penghawa dingin. Aku gagahkan diri juga..masih tersenyum walau ramai yg hairan aku asyik keluar bilik mesyuarat. Oleh kerana aku peserta tunggal bengkel semalam..aku terpaksa membentangkan semula perkara2 yang dibengkelkan. Hermm..aku mmg tak daya nak berkata2..tapi sbb tanggungjawab aku laksanakan juga. Nak keluar suara pun aku tak mampu sbb tekak aku perit asyik muntah je. Ada suara sipi berbisik tidak kedengaran apa yang aku bentangkan. Dan yang paling hangin ada plak yang komen2. Sudahlah nama dia sebagai peserta terlibat tempoh hari dia tak hadir..mahu komplen2 pula..aku tak marah..mungkin ada yang aku lepas pandang..tapi cara dia komplen tu sangat mengjengkelkan aku di saat kondusi diri aku yang tidak stabil itu..selalu begitu..bila ada yang melibatkan dirinya tak mahu pergi..lepas itu banyak plak songeh bila orang dah siap segala bagai. huhh..bertenang...Keadaan aku muntah2 berlarutan sampai ke petang..hingga aku terjelepuk di lantai bilik aku...baringkan kepala di kerusi..badan lemah longlai..aku perlu habiskan sikit lagi tindakan pembetulan hasil bengkel. Aku tak mahu tinggalkan banyak beban pd kakak penyelia semasa ketiadaan aku..aku tahu dia juga banyak yang terbeban. Oleh kerana keadaan aku yang makin lemah..aku kata kat dia kita sambung esok pagi2..sikit je lagi..mula terpikir nak buat malam ni..tapi aku beritahu kakak penyelia aku mahu berehat panjang malam ini sebelum memulakan kembara esok hari..entahlah..mampukah aku esok??? Aku ke unit kesihatan dalam bila rasa agak stabil..ambil tekanan darah. 140/110..boleh jatuh kata En M.A..dia begitu bersungguh2 menasihatkan aku supaya makan ubat yang Dr. Jamilah beri bila dia lihat bungkusan ubat tersebut masih tidak berusik..tolong sayangi diri. Ubat ini mampu membantu. Dia ceritakan juga implikasi2 tentang masalah kesihatan aku. Kenapa kesihatan aku makin merudum akhir2 ini. Satu persatu diterangkan kemungkinan2 jika aku tidak mengambil berat tentang kesihatan aku ini . Dan akhir katanya saya hanya mampu menasihati..terpulang pada diri cik..dia berikan aku ubat tahan muntah. Dia suruh aku selalu berjumpa dia untuk perkembangan semasa. Ya Allah..aku terima segalanya..apa yang Engkau turunkan sebagai kifarah pada kekhilafan dan kelalaian aku terhadapMu...jika ini bisa menghapuskan palitan noda hitam di jiwa..jika ini terbaik untuk aku terus-terusan mendekati dan mengingatiMu tanpa lepas..aku redha Ya Allah..bisik hati aku sendiri. Ketika aku sibuk mengemas meja dan bilik kerja..Pn Pengurus menjengah..aku katakan padanya " Pn..kalau saya tak mampu nak bangun esok..saya mungkin tak turut serta.." aku bersuara perlahan.. " Eh kenapa ni...awak kenapa..?? "
" Saya rasa ..saya tak sihat sangat Pn..badan terasa lemah.." aku cerita segala..tentang keputusan doc. dan sebagainya..Dia terkejut.." Tapi..saya tahu awak tertekan..walaupun awak ketawa..tersenyum..ada sesuatu yang tidak lepas di hati awak.." aku tidak mahu menjawab. Aku cuma mendiam..sebab aku tahu..dia ada jawapannya. Tak perlu aku bersuara. " Awak berehatlah malam ini..lupakan semua kerja.." arghh mana boleh!! bentak aku dalam hati..Dan dia berikan aku beberapa petua..terima kasih Pn..! Cuma satu petua dia aku xleh nak pakai.." Cuba berubat kampung..mana tahu..awak cantik..kotla..bekas kekasih u ada..." aku terus potong kata2 dia..ini masalah kesihatan biasa lah pn..ke situ plak dia..aku tiada masalah dengan siapa2..ada sesiapa punyai masalah dengan aku?? sila angkat tangan!! Erk..ada ke..? kalau ada aku mohon seribu keampunan..aku hanya manusia biasa2..tidak maksum..


p/s * aku akan bertugas diluar bermula 9-20 Disember....rindulah aku nanti pada dunia sepi..! Harapnya dunia aku di sana tidak sepi..:)

No comments:

Post a Comment